Alhamdulillah, Selesai Berkongsi Ilmu di Johor

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung kelas Facebook Zero 2 Hero edisi Johor Bahru dengan jayanya 🙂

Saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada para peserta yang sanggup hadir meluangkan masa di hujung minggu untuk belajar bersama dengan saya.

Seminar Pemasaran Online Menggunakan Facebook

Saya juga sangat terharu sebab ada beberapa orang peserta yang datang dari Melaka dan juga Singapura.

Anda semua memang luar biasa hebat!

Saya doakan supaya anda berjaya amalkan apa yang telah diajar dan semoga bisnes anda semakin meletup-letup 😉

Kelas Seterusnya…

InsyaAllah kelas yang akan datang adalah pada 23 & 24 Mei 2015 di Bandar Baru Bangi.

23 Mei 2015 – Kelas FB Marketing for Newbies

Kelas ini khas untuk anda yang masih baru nak belajar selok belok bisnes di Facebook.

Saya akan berkongsi dengan anda tentang…

  • Cara menulis ayat jualan yang simple, tapi berkesan
  • Seni ‘Close Sales' yang akan membuatkan pelanggan anda suka beli dengan anda
  • Strategi ‘Follow Up' supaya prospek yang membisu respon dengan segera
  • Cara yang betul untuk buat iklan berbayar di Facebook dengan kos yang rendah, tapi hasil yang melimpah ruah (insya-Allah!)

Kelas ini bukan kelas teori, tapi kelas praktikal.

Saya akan pastikan anda berjaya setup iklan anda yang pertama sebelum kelas habis.

Berminat? Klik butang di bawah untuk info lanjut 🙂

Kelas FB Marketing For Newbies Firdaus Azizi

24 Mei 2015 – Kelas Extreme @ Advance FB Marketing

Kelas ini khas untuk anda yang dah biasa buat FB Ads dan teringin nak belajar teknik-teknik ‘advance' menggunakan Power Editor.

Antara ilmu yang saya akan kongsikan dalam Kelas Extreme:

  • Cara melakukan split test dengan mudah dan pantas menggunakan Power Editor
  • Cara dapatkan gambar Shutterstock dengan percuma
  • Teknik Retargeting menggunakan Website Custom Audience
  • Cara guna Conversion Pixel

Kelas ini juga adalah kelas hands on. Bukan datang dengar, dah balik baru nak try buat.

Berminat? Boleh klik butang di bawah untuk mendaftar.

Seminar Advance Facebook Marketing Power

Jangan Tunggu Lama-Lama

Kalau anda berminat nak dapatkan duit sampingan semasa bulan Puasa nanti menggunakan Facebook, inilah peluang yang terbaik untuk anda.

Jangan berfikir terlalu lama sebab seat sangat terhad.

Saya sangat komited nak membantu anda berjaya buat bisnes secara online dengan kos yang minima.

Saya harap anda juga begitu 🙂

Jumpa anda hujung minggu ini.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *