Analisa Prestasi Fanpage Anda Dengan Facebook Page Insight

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang review pertama saya di bawah program Facebook Product Feedback, iaitu tentang jenis-jenis objektif pengiklanan yang disediakan oleh Facebook.

InsyaAllah dalam entri kali ini, saya nak kongsi berkenaan produk ke-2 yang saya telah review, iaitu Facebook Page Insight.

Emel Dari Facebook untuk Feedback Bagi Page Insight
Emel dari Facebook

Fungsi Page Insight adalah khas untuk pemilik Fanpage membuat analisa terhadap prestasi fanpage masing-masing, sama seperti fungsi Google Analytics yang biasanya digunakan oleh pemilik laman web.

Malangnya, ramai pemilik fanpage tidak menggunakan fungsi Page Insight. Mungkin kerana tak tau cara nak guna, ataupun malas nak ambil cakna.

Saya kongsikan di bawah, 7 fungsi yang terdapat dalam Page Insight.

Baca juga – 3 eBook Menarik Untuk Internet Marketer (100% Percuma!)

Cara Akses Page Insight

Untuk mengakses Page Insight, anda hanya perlu klik di bahagian Insight pada bahagian Admin Fanpage seperti di bawah.

Cara Akses Page Insight
Cara Akses Page Insight

7 Fungsi Facebook Page Insight

Berikut adalah 7 fungsi utama Page Insight yang anda boleh gunakan.

1. Overview Prestasi Page

Paparan pertama yang akan muncul selepas anda mengakses Page Insight adalah bahagian ‘Overview' yang menunjukkan prestasi keseluruhan fanpage anda secara kasar.

Dari bahagian Overview ini, anda dapat melihat kadar kenaikan atau penurunan Like, Reach dan juga Engagement. Anda juga dapat melihat prestasi 5 post terkini (dari segi Reach dan Engagement).

Paparan Bahagian Overview di Page Insight
Paparan Bahagian Overview di Page Insight

2. Analisis Like

Dari tab ‘Like', anda boleh melihat berapa pertambahan atau pengurangan Like untuk page anda setiap hari. Bukan setakat itu saja, anda boleh klik mana-mana tarikh untuk mendapatkan sumber Like ataupun Unlike.

Sumber Like daripada Page Insight
Sumber-sumber Like
Info terperinci sumber Like
Info tentang sumber Like
Info tentang sumber Unlike
Info tentang sumber Unlike

3. Analisis Capaian (Reach)

Tab ke-3 dalam Page Insight adalah mengenai capaian ataupun Reach untuk post daripada page anda. Ini merupakan antara metrik yang penting untuk pemilik fanpage ambil tahu.

Kalau fans anda ramai, tapi dapat Reach yang sangat rendah… Mestilah ada salah teknik atau strategi.

TIPS: Untuk mendapat Reach yang tinggi, pastikan setiap post anda boleh mendapat Engagement yang tinggi.

Dalam bahagian Reach ini, anda boleh melihat 3 metrik berikut mengikut hari:

  1. Capaian organik dan berbayar
  2. Jumlah Like, Comments dan Share
  3. Jumlah yang Hide, Report Spam dan Unlike
Maklumat tentang Reach di Page Insight
Paparan Capaian Fanpage

Kalau anda klik pada satu-satu hari, anda akan dipaparkan dengan senarai post yang aktif pada hari tersebut.

4. Analisis Trafik

Untuk pengguna website, Google Analytics digunakan untuk melihat dari mana datangnya trafik ke website kita dan juga ‘landing page' yang popular.

Untuk fanpage pula, Page Insight menawarkan analisis yang serupa di mana anda boleh melihat dari mana trafik ke page anda datang dan juga bahagian mana di Page yang mendapat trafik paling tinggi (biasanya Timeline lah…).

Landing Page yang Paling Kerap dilawati
Landing Page Yang Paling Kerap Dilawati
Graf menunjukkan sumber trafik ke page
External Referrers ke Fanpage Anda

TIPS: Jadikan Fanpage anda mesra ‘SEO' supaya ianya boleh dicari melalui enjin carian seperti Google dan Bing.

5. Analisis Prestasi Post

Tab ‘Post' adalah lagi satu tab yang mengandungi data-data penting untuk pemilik fanpage. Antaranya adalah info tentang bila fans anda online dan juga prestasi untuk setiap post (Reach dan Engagement).

Graf untuk tahu bila fans anda online
Graf Yang Menunjukkan Bila Fans Anda Online
Anda boleh memilih hari yang spesifik untuk melihat waktu bila fans anda online
Anda Boleh Pilih Untuk Melihat Waktu Fans Online Berdasarkan Hari

Data tentang bila fans anda online adalah sangat penting supaya anda dapat mengenalpasti waktu terbaik untuk anda post di page. Rugilah kalau anda selalu post pada waktu ramai fans tengah tidur.

TIPS: Secara amnya, ramai orang akan online dari jam 9 pagi hingga 12 malam

Daripada analisis post pula, anda boleh melihat berapa Reach dan Engagement untuk setiap post anda. Dari situ, anda boleh mengetahui:

  • Waktu dan jenis post yang terbaik untuk mendapat reach yang tinggi
  • Post yang bagaimana boleh menjemput Engagement yang tinggi
  • Post yang bagaimana susah nak dapat respon (ataupun hambar…)

Dalam bahagian ‘Post' juga, anda boleh melihat purata Reach dan Engagement untuk jenis-jenis post di page anda.

Analisis Prestasi jenis-jenis post secara purata
Prestasi Jenis-Jenis Post Berlainan Secara Purata

Kalau anda nampak post jenis ‘Status Update' mendapat Reach yang tinggi, itu bermakna anda boleh menggunakan post jenis itu untuk mendapat capaian yang lebih tinggi.

PENTING: Baca juga entri ‘Dari Facebook – Kurangkan Text Update, Banyakkan Share Link

Kalau post jenis bergambar mendapat purata Engagement yang tinggi, anda boleh gunakan post bergambar dengan lebih kerap untuk mendapat Reach yang lebih tinggi.

6. Analisis Siapa Fans Anda

Page Insight juga boleh memberikan anda maklumat yang agak mendalam tentang fans anda.

Antara maklumat yang boleh diekstrak dari Page Insight:

  1. Peratus fans mengikut jantina
  2. Peratus fans mengikut umur
  3. Demografik fans (ikut bandar dan negara)
Maklumat tentang fans dari segi jantina, umur dan demografi  boleh dilihat dalam Page Insight
Pecahan Fans Mengikut Jantina, Umur & Demografi

Daripada tab ‘People' ini juga, anda boleh pilih untuk melihat analisis info golongan yang berjaya dicapai (Reached) dan juga golongan yang banyak berinteraksi (Engaged) dengan post dalam page kita.

Data dari Page Insight juga boleh menunjukkan data tentang orang yang melihat post dari page kita
Orang Yang Berjaya Melihat Post Kita (Reached)
Page Insight juga boleh memberikan data tentang orang yang berinteraksi dengan post dari page kita
Orang Yang Berinteraksi Dengan Post Kita (Engaged)

Maklumat yang anda perolehi daripada tab ini boleh digunakan untuk memilih audiens sewaktu membuat iklan di Facebook.

7. Export Data

Untuk yang inginkan maklumat yang lebih terperinci dalam bentuk Excel file, anda boleh memilih untuk ‘Export' data file daripada Page Insight.

Fungsi Export Data dari Page Insight boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang prestasi page dan juga post anda
Eksport Data Dari Page Insight

Secara jujur, saya merasakan fungsi Export Data ini hanyalah untuk mereka yang betul-betul pakar sebab data yang dieksport ini adalah sangat terperinci dan boleh mengelirukan.

Anda Dah Gunakan Page Insight?

Apa fungsi-fungsi lain dalam Page Insight yang anda rasakan menarik dan penting? Sila kongsikan di ruangan komen di bawah 🙂

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 Comments