Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang review pertama saya di bawah program Facebook Product Feedback, iaitu tentang jenis-jenis objektif pengiklanan yang disediakan oleh Facebook.
InsyaAllah dalam entri kali ini, saya nak kongsi berkenaan produk ke-2 yang saya telah review, iaitu Facebook Page Insight.
Fungsi Page Insight adalah khas untuk pemilik Fanpage membuat analisa terhadap prestasi fanpage masing-masing, sama seperti fungsi Google Analytics yang biasanya digunakan oleh pemilik laman web.
Malangnya, ramai pemilik fanpage tidak menggunakan fungsi Page Insight. Mungkin kerana tak tau cara nak guna, ataupun malas nak ambil cakna.
Saya kongsikan di bawah, 7 fungsi yang terdapat dalam Page Insight.
Baca juga – 3 eBook Menarik Untuk Internet Marketer (100% Percuma!)
Cara Akses Page Insight
Untuk mengakses Page Insight, anda hanya perlu klik di bahagian Insight pada bahagian Admin Fanpage seperti di bawah.
7 Fungsi Facebook Page Insight
Berikut adalah 7 fungsi utama Page Insight yang anda boleh gunakan.
1. Overview Prestasi Page
Paparan pertama yang akan muncul selepas anda mengakses Page Insight adalah bahagian ‘Overview' yang menunjukkan prestasi keseluruhan fanpage anda secara kasar.
Dari bahagian Overview ini, anda dapat melihat kadar kenaikan atau penurunan Like, Reach dan juga Engagement. Anda juga dapat melihat prestasi 5 post terkini (dari segi Reach dan Engagement).
2. Analisis Like
Dari tab ‘Like', anda boleh melihat berapa pertambahan atau pengurangan Like untuk page anda setiap hari. Bukan setakat itu saja, anda boleh klik mana-mana tarikh untuk mendapatkan sumber Like ataupun Unlike.
3. Analisis Capaian (Reach)
Tab ke-3 dalam Page Insight adalah mengenai capaian ataupun Reach untuk post daripada page anda. Ini merupakan antara metrik yang penting untuk pemilik fanpage ambil tahu.
Kalau fans anda ramai, tapi dapat Reach yang sangat rendah… Mestilah ada salah teknik atau strategi.
TIPS: Untuk mendapat Reach yang tinggi, pastikan setiap post anda boleh mendapat Engagement yang tinggi.
Dalam bahagian Reach ini, anda boleh melihat 3 metrik berikut mengikut hari:
- Capaian organik dan berbayar
- Jumlah Like, Comments dan Share
- Jumlah yang Hide, Report Spam dan Unlike
Kalau anda klik pada satu-satu hari, anda akan dipaparkan dengan senarai post yang aktif pada hari tersebut.
4. Analisis Trafik
Untuk pengguna website, Google Analytics digunakan untuk melihat dari mana datangnya trafik ke website kita dan juga ‘landing page' yang popular.
Untuk fanpage pula, Page Insight menawarkan analisis yang serupa di mana anda boleh melihat dari mana trafik ke page anda datang dan juga bahagian mana di Page yang mendapat trafik paling tinggi (biasanya Timeline lah…).
TIPS: Jadikan Fanpage anda mesra ‘SEO' supaya ianya boleh dicari melalui enjin carian seperti Google dan Bing.
5. Analisis Prestasi Post
Tab ‘Post' adalah lagi satu tab yang mengandungi data-data penting untuk pemilik fanpage. Antaranya adalah info tentang bila fans anda online dan juga prestasi untuk setiap post (Reach dan Engagement).
Data tentang bila fans anda online adalah sangat penting supaya anda dapat mengenalpasti waktu terbaik untuk anda post di page. Rugilah kalau anda selalu post pada waktu ramai fans tengah tidur.
TIPS: Secara amnya, ramai orang akan online dari jam 9 pagi hingga 12 malam
Daripada analisis post pula, anda boleh melihat berapa Reach dan Engagement untuk setiap post anda. Dari situ, anda boleh mengetahui:
- Waktu dan jenis post yang terbaik untuk mendapat reach yang tinggi
- Post yang bagaimana boleh menjemput Engagement yang tinggi
- Post yang bagaimana susah nak dapat respon (ataupun hambar…)
Dalam bahagian ‘Post' juga, anda boleh melihat purata Reach dan Engagement untuk jenis-jenis post di page anda.
Kalau anda nampak post jenis ‘Status Update' mendapat Reach yang tinggi, itu bermakna anda boleh menggunakan post jenis itu untuk mendapat capaian yang lebih tinggi.
PENTING: Baca juga entri ‘Dari Facebook – Kurangkan Text Update, Banyakkan Share Link‘
Kalau post jenis bergambar mendapat purata Engagement yang tinggi, anda boleh gunakan post bergambar dengan lebih kerap untuk mendapat Reach yang lebih tinggi.
6. Analisis Siapa Fans Anda
Page Insight juga boleh memberikan anda maklumat yang agak mendalam tentang fans anda.
Antara maklumat yang boleh diekstrak dari Page Insight:
- Peratus fans mengikut jantina
- Peratus fans mengikut umur
- Demografik fans (ikut bandar dan negara)
Daripada tab ‘People' ini juga, anda boleh pilih untuk melihat analisis info golongan yang berjaya dicapai (Reached) dan juga golongan yang banyak berinteraksi (Engaged) dengan post dalam page kita.
Maklumat yang anda perolehi daripada tab ini boleh digunakan untuk memilih audiens sewaktu membuat iklan di Facebook.
7. Export Data
Untuk yang inginkan maklumat yang lebih terperinci dalam bentuk Excel file, anda boleh memilih untuk ‘Export' data file daripada Page Insight.
Secara jujur, saya merasakan fungsi Export Data ini hanyalah untuk mereka yang betul-betul pakar sebab data yang dieksport ini adalah sangat terperinci dan boleh mengelirukan.
Anda Dah Gunakan Page Insight?
Apa fungsi-fungsi lain dalam Page Insight yang anda rasakan menarik dan penting? Sila kongsikan di ruangan komen di bawah 🙂
19 Comments
bagi saya insight ni amat berguna untuk target pembaca yang sesuai
Saya ada beli CD dari Fb Ads dan ada beberapa video tentang penguasaan dalam fanpage ni..
Bila nk buat kursus..sy nk join..
InsyaAllah kelas terdekat adalah dalam bulan 8 ni.
Boleh rujuk link ini untuk info lanjut >> https://firdausazizi.my//jadual-kelas 🙂
P.s. – Ada diskaun RM100 untuk yang mendaftar sebelum 27/7 (isnin depan)