Ketahui Apa itu Iklan Canvas & Lima (5) Sebab Kenapa Anda Patut Mula Menggunakannya Sekarang

Akhir- akhir ini kita diviralkan dengan sejenis iklan yang berkembang secara drastik di laman social Facebook.

Iklan ini disebut disebagai iklan berbentuk Canvas.

Apa itu iklan canvas?

Menurut Facebook, iklan berbentuk canvas dikeluarkan atas objektif memberi pengiklan satu cara baru beriklan menggunakan medium yang mesra mobile

Selain itu, iklan canvas ini berbentuk “full-screen mobile experience” yang mana pengiklan boleh menggunakan sebarang kreativiti gambar, video dan sebagainya untuk menarik perhatian prospek di dalam canvas.

Sehinggakan banyak Syarikat besar juga turut mendapat tempias dan mula menggunakan iklan berbentuk canvas ini di dalam pemasaran mereka.

Antaranya McD, KFC, Volswagen, Adidas dan beberapa jenama besar yang lain.

Lihat video contoh bagaimana paparan iklan berbentuk canvas ini dari luar dan dalam.

Menarik bukan?

Di sini saya ingin berkongsi lima (5) sebab utama kenapa saya amat sarankan anda untuk mula menggunakan iklan berbentuk canvas sebagai salah satu iklan dalam kempen pemasaran anda.

#1 TIDAK PERLUKAN DOMAIN & HOSTING

Iklan Canvas Tak Perlu Domain & Hosting

Iklan berbentuk canvas tidak memerlukan domain dan hosting untuk dibuat.

Maksudnya di sini, anda tidak perlu keluarkan kos untuk mendapatkan domain dan hosting yang rata-rata mempunyai bayaran tahunan dan melibatkan sedikit hal teknikal.

Untuk orang yang ingin fokus pada kempen iklan yang berkesan, kadang kala teknikal menyebabkan kempen terbantut.

#2 LEBIH BEBAS MENGGUNAKAN PELBAGAI JENIS BAHAN IKLAN

Iklan Canvas Bebas Guna Pelbagai Bahan Iklan

Di dalam canvas, anda “bebas” untuk meletakkan video dan gambar yang banyak untuk memaparkan pada prospek anda agar tertarik untuk bertindak.

Paling best! Tiada isu “20% text rule” dalam gambar seperti gambar screenshot testimoni yang tidak boleh diiklankan jika anda menggunakan iklan seperti “post engagement”.

Bahkan, Facebook agak kurang tegas dalam isu gambar seperti gambar sebelum selepas menggunakan servis/produk yang mana ianya tidak boleh diiklankan jika menggunakan jenis iklan lain.

#3 SANGAT LAJU UNTUK DIAKSES

iklan canvas sangat laju untuk diakses

Jika anda sering buka artikel menggunakan “instant article“, anda akan alami perbezaan dari sudut kelajuan membuka laman tersebut berbanding website biasa.

Begitu juga dengan canvas. Canvas memberi keselesaan pada pengguna untuk mendapatkan akses kepada lamannya dengan sangat laju.

Mengikut statistik dari Syarikat Asus, data menunjukkan peningkatan 42% jumlah klik pada iklan selepas mereka menggunakan canvas dalam kempen pemasaran mereka.

#4 MENGURANGKAN RISIKO PROSPEK DICURI

Iklan Canvas Elak Risiko Prospek Dicuri

Kadang-kala ada dalam kalangan pengguna suka untuk meletakkan nombor telefon di dalam komen untuk dihubungi jika berminat untuk mendapatkan sesuatu produk itu.

Malangnya, dalam sesetengah keadaan, nombor itu dicuri oleh pesaing sehinggakan memberi kerugian pada pengiklan.

Dengan adanya canvas, anda boleh meletakkan link “api.whatsapp” yang anda boleh create di sini, untuk diletakkan dalam bahagian “button” di dalam canvas.

Jesteru, kecurian dapat dikurangkan dan nombor prospek lebih selamat daripada disalahguna untuk tujuan lain.

#5 BOLEH SIMPAN DATABASE

iklan canvas boleh simpan database

Ini antara kelebihan canvas yang ramai pengiklan “gila-gilakan“. Kerana dengan adanya fungsi simpan database ini, maka data ini boleh digunakan berulang kali untuk tujuan meningkatkan kadar jualan atau dalam bahasa normanya “conversion rate“.

Dua (2) database yang boleh disimpan adalah:

  • Mereka yang masuk ke dalam canvas.
  • Mereka yang klik link di dalam canvas (Link tersebut adalah link yang membawa pengguna keluar dari Facebook)

Jesteru, anda boleh menggunakan data ini menggunakan kempen yang anda inginkan. Kalau anda jenis pengiklan tegar, anda akan suka “kelebihan” ini kerana anda boleh gunakan untuk hasilkan “lookalike audience” daripada data ini bagi mencari prospek berkualiti yang baru.

Mungkin ada yang bertanya..

“Maknanya website dah tak perlu lah?”

Penting untuk anda tahu bahawa, website masih lebih utama kerana website mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar daripada canvas.

Kelebihan itu ialah聽website boleh diiklan menggunakan pelbagai “placement” berbanding canvas yang hanya terhad pada “mobile view” sahaja.

Cuma canvas ini memudahkan pengiklan, kerana ia tidak memerlukan teknikal yang tinggi untuk dibuat dan diuruskan.

Kredit: Blog Harith Soleh

Ingin belajar cara buat canvas cara mudah dan pantas? Anda boleh dapatkan di SINI.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *