[CASE STUDY] Macam Mana Nak Auto-Save Nombor Whatsapp Dari Iklan FB Ads

Dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan cara untuk save nombor prospek secara automatik.

Maksudnya, nombor yang kitan dapat dari iklan facebook ads, terus disimpan di dalam google sheets.

Dalam masa yang sama,  kita akan dapat notifkasi dari email seperti gambar di bawah :


Tujuan kita buat automasi ini adalah untuk :

1. Kurangkan beban staff untuk key in data prospek.

Tidak perlu lagi nak bebankan staff dengan buat kerja key in data, kita bantu mereka dengan sistem yang percuma ini.

Bak kata pepatah inggeris :

“Everything that is repeatable can be systemize”.

2. Automatik dapat notifikasi

Setiap kali ada prospek tinggalkan nombor phone, sistem akan hantar email pada staff.

Jadi, staff cuma perlu semak email je untuk dapatkan nombor telefon prospek.

Tak perlu buka “page manager”.

3. Staff hanya perlu tekan link je

Biasanya lepas prospek tinggalkan nombor telefon di page, staff perlu copy dan save di dalam contacts.

Lepas tu kena tunggu sampai whatsapp detect nombor tu, baru dapat whatsapp.

Tapi dengan cara yang saya pakai, staff hanya perlu tekan link whatsapp je.

Nak tau lebih detail?

Ok jom kita tengok apa case study kali ini :

Page : AZDAN Learning Centre
Objektif : Messenger
Tempoh : 20 Ogos 2018 – 9 September 2018 (dan masih dijalankan kerana mendapat ROI positif)
Cost per messaging new conversation : RM2.97

KPI kami untuk iklan objektif messenger adalah selagi mana tidak melebihi RM5, kami akan teruskan iklan tersebut.

Tools yang saya guna di dalam iklan kali ini adalah :

  1.  Mesenger Ads
  2. Chatfuel
  3. Google Sheets
  4. Gmail
  5. Integromat

Jom lihat setiap setiap satu case study di dalam video di bawah :

1/ Case Study Mesenger Ads AZDAN Learning Centre

2/ Case Study Chatfuel AZDAN Learning Centre

3/ Case Study Integromat AZDAN Learning Centre

Anda dah baca sampai habis ?

Jadi, banyak tak perkara baru yang anda belajar?

Apa kata share artikel ini di FB anda supaya kawan-kawan lain juga dapat manfaat. =)

Nota:

Kalau anda nak belajar lebih mendalam dan terperinci tentang iklan Massenger dan chatbot, anda boleh daftar ke kelas Facebook Marketing Mastery. Tekan sahaja link di sebelah >> https://fames.my/fmr

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *