Cara Susun Ayat Tawaran Yang Unik & Lain Dari Lain

Biasanya, kalau ada peserta tanya:

“Kenapa iklan video saya tak convert? Iklan canvas saya tak perform? Flyer saya orang buang?”

Kebanyakkan iklan mereka yang saya review tak convert. Bukan sebab video. Bukan sebab canvas.

Video, canvas, blog, website, flyer ini hanya platform untuk kita persembahkan iklan.

“Habis tu Faris, sebab apa?”

Salah satu sebabnya, terletak pada tawaran yang lemah. Prospek tak nampak nilai dalam ayat tawaran kita.

Benda ini terjadi bukan pada peniaga sahaja. Malah pada diri seorang copywriter.

Kadang-kala, tawaran yang HQ bagi sebenarnya dah cukup bagus. Tapi cara kita beritahu & susun ayat tawaran tu yang lemah.

Contoh: Produk Lebatkan Bulu Kucing

HQ ada bagi tawaran seperti Jaminan Pulangan Wang 100%.

Katakan ada dua orang peniaga (Safiq & Rahim) yang jadi ejen untuk produk ini.

Ayat tawaran Safiq:

“Jangan risau. Kami ada jaminan pulangan wang 100%”

Ayat tawaran Rahim:

“Jika dalam masa 7 hari, bulu kucing awak tak lebat walaupun seinci, HQ ada beri jaminan pulangan wang 100%”

Mana lebih menarik perhatian orang nak respon?

Ayat tawaran Safiq atau Rahim?

Jika saya seorang yang pentingkan keberkesanan sesuatu produk. Saya akan pilih ayat tawaran Rahim.

Kata kuncinya:

Semakin spesifik ayat tawaran, semakin orang faham tentang nilai yang mereka akan dapat.

Bak kata Warren Buffett:

Price is what you pay, value is what you get”

Maksudnya, harga adalah apa yang kita bayar, nilai adalah apa yang kita dapat.

Macam dalam sesi konsultasi Team Fames. Ada orang yang rasa RM147 itu mahal. Tapi lepas hadir sesi baru mereka nampak nilainya.

Kesimpulan

Video, Canvas, Flyer tak salah. Biasa masalahnya dekat ayat tawaran.

Anda tak percaya? Cuba anda semak ayat tawaran anda sekarang. Anda guna ayat Safiq atau Rahim?

Fikir-fikirkan. Saya harap anda belajar sesuatu. 馃檪

Jika anda rasa artikel pendek ini membuka minda anda. Klik butang share di bawah, untuk simpan sebagai nota masa depan.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *