Alhamdulillah hari ini dah 2 Januari 2014. Masih dipinjamkan nyawa utuk bernafas sebagai seorang khalifah di bumi ciptaan Allah. Terasa masih banyak tanggungjawab dengan Dia yang masih belum ditunaikan.
Insya-Allah saya ingin mulakan tahun baru ini dengan berazam untuk kembali menjadi seorang Blogger.

Dulu…
Saya yakin ramai yang tak tau dulu sebenarnya saya seorang blogger yang aktif menulis tentang isu-isu semasa. Dulu saya menulis dengan nama pena Musafir Kelana. Pantang jer ada isu-isu semasa yang menarik, saya akan kaji dan tulis di blog saya.
Blog saya yang pertama adalah menggunakan Blogger ataupun lebih dikenali sebagai Blogspot. Selepas 2 tahun+, saya berhijrah ke WordPress.com disebabkan beberapa masalah teknikal dengan Blogspot saya pada waktu tersebut.
Sejak tahun lepas pula, saya sekali sekala menulis di blog Diary of Muhammad milik isteri saya yang banyak berkongsikan tentang gentle birth, penyusuan susu ibu dan juga vitamin semulajadi Shaklee. Cuma bila menulis di blog isteri, terpaksalah cuba gaya bahasa yang feminine sebab 90% pembaca blog tersebut adalah dari kalangan wanita.
Tahun 2014…
Insya-Allah bermula dari tahun ini saya akan menulis tentang…
- Isu-isu semasa
- Internet Marketing (Facebook, SMS, Blog, etc.)
- Content Marketing
- Gadget & Android
- Shaklee
Saya akan cuba kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada tentang Internet Marketing memandangkan saya sudah hampir 3 tahun menjalankan perniagaan secara online bersama isteri saya.
Kami bermula dengan bisnes buku Islamik kanak-kanak (nama fanpage kami – Islamic Books for Kids) pada tahun 2011. Pada penghujung tahun 2012, kami mula aktif dengan bisnes Shaklee menggunakan medium Facebook (nama fanpage kami – Breastfeeding Heaven) dan juga blog.
Doakan semoga saya berjaya menjadi blogger yang hebat seperti Bro Denaihati yang berjaya memenangi Anugerah Best Personal Blog 2013 dan juga Most Creative Blog 2013. Asbab berjumpa dengan blog beliau, saya telah menghadiri WordPress Master Class anjuran Akademi Denaihati di mana saya dapat belajar ilmu-ilmu blog dan juga SEO daripada Bro Eizil.
Barulah saya tau blogging bukanlah sekadar menulis suka-suka, tapi sebenarnya ia adalah satu kerjaya yang boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Mengapa tidak saya jadikan hobi menulis saya sebagai satu sumber duit kan?
Salam Perkenalan
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan salam perkenalan buat rakan-rakan blogger di luar sana. Sebagai blogger newbie, pasti banyak ilmu-ilmu baru yang saya boleh kutip dari anda semua…
Insya-Allah saya akan cuba terjah sebanyak mungkin blog setiap hari sebagai satu rutin harian seorang blogger tegar 😉
35 Comments
Salam Perkenalan bro azizi
Selamat berblog. hehe. Biarlah kawe jadi orang komen kat blog ni. 😀 Selamat maju jaya!
Terima kasih bro! Pengomen pertama kat blog saya 😀
Semoga dalam tahun 2014 blog ni akan berjaya dgn cemerlang. Teknik2 blogging rasanya banyak dah tau.. Cuma tinggal buat je.. InshaAllah sukses..
Terima kasih bro! Sekarang lah masa nak aplikasikan ilmu 🙂
selamat tahun baru 2014 dan semoga azam 2014 tercapai dan sukses, insyaAllah
Terima kasih Tuan 🙂 Insyaallah! Denaihati menjadi salah satu sumber inspirasi saya.
Terima kasih Tuan 🙂 Insyaallah! Denaihati menjadi salah satu sumber inspirasi saya.
Gambate #TeamWork! Oh, kena letak kat widget nanti logo #TeamWork 🙂
salam perkenalan..semoga azam tuan bisa terlaksana tahun 2014
Terima kasih Tuan 🙂 Semoga kita sama-sama sukses!
rasanya ni dah x bleh kasi label newbie. Nanti yg newbie2 macam saya nak tukar jadi title apa plak. Salam blogging
Serious saya masih seorang blogger newbie. Masih banyak nak kena belajar 🙂
yakin boleh. yehhh!
Terima kasih Tuan!
Semoga lebih bersemangat dengan blog baru nie… kalau daily update lagi best bro….
Insya-Allah memang begitulah perancangan. Nak update sekerap yang boleh 🙂
Lepas ni terus kencang business, power power
Insya-Allah. Amin! Amin! Amin!
Mantap bro…dgn kerjasama padu dari geng #TEAMWORK insyaAllah bro berjaya…
Insya-Allah 🙂 Banyak nak kena cedok ilmu dari geng #TeamWork nih. Saya jer orang newbie. Hehe…
masa untuk aplikasikan apa yang telah dipelajari bro.. semoga terus sukses..!! #TeamWork
Yups. Inilah masa nya nak terus apply ilmu2 yang diajar oleh otai2 #TeamWork 😉
semoga berjaya. kena lebih rajin la jawabnya ye.
Betul cikgu.. Kena rajin dan tekun. Tak boleh mengelat. Hehe.
Good luck bro, semoga 2014 lebih sukses daripada sebelum ini 🙂
Terima kasih Bro atas doa. Saya selalu terinspirasi bila tengok perkembangan blog http://www.khairulzamri.com
wah dah join seminar masterclass denaihati ye..bestnye..ciktom nak join jgk tp timing asyik xkena je dgn schedule cik tom..syg betul..dah la bro denaihati bgth stop smtara waktu 2014..bila la plk nak ada ye..
pasni boleh praktis segala ilmu yg dipelajari..
Alhamdulillah sangat berpuas hati dapat join WordPress Master Class Denaihati. Sangat berbaloi dengan harganya.
Rugi Cik Tom tak join…
Cubalah pujuk² DH untuk teruskan kelas WordPress tu 😛
Saya pernah masuk blog Musafir kelana tu, tak silap byk informasi Islamik & topik politik kan hehe..
Orang lama juga ni…Salam kenal & selamat berblogging kembali, semoga tahun baru semakin sukses..InsyaAllah.
Serious ke akak pernah masuk blog Musafir Kelana? Sungguh tak sangka. Blog tu dah bersawang sejak saya masuk kerja. Time tu time management memang out jadi tak dapat nak komit untuk update blog.
Alhamdulillah sekarang dah boleh fokus ke blog sebab buat bisnes online. Ala-ala full tiem bisnesman dan part time blogger.
Good luck suamiku 🙂 Semoga sukses sebagai blogger pada tahun ini!
Terima kasih isteriku sayang 😉
selamat maju jaya bro. Low profile bro ni. byk ilmu tp ngaku newbie. Kawe banyak nak kena belajar dari bro ni..
Terima kasih Bro 🙂 Serious saya hanyalah seorang newbie. Banyak lagi nak kena sedut ilmu dari geng #TeamWork 😀
Comments are closed.