Assalammualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas tentang Facebook Product Feedback (FPF) program, kali ini saya ingin berkongsi tentang cara baru pemilihan jenis iklan di Facebook. Ini merupakan review pertama saya di bawah program FPF.
Dulu…
Dulu, pilihan jenis iklan adalah berdasarkan apa yang nak diiklankan, bukan berdasarkan apa objektif atau tujuan pengiklanan kita. Bila nak buat iklan, kita akan diberikan pilihan…
Kalau yang guna Power Editor, ada dua pilihan tambahan; Sponsored Stories dan juga Mobile App Ad.
Untuk analisa iklan pula, anda perlu membuat kira-kira sendiri untuk mendapatkan ‘conversion rate‘ iklan tersebut. Dalam contoh di bawah, saya terpaksa kira sendiri berapa cost per engagement untuk iklan tersebut.
Sekarang – Objective Base Ads
Bermula dari October 2013, Facebook telah merombak cara untuk pengiklan memilih jenis pengiklanan yang hendak dibuat dengan menggunakan konsep ‘Objective Base'.
Dalam konsep ini, pengiklan perlu memilih apa tujuan iklan mereka; bukan apa yang hendak diiklankan.
Selepas iklan dah berjalan, analisa iklan akan dipaparkan mengikut apa objektif yang telah dipilih.
Pendapat Saya Tentang Objective Base Ads
Bagi saya, konsep Objective Base adalah lebih mesra pengiklan sebab analisa yang dipaparkan akan menunjukkan prestasi iklan mengikut tujuan kita beriklan.
Kalau anda buat iklan untuk tarik like ke Fanpage, anda akan dipaparkan berapa kos per like yang anda dapat. Kalau iklan untuk Post Engagement, maka anda boleh track dengan mudah berapa kos per engagement yang anda dapat.
Kepentingan Menganalisa Prestasi Iklan
Setiap iklan yang dibuat perlu dianalisa dengan baik supaya anda dapat memaksimakan keuntungan dan merendahkan kos pengiklanan.
Malangnya, ramai pengiklan di Facebook gagal untuk menguasai asas membuat analisa iklan yang betul dan menyebabkan mereka membayar kos iklan yang tinggi. Ada juga yang mengalami kerugian beratus-ratus ringgit…
Insya-Allah saya akan kongsikan cara menganalisa iklan Facebook dalam entri yang lain yer 馃槈
P.s. – Apa pendapat anda tentang ‘Objective Base Ads' ini? Sila kongsikan di ruangan komen.
7 Comments
Errmmm. X pernah guna lg iklan di FB ni
Sy amat naif dlm fb ads ni…
Lepas nie nak follow artikel pasal fb ads bro nie… boleh buat rujukan
mesti ramai yang tak pernah cuba lagi nih..