Beberapa hari lepas, ada perbincangan menarik dalam salah satu support group saya.
Seorang student saya yang jual produk kesihatan tanya tentang聽macam mana beliau boleh perbaiki prestasi iklan聽beliau yang sedang berjalan.
Saya berikan beliau beberapa cadangan untuk perbaiki prestasi iklan tersebut.
Saya kongsikan salah satu cadangan tersebut dengan anda dalam entri ini.
Semoga ianya bermanfaat 馃檪
Cara聽Dapatkan Nombor Telefon Prospek Dengan Mudah
Iklan beliau yang sedang berjalan tu adalah iklan Page Like.
Jadi saya sarankan beliau jangan terlalu fokus nak dapatkan jumlah Likers yang banyak, sebab ia kurang membantu kalau beliau menjual produk kesihatan.
Saya cadangkan kepada beliau untuk buat iklan Post Engagement dengan objektif untuk mendapatkan leads, atau dalam bahasa lain, database. Bahasa yang lebih mudah, nombor telefon prospek.
Ini screenshot daripada thread tersebut.
Bahagian Headline
Kalau anda perasan, saya mulakan skrip tersebut dengan soalan.
“Ada Masalah ___________?”
Headline berbentuk soalan sangat mudah untuk menarik & menapis prospek.
Hanya prospek yang betul-betul ada masalah tersebut akan teruskan membaca.
Saya beri contoh mudah di bawah.
“Kak, Anak Ada Masalah Eczema?”
Headline simple ini聽hanya akan menarik perhatian…
- Wanita (sebab saya guna perkataan ‘Kak')
- Dah ada anak
- Anak ada eczema
Itu bahagian headline.
Jadi boleh guna idea headline jenis konten (ada saya kongsikan di bahagian akhir artikel ini.
Bahagian Content
Dalam skrip ini, saya tak terus jual produk, tapi saya cadangkan kepada beliau聽untuk berikan konten yang bermanfaat.
Pastikan konten tersebut聽relevan dengan masalah yang dihadapi prospek.
Lagi bagus kalau ianya boleh bantu selesaikan masalah prospek dengan segera.
Mungkin anda terfikir…
Kalau anda dah berikan tips percuma yang boleh selesaikan masalah prospek dengan segera, buat apa prospek tu nak beli produk atau servis anda.
Betul?
Biar saya jelaskan 馃檪
1# Orang Dah Bosan Tengok Iklan
Ini fakta yang anda harus terima.
Orang sekarang nih dah bosan tengok macam-macam iklan di media sosial.
Kebanyakan聽iklan adalah jenis聽yang hard selling atau sangat聽menjual.
Kalau anda buat iklan yang sama macam orang lain, iklan anda ‘tenggelam'.
Sebab tu kita buat iklan yang lain macam sikit 馃檪
Teknik ni sebenarnya dipanggil teknik ‘Content Marketing'.
2# Buktikan Kita Ikhlas Nak Membantu
Bila kita berikan tips percuma yang boleh membantu selesaikan masalah prospek, diorang tak terasa macam kita adalah聽seorang ‘penjual'.
Prospek akan nampak kita sebenarnya ikhlas nak bantu selesaikan masalah yang mereka hadapi.
Prospek akan nampak kita memang betul-betul nak bantu mereka capai impian mereka.
Ala, macam bila kita gi klinik dan jumpa doktor.
Doktor akan bagi nasihat itu ini dan ubat untuk kita makan.
Doktor sebenarnya jual ubat tu kat kita, tapi kita tak terasa macam doktor tu tengah menjual.
Setuju?
#3 Tonjolkan Diri Kita Sebagai Pakar
Dengan berkongsi tips-tips yang bermanfaat, prospek akan nampak kita ni sebagai pakar dalam bidang tersebut.
Kita bukan sekadar salesmen, tapi kita betul-betul faham tentang masalah yang prospek sedang hadapi.
Dan kita tau macam mana nak bantu selesaikan masalah tersebut.
Dalam bahasa canggih, ini dipanggil strategi “Brand / Online Positioning”.
Dah Faham?
Sekarang dah faham kenapa saya cadangkan skrip yang agak unik ini?
Kita bergerak ke bahagian yang terakhir…
Bahagian Call-To-Action (CTA)
Dekat bahagian CTA, saya takde sebut tentang apa produk yang saya nak jual, tapi saya offer untuk berikan lebih banyak tips.
Bila buat gini, prospek lebih terbuka nak contact kita sebab dia tak terasa nak kena komit apa-apa.
Kenapa Guna Whatsapp?
Dalam skrip ini, saya suruh prospek Whatsapp sebab…
- Bila prospek Whatsapp kita, dia kena save nombor kita. Dalam masa yang sama, kita dapat nombor telefon prospek.
- Orang lebih mudah nak Whatsapp sebab ianya PERCUMA. Takdelah nak berkira sangat.
- Bila prospek dah Whatsapp kita, mudah untuk kita follow up ramai-ramai sekaligus menggunakan fungsi ‘Broadcast'.
Sekarang anda boleh juga Share link untuk invite prospek masuk ke Whatsapp Group (tapi mungkin akan ada yang berapa selesa kalau join group).
Dan paling best, fungsi ‘broadcast' ini PERCUMA!
Tunggu…
Ada beberapa perkara聽penting yang anda kena faham bila menggunakan strategi ini.
1# Ia Bukan Untuk Semua Bisnes
Skrip yang saya kongsikan ini BUKAN聽skrip yang boleh di copy paste untuk semua jenis bisnes.
Kalau anda jual barang fast cash, yang tak perlukan penerangan panjang lebar, strategi untuk mendapatkan nombor telefon prospek boleh diubah.
Contohnya:
…
Harga satu set hanya RM150.
Kos penghantaran saya belanja 馃槈
Nak Diskaun RM30?
Whatsapp <NamaAnda> “XYZ30” ke 011 1948 1730 sekarang.
Contoh:
“Firdaus XYZ30”
…
2# Bukan Semua Yang Whatsapp Akan Beli
Skrip ini tak menjamin semua yang contact anda akan beli (sebab anda offer TIPS, bukan produk / servis).
Yang pasti, mereka ada masalah yang anda boleh tolong selesaikan.
Jadi…
Sales akan bergantung kepada sejauh mana skill follow up dan close sale anda 馃檪
Nak Belajar Formula聽Close Sale Yang Terbukti Berkesan?
Klik gambar di bawah untuk mendapatkan Formula Close Sale dalam bentuk video dan skrip Whatsapp daripada Tuan Aqif Azizan yang terbukti berkesan (insyaAllah).
3# Skrip Boleh Diubah Mengikut Kesesuaian
Skrip yang saya kongsikan itu sekadar contoh.聽Anda boleh modify skrip mengikut kesesuaian bisnes anda.
Contohnya,聽anda boleh cuba ubah聽Call-To-Action menjadi seperti di bawah;
Tips…
1. _____________
2. _____________
3. _____________
Nak Tau Cara Yang Lebih Mudah?
–> Whatsapp XYZ ke 011 1948 1730 sekarang
atau
–> Komen “Nak tahu!”
Teknik suruh prospek komen ni ada Pro & Cont.
Pro:
- Mudah untuk prospek
- Post tersebut akan menjadi viral
- Engagement akan tinggi (Like, Komen & Share)
Cont:
- Kalau ada pesaing nampak, dia boleh sailang
- Anda terpaksa respon secara manual kepada setiap komen
- Kalau banyak sangat yang komen, anda akan pengsan 馃槢
Nak Belajar Cara Tulis Ayat Iklan Yang Berkesan?
Saya banyak belajar ilmu penulisan daripada 3 orang sifu dalam entri ini. Anda juga boleh belajar dari mereka 馃檪
Ada Belajar Sesuatu?
Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini.
Jika anda merasakan ianya bermanfaat, saya alu-alukan anda untuk klik butang Share di bawah.
49 Comments
Terima kasih untuk perkongsian Tn Firdaus. Saya pun guna “Add saya di Whatsapp”, supaya dia add kita dulu dan dia simpan kita sebagai contacts 馃檪
Alhamdulillah 馃檪 Semoga ianya bermanfaat untuk Tuan.
welldone .. sharing ilmu yang berguna akan dpt pahala dr Allah
Terima kasih Tuan atas doanya 馃檪 Semoga Tuan juga murah rezeki!
assalamualaikum…saya nak jadi murid tuan belajar ilmu online marketing .produk saya Stevia extra sweetener . pemanis ajaib.
perturunkan ilmu tuan sikit kat saya.,, musa jab
Wa’alaikumsalam Tuan Musa 馃檪
Terima kasih sebab berminat nak belajar dengan saya 馃檪
Boleh join kelas terdekat saya. Rujuk link ini >> https://firdausazizi.my//jadual-kelas
Terima kasih
terima kasih tuan. dapat idea macamana nak grab no tel drpd prospek.
Terima kasih tuan. Penerangan yang cukup jelas. Whatsapp adalah yang paling mudah pada pendapat saya
Wahhh, kreatif idea ni.
Saya suka 馃檪
Oh nak tambah sikit, cara ni tak sesuai untuk orang MALAS.
Kan? Kalau rasa diri MALAS, JANGAN cuba cara ini.