Cara Edit Post Yang Dah Dijadikan FB Ads

Beberapa hari lepas saya ada Share聽di wall Facebook saya tentang cara untuk tukar gambar untuk post yang dah dijadikan iklan聽di fanpage.

Sebenarnya, ini聽adalah antara soalan yang paling kerap saya terima dalam kelas Facebook saya dan juga Support Group alumni FATC (Firdaus Azizi Training & Consultancy).

Jadi insyaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda panduan step by step untuk聽edit ayat dan juga tukar gambar post yang dah dijadikan iklan.

Update 5 Mei 2016

Cara di bawah dah tak boleh guna untuk tukar gambar yang dah dijadikan iklan. Hanya ayat iklan sahaja boleh diubah guna cara di bawah.

Untuk yang belum tau…

Anda tak boleh nak edit mana-mana post yang telah atau pernah digunakan sebagai iklan.

Post yang tidak digunakan sebagai iklan berbayar @ Facebook Ads, anda boleh edit dengan mudah bila-bila masa.

Boleh rujuk contoh di bawah (opsyen Edit Post takde).

1# Butang Edit Post di FB Tiada

Kenapa & Bila Nak Kena Edit Ayat Iklan?

[wpipa id=”8751″]

Sebelum saya teruskan, mungkin ada yang tertanya-tanya soalan di atas 馃檪

Ada beberapa situasi yang mungkin menyebabkan anda nak @ terpaksa edit iklan anda.

  1. Iklan anda kena reject dengan Facebook. Jadi anda nak betulkan mana yang salah supaya iklan boleh approve.
  2. Ada info yang anda terlupa nak masukkan, atau ada yang anda tersalah tulis.
  3. Iklan tersebut dah ada banyak engagement (Like, Comment & Share). Anda nak update dengan info @ promosi terbaru sambil mengekalkan jumlah engagement tersebut.
Iklan yang dah banyak engagement biasanya lebih mudah untuk menarik perhatian prospek. Ini dinamakan聽Social Proof.

Itu antara sebab-sebab yang saya biasa hadapi. Lain orang mungkin lain tujuan.

Cara Edit Post Yang Dah Dijadikan Iklan di Facebook

Ada 9 langkah untuk anda edit mana-mana post yang telah @ pernah dijadikan sebagai iklan Facebook Ads.

1# Pergi ke Ads Manager & klik pada nama kempen untuk iklan tersebut

Step #1 Ads Manager & Klik Nama Kempen FB Ads

2# Klik butang pensil @ edit di bahagian Campaign Setting

Step #2 Klik Edit Campaign

3# Klik pada link ke聽“Ad Setting”

Step #3 Klik Edit Ad Set Setting

4# Tukar post yang diiklankan di bahagian “Boosted Page Post”

Pilih mana-mana post pun tak kisah. Ini hanya sekejap saja; untuk bolehkan anda聽edit iklan anda.

Step #4 Tukar Post Yang Diiklankan di Page

5# Klik butang “Save and Close”聽

Step #5 Save Setting Baru di Ads Set

6# Pergi ke Fanpage anda. Opsyen聽“Edit Post” akan muncul 馃檪

Kalau opsyen Edit Post masih tiada, kemungkinan besar post tersebut ada juga digunakan dalam kempen & ad set yang lain.

Step #6 Refresh Page & Klik Edit Post

7# Anda sekarang dah boleh edit ayat iklan dan tukar gambar

Step #7 Edit Post Tambah Tukar Gambar & Klik Save

8# Tukar kembali “Boosted Page Post” di bahagian Ad Setting

Kalau nak senang, lepas selesai langkah 5#, jangan tutup atau kacau tab tersebut. Buka tab yang baru di browser anda untuk ke Fanpage & Edit Post.

Step #8 Tukar Kembali Setting di Ad Set Kepada Post Yang Nak Diikanlakn

9# Klik “Save and Close” dan selesai!

Step #9 Save Setting di Ads Set Selepas Post Iklan FB Dah Di Edit

Nota Penting!

Selepas anda klik “Save and Close”, iklan anda akan melalui proses “Review & Approval” lagi sekali.

Jadi ayat iklan & gambar yang anda baru tukar masih perlu mematuhi panduan pengiklanan yang ditetapkan oleh Facebook.

Ada Belajar Sesuatu?

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

31 Comments

  1. salam tuan firdaus, let say saya dah boost iklan yg saya nk ubah. saya run dua ikla. sekali side bar dan mobile. perlu ke saya ad setting (langkah 4) untuk semua ad set saya? saya dahulukan dengan terima kasih

    1. Salam Cikpuan,

      Maksud Cikpuan, 1 post ada digunakan dalam 2 ads yang berbeza ke? Kalau tak jumpa, tak dapat nak edit. Kena cari sampai jumpa 馃檪

      Harap membantu.

      Terima kasih