Beberapa hari lepas saya ada Share聽di wall Facebook saya tentang cara untuk tukar gambar untuk post yang dah dijadikan iklan聽di fanpage.
Sebenarnya, ini聽adalah antara soalan yang paling kerap saya terima dalam kelas Facebook saya dan juga Support Group alumni FATC (Firdaus Azizi Training & Consultancy).
Jadi insyaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda panduan step by step untuk聽edit ayat dan juga tukar gambar post yang dah dijadikan iklan.
Update 5 Mei 2016
Cara di bawah dah tak boleh guna untuk tukar gambar yang dah dijadikan iklan. Hanya ayat iklan sahaja boleh diubah guna cara di bawah.
Kenapa & Bila Nak Kena Edit Ayat Iklan?
[wpipa id=”8751″]Sebelum saya teruskan, mungkin ada yang tertanya-tanya soalan di atas 馃檪
Ada beberapa situasi yang mungkin menyebabkan anda nak @ terpaksa edit iklan anda.
- Iklan anda kena reject dengan Facebook. Jadi anda nak betulkan mana yang salah supaya iklan boleh approve.
- Ada info yang anda terlupa nak masukkan, atau ada yang anda tersalah tulis.
- Iklan tersebut dah ada banyak engagement (Like, Comment & Share). Anda nak update dengan info @ promosi terbaru sambil mengekalkan jumlah engagement tersebut.
Itu antara sebab-sebab yang saya biasa hadapi. Lain orang mungkin lain tujuan.
Cara Edit Post Yang Dah Dijadikan Iklan di Facebook
Ada 9 langkah untuk anda edit mana-mana post yang telah @ pernah dijadikan sebagai iklan Facebook Ads.
1# Pergi ke Ads Manager & klik pada nama kempen untuk iklan tersebut
2# Klik butang pensil @ edit di bahagian Campaign Setting
3# Klik pada link ke聽“Ad Setting”
4# Tukar post yang diiklankan di bahagian “Boosted Page Post”
5# Klik butang “Save and Close”聽
6# Pergi ke Fanpage anda. Opsyen聽“Edit Post” akan muncul 馃檪
7# Anda sekarang dah boleh edit ayat iklan dan tukar gambar
8# Tukar kembali “Boosted Page Post” di bahagian Ad Setting
9# Klik “Save and Close” dan selesai!
Nota Penting!
Selepas anda klik “Save and Close”, iklan anda akan melalui proses “Review & Approval” lagi sekali.
Jadi ayat iklan & gambar yang anda baru tukar masih perlu mematuhi panduan pengiklanan yang ditetapkan oleh Facebook.
Ada Belajar Sesuatu?
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.
31 Comments
waa.baru tahu masih boleh edit walaupun dah upkan iklan tu, selalu saya terus buat iklan baru je..
betui jugak kan..kalau ada promo baru, just edit jer post yang dah banyak engagement.
selama ni kalau nak buat promosi, mesti update post baru..walaupun untuk produk sama 馃檪
Betul betul betul 馃檪
Cuma rasanya fungsi ni ada orang dapat, ada yang tak dapat.
Bergantung pada nasib jugak.
Perkongsian yang menarik. Terima kasih tuan
SALAM TUAN.. JIKA JUST NAK EDIT TEKS SAJA? SEBAB SAYA NAK EDIT UNTUK POST YG HANYA ADA SATU GAMBAR. SEPERTI YANG TUAN CAKAP POST ATAS HANYA UNTUK TUKAR POST YANG BNYAK GAMBAR
Salam Tuan,
Maaf lambat reply.
Kalau nak edit text sahaja pun boleh guna cara yang sama. Takde masalah 馃槈
Terima kasih
Salam tuan..saya cuba edit gambar di post tetapi tidak boleh..utk edit ayat boleh pula.. ada cara lain tak..mohon pencerahan..
Salam Cikpuan,
Maaf sebab Facebook dah update diorang punya sistem. Sekarang hanya tulisan jer boleh edit.