Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Semalam saya ada menulis betapa stressnya saya apabila sistem CommentLuv saya tak berfungsi. Lalu saya kongsikan cara saya troubleshoot masalah tersebut dengan mudah; clear cache di W3 Total Cache dan reset setting untuk CommentLuv. Penerangan step by step ada dalam entri tersebut.
Bro Eyriqazz ada bertanya di ruangan komen tentang cara untuk clear cache di W3TC, jadi saya cuba jawab dalam entri ringkas ini. Saya nak jawab di ruangan komen, tapi tak reti nak attach gambar untuk rujukan. Lagipun kalau tulis dalam entri baru, lebih mudah untuk pengunjung lain turut membaca.
Cara Clear Cache di W3TC
Lepas anda dah install plugin W3TC, anda akan nampak tab ‘Performance' di bahagian WP Admin Header Bar seperti dalam gambar di bawah. Klik tab tersebut dan akan ada drop down menu seperti dalam gambar di bawah.
Anda hanya perlu klik ‘Clear All Cache'. Selesai.
Cara Reset Setting CommentLuv
Butang untuk reset setting CommentLuv agak tersorok di bahagian bawah page untuk CommentLuv setting. Kalau orang yang tak scroll sampai bawah, mungkin tak kan jumpa ataupun tak perasan langsung.
Anda hanya perlu klik butan ‘Reset' seperti di dalam gambar di bawah. Settle!
Itu saja perkongsian saya untuk hari ini. Harap Bro Eyriqazz berjaya membetulkan CommentLuv beliau (tak pasti apa masalah yang beliau hadapi).
Sehingga berjumpa lagi 馃槈
14 Comments
patutlah comment luv saya tak berfungsi hari tu. saya terus delete je. maklumlah, newbie sangat2 di wordpress…. kejap lagi saya cuba kaedah ni, terima kasih ye..
saya guna WP Super Cache.. lebih kurang je functionnya.. setting kena betul je