Assalamualaikum & Salam Ukhuwwah,
Hari ini saya nak berkongsi tentang cara untuk anda menggunakan gambar dari Shutterstock secara percuma untuk membuat iklan yang menarik di Facebook.
Kelebihan menggunakan gambar-gambar dari Shutterstock ialah gambarnya akan nampak lebih profesional dan menarik minat orang untuk klik. Ini boleh menjadikan CTR dan conversion rate untuk iklan anda tinggi.
Baca juga –聽Analisa Prestasi Fanpage Anda Dengan Facebook Page Insight
Cara Menggunakan Gambar Shutterstock Dengan Percuma Untuk Facebook Ads
Di bawah ini saya tunjukkan langkah demi langkah yang anda perlu buat untuk menggunakan gambar Shutterstock secara percuma.
Nota: Cara ini hanya sah untuk iklan ‘Page Like' (iklan tarik Like)
Step #1 – Pilih Jenis Iklan
Step #2 – Pilih Page Yang Nak Diiklankan
Step #3 – Pilih Opsyen ‘Find Images'
Step #4 – Buat Carian Gambar Yang Berkaitan
Anda boleh memilih sehingga 6 gambar untuk digunakan sebagai iklan untuk Page Like. Facebook akan membuat ‘split test' untuk menentukan gambar mana yang mendapat respon paling tinggi.
Step #5 – Adjust Bahagian Gambar Yang Nak Dilihat Dalam Iklan
Gambar yang dipilih dari Shutterstock tak semestinya mengikut size iklan Like yang sesuai. Jadi anda boleh menggunakan setting ‘Reposition Images' untuk memilih bahagian yang sesuai untuk dilihat.
Anda boleh menggunakan fungsi ‘Reposition Image' ini untuk iklan di News Feed dan juga iklan di sebelah kanan (Right Column).
Step #6 – Lihat Preview Iklan Anda
Setelah memilih gambar, pastikan anda edit bahagian text untuk tajuk dan description iklan supaya ia menarik minat bakal fans anda. Sebolehnya, cuba selitkan ‘Call to Action' seperti “Klik Like…” atau “Like sekiranya…”.
Beberapa hari lepas, Facebook telah menambahkan fungsi preview untuk mobile di mana anda boleh melihat bagaimana iklan anda akan kelihatan sekiranya ia keluar di mobile.
Tips: Iklan Like yang disasarkan ke pengguna mobile mempunyai CTR dan juga conversion rate yang tinggi.
Anda Pernah Guna Gambar Shutterstock Untuk Iklan ‘Like' Anda?
Jemput kongsikan pendapat dan pertanyaan anda tentang penggunaan gambar Shutterstock untuk iklan di Facebook.
Adakah…
- CTR anda menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan?
- Adakah conversion rate untuk iklan Like anda tinggi?
- Adakah cara ini menjimatkan masa anda untuk mencari gambar yang memukau?
17 Comments
Tak pernah lagi guna perkhidmatan ads facebook.
nanti nak cuba kat fanpage..harap ramai yang mengLIKE nanti…hehehe
untunglah.. gambarnya semua berkualiti tinggi
Pergh!!! Terbaiklah artikel ni. Serius saya tak tahu langsung pasal Shutterstock ni. Sebelum ni macam-macam fikir untuk bagi gambar nampak menarik. Edit bagai. Tak sangka pulak dengan guna Shutterstock kita hanya perlu search je gambar yang kita nak. Nak cuba lah kalau macam ni.