Cara Gunakan Gambar Shutterstock Dengan Percuma

Assalamualaikum & Salam Ukhuwwah,

Hari ini saya nak berkongsi tentang cara untuk anda menggunakan gambar dari Shutterstock secara percuma untuk membuat iklan yang menarik di Facebook.

Kelebihan menggunakan gambar-gambar dari Shutterstock ialah gambarnya akan nampak lebih profesional dan menarik minat orang untuk klik. Ini boleh menjadikan CTR dan conversion rate untuk iklan anda tinggi.

Baca juga – Analisa Prestasi Fanpage Anda Dengan Facebook Page Insight

Cara Menggunakan Gambar Shutterstock Dengan Percuma Untuk Facebook Ads

Di bawah ini saya tunjukkan langkah demi langkah yang anda perlu buat untuk menggunakan gambar Shutterstock secara percuma.

Nota: Cara ini hanya sah untuk iklan ‘Page Like' (iklan tarik Like)

Step #1 – Pilih Jenis Iklan

Pilih Iklan Jenis 'Page Like'

Step #2 – Pilih Page Yang Nak Diiklankan

Pilih Page Yang Nak Diiklankan

Step #3 – Pilih Opsyen ‘Find Images'

Pilih Find Image Untuk Guna Gambar Shutterstock

Step #4 – Buat Carian Gambar Yang Berkaitan

Buat Carian Gambar Yang Berkaitan

Anda boleh memilih sehingga 6 gambar untuk digunakan sebagai iklan untuk Page Like. Facebook akan membuat ‘split test' untuk menentukan gambar mana yang mendapat respon paling tinggi.

Pilih Maksima 6 Gambar Yang Berkenan

Step #5 – Adjust Bahagian Gambar Yang Nak Dilihat Dalam Iklan

Gambar yang dipilih dari Shutterstock tak semestinya mengikut size iklan Like yang sesuai. Jadi anda boleh menggunakan setting ‘Reposition Images' untuk memilih bahagian yang sesuai untuk dilihat.

Pergi Ke Bahagian Reposition Gambar
Opsyen ‘Reposition Image'

Anda boleh menggunakan fungsi ‘Reposition Image' ini untuk iklan di News Feed dan juga iklan di sebelah kanan (Right Column).

Adjust Bahagian Gambar Yang Nak Dilihat Audience

Step #6 – Lihat Preview Iklan Anda

Setelah memilih gambar, pastikan anda edit bahagian text untuk tajuk dan description iklan supaya ia menarik minat bakal fans anda. Sebolehnya, cuba selitkan ‘Call to Action' seperti “Klik Like…” atau “Like sekiranya…”.

Preview Iklan Like di Desktop
Preview Iklan Untuk Desktop

Beberapa hari lepas, Facebook telah menambahkan fungsi preview untuk mobile di mana anda boleh melihat bagaimana iklan anda akan kelihatan sekiranya ia keluar di mobile.

Tips: Iklan Like yang disasarkan ke pengguna mobile mempunyai CTR dan juga conversion rate yang tinggi.

Preview Iklan Like di Mobile
Preview Iklan Untuk Mobile

Anda Pernah Guna Gambar Shutterstock Untuk Iklan ‘Like' Anda?

Jemput kongsikan pendapat dan pertanyaan anda tentang penggunaan gambar Shutterstock untuk iklan di Facebook.

Adakah…

  • CTR anda menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan?
  • Adakah conversion rate untuk iklan Like anda tinggi?
  • Adakah cara ini menjimatkan masa anda untuk mencari gambar yang memukau?

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 Comments

  1. saya menggunakan gambar dari shutterstock di hampir kesemua blog saya sekarang ini. mendapat kelebihan kerana tepilih untuk menjadi sebahagian dari blogger yang dibenarkan menggunakan gambar mereka.

    amat menarik dan punyai kelebihan untuk menggunakan gambar bekualiti tinggi

      1. shutterstock punya program bersama blogger. blog yg tepilih dibenar menggunakan image mereka secara percuma. blog saya ditawarkan ke dlm program sebegitu secara terus, tak perlu apply.

        berbaki 6 bulan lg untuk menggunakan image di sana