Bila buat iklan di Facebook, ‘Audience Targeting' merupakan antara topik penting yang tidak boleh diabaikan.
Kalau salah target audiens, iklan anda akan keluar kepada prospek yang tak berminat dengan produk anda.
Ini akan menyebabkan kos iklan anda menjadi mahal dan terbazir begitu saja.
Kesilapan Yang Paling Kerap Dibuat
Berdasarkan pengalaman saya dengan FB Ads sejak tahun 2011, kesilapan yang paling kerap dibuat adalah mensasarkan iklan pada audiens yang terlalu besar.
Janganlah Tamak Sangat!
Memanglah bila buat FB Ads, anda boleh target berjuta-juta manusia supaya nampak iklan anda.
Tapi adakah berjuta-juta manusia itu berminat dengan produk anda?
Adakah ia satu keperluan untuk mereka?
Kalau iya pun, adakah mereka semua mampu untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan?
Biar Sikit Tapi Masyuk
Dalam kelas-kelas saya, saya selalu tekankan supaya size target audiens sekitar 100,000 hingga 300,000 sahaja.
Sebabnya Mudah…
300,000 prospek yang berkualiti (minat, perlu & mampu) semestinya lebih bagus daripada berjuta prospek yang umum (main tangkap muat ikut sedap hati).
Bila size audiens anda targeted, bukan saja kos iklan akan menjadi lebih berbaloi malah masa & tenaga anda tak terbazir melayan ‘prospek' yang sekadar nak main tanya harga.
Macam Mana Nak Dapat Audiens Yang Kecil & Targeted
Bila saya sarankan supaya kecilkan size audiens, ada student saya yang tanya…
“Size audiens saya dalam 800,000. Dah tak tau macam mana nak kecilkan.”
Ini tips yang saya kongsikan dengan beliau dalam Support Group kami.
1. Pecahkan Audiens Kepada Beberapa Segmen
Cara paling mudah nak kecilkan audiens adalah dengan pecahkan audiens kepada beberapa segmen.
Anda boleh pecahkan mengikut salah satu daripada pilihan di bawah:
- Umur
- Jantina
- Lokasi
- Bahasa
- Interest
2. Monitor Prestasi Setiap Segmen Audiens
Bila anda dah segmenkan audiens, anda sebenarnya secara tak langsung sedang membuat split test.
Anda sekarang perlu memantau pretasi iklan untuk mengenalpasti:
1. Segmen Mana Yang Paling Banyak Sales
Ini adalah segmen audiens yang paling tepat untuk iklan.
Biasanya anda boleh naikkan budget iklan untuk segmen ini untuk mendapat sales yang lebih masyuk,
2. Segmen Mana Yang Paling ‘Lemau'
Bila iklan dalam jalan lama (reach dah beberapa ribu), anda dah boleh kenalpasti segmen audiens mana yang kurang responsif dengan iklan anda.
Anda boleh lihat dari segi…
- Click Through Rate (CTR)
- Relevance Score
- Cost Per Post Engagement / Website Clicks
Untuk segmen ini, anda ada 2 pilihan:
- Kalau mereka memang target audiens untuk produk anda, anda boleh buat iklan yang baru dan fokus pada manfaat / proposition yang berbeza.
- Keluarkan saja segmen tersebut daripada targeting untuk iklan anda dan fokus hanya pada segmen yang berkualiti.
3. Simpan Database & Follow Up
Ada kemungkinan juga akan ada segmen audiens yang banyak tanya (SMS, Whatsapp, PM) tapi mereka tak membeli atas sebab-sebab tertentu.
Anda perlu tanya sebab apa mereka tak jadi beli dan perbaiki tawaran anda untuk segmen ini.
Pastikan anda simpan nombor telefon mereka & follow up dengan mereka. Cuba berikan tawaran baru yang bersesuaian (down sell, cross sell, etc.).
Tips Lain Yang Mungkin Membantu
Anda juga boleh membaca entri-entri di bawah untuk lebih banyak tips menarik 馃檪
Ada Belajar Sesuatu?
Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Klik butang Share di bawah supaya lebih ramai dapat manfaat 馃檪
Panduan Video Retargeting Mastery DAH Dilancarkan!
Nak belajar strategi buat retargeting yang lebih berkesan (supaya iklan anda lebih targeted dan berhasil bawa prospek yang berkualiti)? Klik button di bawah sekarang:
21 Comments
terima kasih, yang kecil itu sedikit tetapi berkualiti 馃檪
baru la saya paham macam mana nak dapatkan audience targeted. terima kasih tuan
pengecilan audiens ini sangat penting supaya dapat sampai ke target yang kita nak….justeru, akan meningkatkan lagi pendapatan dalam perniagaan kita….
Terima kasih Tuan Firdaus.
Tips ni saya akan gunakan nanti 馃檪
Sama-sama Cikpuan Syamila 馃檪 Semoga membantu!
Terima kasih atas tips yang menarik…:)
Target pelanggan yang benar-benar tepat dapat jimatkan byk kos dan tingkatkan sales.
Jom baca sharing pengalaman sy kat sini, “Bagaimana Saya Dapat RM10,000 Pertama Di Internet Dalam 40 Hari”
.