Antara perkara yang paling mencabar bila buat iklan di Facebook adalah untuk kenalpasti apa interest yang paling sesuai untuk produk atau servis kita (selain daripada cari idea untuk tulis ayat iklan yang berkesan).
Biasanya kita perlu buat ‘Split Test' dengan mensasarkan iklan pada beberapa audience berbeza, kemudian tunggu dan lihat macam mana hasilnya.
Proses ini akan memakan masa yang agak lama (paling cepat pun 1 minggu) dan ia juga akan memakan kos (ada orang namakan ini proses ‘bakar duit').
Alhamdulillah sekarang ada cara yang lebih mudah dan menjimatkan untuk kenalpasti interest yang berkesan untuk iklan yang anda dah buat.
Teruskan membaca untuk tahu caranya, atau tonton video di bawah.
Cara Kenalpasti Interest FB Ads Yang Berkesan
Kalau anda malas nak buat ‘Split Test' sebab nak cepat, dan of course nak jimatkan kos iklan, anda boleh guna cara di bawah.
Cara ini melibatkan penggunaan satu software yang bernama Zillatics.
1. Download & Pasang Zillatics
Anda boleh dapatkan software Zillatics ini dari link ini.
Selepas dah buat pembayaran, anda hanya perlu download Zillatics dari link yang diberi kemudian install dalam browser Google Chrome.
2. Masuk Ads Manager
Bila dah install Zillatics, masuk ke bahagian Ads Manager anda kemudian pilih Campaign yang anda nak Zillatics bantu kenalpasti interest yang berkesan.
3. Pilih Ad Set dan Klik Butang Zillatics
Bila dah pilih Campaign, pergi pula ke tab Ad Set dan pilih Ad Set yang anda nak kaji.
Selepas itu klik pada butang hijau Zillatics di sebelah kanan.
4. Pilih Column & Export
Bila anda dah klik butang Zillatics, anda akan dihidangkan dengan paparan senarai interest untuk Ad Set tersebut dan juga prestasi untuk setiap satu interest.
Dari situ, anda dah boleh tau interest mana yang sebenarnya berkesan dan interest mana sebenarnya membazir duit.
Anda juga boleh pilih data apa yang anda nak lihat di bahagian ‘Column'.
Bila dah puas hati, data yang anda dah dapat tadi anda boleh export ke komputer anda (jika perlu).
5. Optimize Ad Set
Sekarang bila anda dah tau interest mana yang betul-betul berkesan, anda bolehlah Edit Ad Set tersebut dan buang interest yang tidak mendatangkan hasil (mahal atau tiada respon).
Dan untuk iklan-iklan yang akan datang, anda bolehlah guna interest yang sudah terbukti berkesan berdasarkan analisis Zillatics di atas.
Nak Cuba Guna Zillatics Untuk Kenalpasti Interest Yang Berkesan Untuk Iklan Anda?
Sebelum anda nak cuba Zillatics, pastikan anda baca dulu review ikhlas dan jujur saya dengan menekan butang di bawah.