Saban hari, semakin ramai peniaga di Facebook mengeluh sebab prestasi jualan di laman sosial tersebut semakin merosot.
Kos iklan di Facebook semakin mahal. Respon semakin berkurangan. Reach untuk setiap post pula terlalu rendah. Pening kepala jugak lah nak buat duit di Facebook!
Info: Reach adalah jumlah orang yang melihat post anda di Facebook
Dulu, kalau ada fanpage yang likers beratus ribu, senang jer nak buat jualan. Sekali post di fanpage, boleh dapat reach dalam 20K ke 50K.
Sekarang nih kalau post dekat fanpage yang sama, dapat reach hanya dalam 2K jer. Itupun post yang dikira sangat menarik.
Nak tak nak, ramai yang terpaksa bayar Facebook supaya iklan mereka sampai kepada target sasaran. Ada kalanya duit iklan lebur macam tu jer sebab orang main klik jer, tapi takde yang betul-betul nak beli.
Baca Juga: Facebook Akan Utamakan Link Share Berbanding Status Update
Sebab Apa Reach di Facebook Semakin Berkurangan?
Setiap hari, pengguna Facebook semakin bertambah. Penggunaan Facebook di mobile juga memudahkan orang untuk melayari Facebook dengan kerap dan meng'update' status on the go.
Bayangkan, setiap hari, Facebook terpaksa menapis secara purata 1,500 post dan tayangkan hanya 300 yang terbaik di News Feed anda. Kiranya, anda hanya akan berpeluang melihat 20% daripada post rakan-rakan dan juga page yang anda dah Like.
Sama seperti Google, Facebook juga perlu memastikan setiap post yang keluar di News Feed adalah berkualiti dan betul-betul apa yang kita minat. Ini supaya pengguna Facebook seronok dan tak bertukar ke laman social yang lain.
Ini menyebabkan kita (saya dan anda) terpaksa bersaing supaya post kita mendapat tempat di News Feed rakan-rakan dan juga fans kita.
Ingat, kita perlu bersaing dengan 1,500 post lain setiap hari. Persaingan ini bukan mudah, tapi…
Tapi saya akan kongsikan dengan anda macam mana anda boleh pastikan Facebook selalu keluarkan post anda di News Feed rakan-rakan anda dan juga fans anda. Dan semestinya, dengan zero kos.
Bayangkan kalau setiap kali rakan-rakan anda dan juga fans anda login ke Facebook, dia akan nampak post kita muncul di News Feed. Tak ke seronok gitu?
Kadar Organic Reach Hanya Sekitar 6.51%
Lagi satu kajian yang dibuat oleh Edgerank Checker ke atas 50,000 post daripada 1,000 Fanpage mendapati; Organic Reach pada bulan Mac yang lepas secara purata hanyalah 6.51%!
Info: Organic Reach adalah Reach yang dicapai tanpa menggunakan Facebook Ads
Ini bermakna, untuk fanpage yang mempunyai 10,000 like, hanya 651 fans akan dapat melihat update daripada fanpage tersebut. Kalau ada 100,000 like, hanya 6510 fans yang akan nampak apa yang anda post.
Sedih kan?
Nak tak nak, kalau anda menggunakan Fanpage untuk tujuan bisnes, terpaksalah anda bayar Facebook untuk tayangkan post anda kepada fans anda.
Macam Mana Facebook Tentukan Post Yang Keluar di Newfeed
Facebook menggunakan sejenis algorithm khas yang dulunya diberi nama EdgeRank (sekarang dah takde nama…) untuk menganalisa News Feed dan memilih post mana yang akan ditayangkan di News Feed setiap orang.
Secara asasnya, ada lebih daripada 100,000 faktor yang diambil kira oleh Facebook untuk menentukan post mana yang akan mendapat tempat di News Feed.
Walau bagaimanapun, menurut kata Will Cathcart, News Feed Director of Product Management; 5 faktor di bawah merupakan antara 5 faktor utama yang diambil kira.
1. Populariti Post Anda Sebelum Ini
Prestasi dan populariti post-post anda sebelum ini dari segi jumlah Like, Comment dan Share (dengan kata lain – Engagement) memainkan peranan yang penting.
Kalau di susun dari segi weightage:
- Comment
- Share
- Like
Pastikan yang setiap post anda berpotensi untuk mendapat Engagement yang tinggi dengan menggunakan content yang berkualiti. Anda juga boleh gunakan ‘Call To Action' untuk mengalakkan Engagement.
2. Populariti Post Tersebut Dengan Orang Yang Telah Melihat Post Tersebut
Katakan anda telah membuat post pada jam 9 pagi dan seramai 50 orang telah melihat post anda tapi takde seorang pun yang Like, Comment ataupun Share.
Ini akan memberikan indikasi kepada Facebook bahawa post tersebut membosankan. Jadi, nak tak nak, Facebook akan mengurangkan kebarangkalian post tersebut untuk keluar di News Feed rakan anda yang lain.
3. Sejauh Mana Post Anda Popular Dengan Orang Yang Melihat Post Anda Sebelum Ini
Katakanlah saya selalu berinteraksi dengan post-post daripada Raja Kamil. Pantang jer Raja Kamil post status update, mesti saya nak Like dan kadang-kadang Share.
Facebook akan beranggapan bahawa saya nih suka sangat nak tengok status update dari Raja Kamil. Ini akan menyebabkan post-post daripada Raja Kamil selalu keluar di News Feed saya.
4. Adakah Jenis Post Anda Popular Dengan Orang Yang Melihat Post Anda
Disebabkan talian internet saya yang agak lembap, saya lebih suka kepada post jenis Text Update tanpa gambar. Nak tunggu gambar loading memang akan memakan masa yang agak lama.
Secara tak langsung, saya akan selalu berinteraksi dengan post jenis Text Update. Maka Facebook akan mengutamakan post-post sebegitu untuk keluar di News Feed saya.
Tips: Untuk peniaga di Facebook, anda kena kenal siapa pelanggan anda. Adakah mereka jenis yang suka post bergambar, video ataupun text update?
5. Berapa ‘Usia' Post Anda
Kalau dalam bahasa Inggeris, “How Recent Was The Post Published”. Post yang baru dan fresh mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk keluar di News Feed.
Ini juga bermakna; lebih kerap anda update post anda di Facebook (dengan syarat ianya post yang menarik & berkualiti), lebih cerah peluang untuk post anda keluar di News Feed kawan-kawan anda.
“Saya Dah Faham… Jadi Apa Perlu Saya Buat?”
Kalau anda dah faham sedikit sebanyak tentang bagaimana Facebook menyaring dan menapis post untuk dimasukkan ke News Feed, ini adalah 3 langkah yang anda boleh lakukan supaya post anda sentiasa keluar di News Feed.
- Pastikan setiap apa yang anda post itu menarik, berkualiti dan menjemput Engagement (Like, Comment atau Share). Lagi tinggi engagement, lagilah Facebook akan beri keutamaan kepada post-post anda keluar di News Feed. Benda nih ala-ala membina autoriti dengan Facebook.
- Post dengan kerap supaya potensi untuk rakan-rakan anda nampak post anda meningkat. Tapi, jangan lupa #1 di atas; post perlu menarik dan berkualiti. Berapa kerap? Anda kena buat test anda sendiri. Raja Kamil boleh dikatakan post hamper setiap jam 😛
- Variasikan jenis post anda; text update, photo dan link share. Setiap jenis post mempunyai ‘peminat' yang tersendiri. Anda boleh kaji sendiri untuk melihat post jenis mana yang paling tinggi engagement dan banyakkan post yang sebegitu.
Ini adalah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan.
Hint: Ada satu lagi teknik rahsia untuk meningkatkan Organic Reach dengar kadar luar biasa. InsyaAllah saya cuba kongsikan dalam entri yang lain. Tunggu…
Giliran Anda Pula Untuk Mencuba!
Saya dah kongsikan apa yang saya tahu hasil daripada kajian saya dan dibuktikan dengan melihat sendiri post-post yang keluar di News Feed saya setiap hari.
Antaranya, post-post menarik yang selalu membuatkan saya terpana adalah daripada:
Apa kata anda pula cuba teknik-teknik di atas dan kongsikan pandangan anda di bawah 🙂
Sumber rujukan:
39 Comments
In simple word…. Menarik dan kena dengan apa yang orang nak baca… Kadang2 aku rasa macam fb nie gunakan keywordbased.
Macam tu rupanya..maknanya kita kena kreatif dan rajin supaya post tu menarik dan berlainan variasi..
Memang artikel ni kena tulis panjang sebegini baru nampak penjelasan yang lebih terperinci….
Terima kasih sangat2! Saya perasan reach kurang.. tapi sangat jelas kenapa ianya berlaku bila baca sharing Tuan. Insha Allah.. akan cuba buat macam yang Tuan sarankan. 🙂