Baru-baru nih ramai yang tanya saya, macam mana nak tingkatkan Reach untuk post di Fanpage. Ini semua gara-gara status saya ini…
Yelah, semakin hari, Facebook semakin mengasak kita (peniaga online) untuk menggunakan Facebook Ads supaya post kita ‘sampai' kepada Fans kita sendiri.
Oh, ini adalah details statistik untuk post yang saya kongsikan dalam status di atas (statistik pada jam 4 pagi, 21 Mei 2014).
Ramai yang mengeluh,
“Dah la nak dapatkan Like pun kena buat Facebook Ads, nak bagitau Fans tentang update terbaru dari kita pun kena bayar Facebook lagi…”
Inilah nasib kita sebagai orang yang menumpang bukak kedai di Facebook. Kita terikat dan tertakluk kepada budi bicara dan belas ihsan tuan rumah kita. Sebab tu lah saya sangat syorkan supaya peniaga online nih kena ada website atau blog sendiri.
Bukan setakat kena ada ‘rumah' sendiri, tapi kita juga kena ada database customer kita supaya senang kita nak hubungi mereka untuk sebarang promosi terkini. Nak emel boleh, nak SMS pun boleh. Janji info tersebut sampai kepada customer kita.
Wajib Baca! Pastikan anda dah baca 3 entri ini supaya anda faham apa yang saya akan terangkan di bawah:
Jangan risau! Saya ada terjumpa satu teori menarik hasil kajian saya ke atas data Page Insight daripada 3 fanpage yang berbeza niche.
Lain Fanpage, Lain Jenis Post Yang Popular
Dengan menggunakan fungsi Page Insight yang disediakan oleh Facebook (ala-ala Google Analytics), saya mendapati jenis post yang popular untuk setiap Fanpage adalah berbeza.
Ada Fanpage yang mempunyai Fans yang suka post jenis bergambar dan ada Fanpage yang Fans dia peminat post jenis ‘Status Update'. Fans anda suka post yang macam mana?
Haa… Pergilah check Page Insight anda sekarang!
Di bawah ini saya kongsikan screenshot daripada Page Insight untuk 3 Fanpage yang saya kaji. Cuba perhatikan betul-betul perbezaan antara setiap satu Fanpage.
Secara kesimpulannya, jenis post yang paling popular untuk setiap Fanpage seperti di bawah:
- Fanpage A – Status Update
- Fanpage B – Photo
- Fanpage C – Status Update
Tips: Post yang mempunyai lebih daripada 1 gambar dianggap sebagai ‘Status Update'. Jadi sila lihat statistik untuk setiap post anda betul-betul sebelum membuat kesimpulan mudah.
Gunakan Jenis Post Yang Fans Anda Suka
Sebelum ini saya selalu tekankan untuk variety jenis post dan kerapkan guna jenis post yang disukai oleh fans anda. Dan teori saya Alhamdulillah, terbukti ada benarnya (atleast untuk beberapa fanpage milik saya dan juga client saya).
Cuba lihat statistik ringkas untuk setiap post daripada ketiga-tiga Fanpage di atas.
Cuba perhatikan betul-betul dan bandingkan setiap statistik di atas dengan jenis post yang popular untuk Fanpage tersebut. Perasan tak betapa bezanya Organic Reach untuk jenis post yang popular dengan jenis post yang lain?
Kesimpulan awal yang saya boleh buat ialah,
“Gunakan Jenis Post Yang Paling Popular Dengan Fans Anda, Untuk Mendapatkan Organic Reach Yang Tinggi.”
Tapi, ini tak bermaksud anda boleh abaikan jenis-jenis post yang lain. Anda masih perlu sekali sekala untuk menggunakan jenis post yang berbeza supaya Fans anda tak bosan. Lagipun, data Page Insight anda akan berubah dari semasa ke semasa mengikut respon Fans anda.
Cara-Cara Lain Untuk Tingkatkan Reach
Selain daripada menggunakan teknik di atas, antara tips lain yang saya jumpa hasil daripada membaca di sana sini:
- Gunakan post berbentuk pertanyaan untuk tingkatkan Reach & Engagement (Contoh: Tanya feedback daripada Fans)
- Post pada waktu-waktu ‘peak' supaya lebih ramai Fans nampak
- Tag ‘Fanpage' lain yang relevan supaya Fans dari Fanpage tersebut pun nampak post kita (jangan sesekali SPAM)
- Gunakan fungsi ‘Post Targetting' (rujuk gambar di bawah)
Cuba & Lihat Hasilnya
Sekian saja sharing ringkas saya kali ini. Walaupun ‘ringkas', saya harap sangat ianya bermanfaat!
P.s. – Siapa yang berminat untuk dapatkan theme Genesis atau Personal Coaching dengan saya secara PERCUMA, jangan terlepas join kontes mudah saya (rujuk entri “Hadiah Bernilai RM300+ Dari FirdausAzizi.my“)
14 Comments
Terima kasih dengan perkongsian ini, posting video adalah paling banyak engagement di page saya 🙂
Setelah membaca perkongsian dari tuan, terlintas 1 strategi yang boleh saya buat split test. Jika berkesan saya akan kongsikan pada tuan juga 🙂
Terima kasih Tuan 🙂 Pastikan timing untuk post tersebut juga sesuai supaya dapat optimize kan Reach & Engagement 😀
saya pun ada fanpage tapi sekarang dah sepi…bila update blog entri akan keluar di fanpagelah..nak kasi hidup..hehehe.
kena banyak belajar dan wat split test kalau nak main guna fanpage ni. hoho..
aku dah tak minat sebab terlalu sibuk dah sekarang.
Tapi, serius. Kalau kena gaya..memang leh makan besar hari-hari. haha
dapat ilmu baru lagi ari ni… thanks bro