Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan,Khas Untuk Lelaki. Tips-tips yang akan saya kongsikan ini sesuai untuk…
- Suami isteri yang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata
- Suami isteri yang teringin nak tambah lagi anak
- Pasangan baru kahwin yang dah tak sabar menimang baby
- Pasangan yang akan kahwin dan ingin memastikan diri subur ala-ala bunting pelamin
Jadi, jom kita mulakan!
Cara #1 – Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan
Biasa dengar tak pepatah di bawah?
Mencegah lebih baik daripada mengubati…
Haa, samalah kesnya dengan kesuburan. Elakkan perkara-perkara yang boleh menganggu kesuburan anda. Antaranya:
1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat
Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Nak lagi bagus, pakailah kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punya!
2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi
Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.
3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.
Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Cara #2 – Amalkan Pemakanan Yang Sihat
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:
1. Dapatkan Banyak Antioksida
Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
2. Amalkan Pengambilan Suplemen
Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
Info: Anda berminat untuk mencuba suplemen semulajadi Shaklee untuk membantu kesuburan suami dan isteri? Boleh hubungi saya di 019 457 3457 atau isteri saya, Khadeejah di 019 409 3457 馃槈
3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol.
Cara #3 – Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat
Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh.
1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.
Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
2. Kurangkan Stres
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.
Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat'. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
4. Jangan Ketagih Dadah
Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma' sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.
Cara #4 – Dapatkan Khidmat Pakar
Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki' semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.
Adakah tips-tips di atas berguna untuk anda? Jika ianya berguna untuk anda, pasti ianya berguna untuk rakan-rakan anda. Jemputlah share entri ini di Facebook dan Google+ supaya mereka juga boleh beroleh manfaat.
P.s. – Insya-Allah nanti saya akan kongsikan senarai vitamin-vitamin yang boleh meningkatkan kelelakian anda… Tunggu!
Sumber rujukan –聽How to Increase Fertility in Men
32 Comments
pencen dah….heeeee. bagus tiip ni, jangan ingat perempuan je kena subur….
Orang laki mana ada pencen Tuan… Kilang beroperasi sehingga kita dah mati. Orang perempuan jer kilang akan ‘pause’ bila sampai sekian-sekian usia.
rasanya kesihatan fizakal juga perlu juga diutamakan seperti melakukan senaman yang konsisten.
Memang kesihatan fizikal juga penting. Sebagai tu kena amalkan gaya hidup yang sihat 馃檪
Baiklah Doktor. 馃檪
Terima kasih.
Sama-sama bro… Semoga berjaya 馃槢
Tips yang baik utk semua ni ..
Saya kongsikan jg pengalaman saya sendiri di http://razifredz.com/doa-mendapatkan-zuriat/
Alhamdulillah 馃檪 Terima kasih atas perkongsian!
Dah lama tak pakai spender.. Pakai boxer je hari2 untuk pengudaraan yang terbaik..
Baguslah bro sebab dah lama amalkan tips pengudaraan terbaik. Gua pakai kain pelikat jer kat rumah. Senang dan flexible.
Owhh.. Aku kalau kat rumah pun pakai boxer jugak.. Kadang2 seluar pendek..