Bisnes fesyen sebenarnya memang mencabar emosi, fizikal & mental. Siapa yang tak rancang betul-betul, stok boleh tersadai & ‘cash flow’ syarikat boleh terjejas.
Silap haribulan tidur pun tak lena sebab fikir stok.
Bayangkan, stok kain dah beli. Upah tukang jahit dah bayar. Gaji staf kena bayar setiap bulan. Tiba-tiba koleksi terbaru tak dapat sambutan. Fuhh… boleh menangis bucu katil.
Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan kepada anda dua perkara:
- Apakah cabaran-cabaran yang pemilik bisnes fesyen kena hadap?
- Bagaimana kami bantu klien ‘survive’ walaupun musim membeli semakin berkurang?
Artikel kali ini adalah perkongsian sebenar daripada salah seorang klien kami yang bernama Cik Y yang jual produk fesyen.
Selepas anda baca artikel ini. Anda akan nampak situasi sebenar niche fesyen dalam dunia online di Malaysia. Supaya anda sedikit sebanyak boleh ambil iktibar.
Siapa Cik Y & Bagaimana Boleh Tercetusnya Bisnes Fesyen?
Cik Y ini asalnya jual seluar (jenama dirahsiakan demi menjaga privasi klien). Sudah mula berniaga sejak tahun 2015.
Bila ditanya kenapa memilih fesyen?
Bukan niche untuk produk kecantikan, kesihatan dan lain-lain.
Rupanya beliau jaga mak dia yang tengah sakit. Jadi, beliau perlukan satu model bisnes yang stok tak ‘expired’. Maka, disebabkan itu beliau pilih niche ini.
Bila ditanya apakah cabaran utama niche fesyen?
Ini 3 Cabaran Utama Cik Y Kongsikan.
1. Perlukan banyak variasi copywriting dan sebagai bisnes owner selalu tak sempat.
Dia tak sama dengan niche kesihatan. Kita main konten. Kemudian, boleh pakai lama. Niche fesyen ini kena selalu nampak ‘fresh’ baru orang nak beli.
Cik Y mula perasan kepayahan ini. Bila dia cuba jual baju seperti blouse, kurung, dll.
Buat seorang diri, memang tak sempat nak siap semua benda.
2. Susah nak grow bisnes bila buat seorang diri.
Bukan sahaja copywriting asyik tak siap. Bahkan iklan pun tak sempat nak monitor (seperti tengok data, ok ke tak, untung ke rugi, dll).
Akhirnya, Cik Y perasan.
Produk yang patut dilancarkan minggu ini, tiba-tiba kena ‘delay’ berminggu-minggu.
Bila delay, takde jualan. Syarikat rugi. Kalau ada sales pun stagnance. Rasa macam tak boleh grow dah. Kesannya, ‘cash flow’ juga akan terganggu.
3. Margin kecik. Sukar nak kekalkan kos untuk dapatkan 1 nombor prospek (lead)
Ini semua berpunca bila kita tak monitor iklan setiap hari. Iklan yang sama ditujukan kepada orang yang sama berkali-kali, boleh buatkan ‘ad fatique’.
Ad-fatigue ini maksudnya orang yang muak dengan iklan itu. Jadi, prestasi iklan mula tak stabil.
Cik Y nampak benda ini berlaku, bila iklan beliau dah berbulan-bulan tak tukar copywriting. Respon mula menurun. Sales mula merundum.
Jadi Bagaimana Team Fames Bantu Cik Y?
Secara asasnya.
Setiap klien kami akan dibekalkan dengan 2 orang specialist.
Mereka berdua inilah yang akan tolong setup dan baca data iklan FB Ads hari-hari untuk klien.
- Copywriter
- Ads specialist
Mereka akan bantu untuk pastikan setiap kempen iklan mengikut landasan yang betul, supaya anda boleh fokus pada benda lain yang lebih penting (seperti production, develop sales team dan juga business expansion).
Serahkan kerja-kerja copywriting dan teknikal iklan kepada 2 orang ini. Ini untuk client servis.
Jika join mentoring, Copywriter dan Ads Specialist yang akan bantu untuk bimbing anda buat kempen marketing.
Bila saya tanya Cik Y, kenapa dia ambil Team FAMES? Berbaloi ke dengan sales yang dia dapat?
Ini 5 sebab utama Cik Y pilih Team Fames
1. Kerja marketing lebih tersusun sebab ada jadual dan monthly planning.
Kerja seorang diri atau dengan isteri. Tak sama rasa penat dan pecah kepalanya berbanding dengan anda ada konsultan atau mentor yang bimbing dalam susun strategi.
Setiap akhir bulan, client dan Team Fames dah plan iklan apa yang akan berjalan pada bulan depan.
Masa akhir bulan itulah, kita susun strategi launching, teaser, jenis tawaran dan banyak lagi untuk bulan depan.
Jadi, Cik Y rasa ‘monthly planning’ yang kami sediakan ini sangat membantu untuk dia anggarkan sales pada bulan depan.
Ini contoh gambaran planning yang kami buat:
2. Dah tak perlu pening kepala belajar ilmu teknikal yang terbaru.
Bisnes owner sepatutnya fikir tentang cara nak kembangkan syarikat. Cara nak bawa masuk bakat-bakat baru dalam syarikat. Nak tambah tim, dll.
Tapi bila mereka terpaksa belajar teknikal, bisnes mereka boleh terabai.
Macam Cik Y sendiri mengaku bahawa dia sebenarnya tak berapa minat belajar teknikal. Tapi sebab nak SURVIVE, dia terpaksa belajar.
Bila balik kelas, tak semua faham. Makan masa jugak.
Namun dengan Team Fames, anda boleh bertanya. Kami akan sentiasa update dengan teknologi & strategi terkini yang boleh tingkatkan keberkesanan iklan.
3. Bimbing lihat prestasi iklan semasa.
Bagi seorang bisnes owner, anda mesti perlukan data untuk buat keputusan kan? Tak ada bisnes owner yang buta-buta labur iklan sampai RM1000 sehari kalau tak tahu data. Setuju?
Jadi bagi Cik Y, Team Fames berjaya buatkan dia rasa yakin untuk spend lebih tinggi dari hari ke hari.
Jika sebelum ini dengan kami, beliau hanya berani spend RM100-RM200 sehari dan dapat jualan RM30k sebulan.
Sekarang, beliau dah berani spend RM300-RM500 sehari, untuk dapat jualan RM100k setiap bulan.
Peningkatan 3X kali ganda bila kita faham data.
Dan untuk mentoring, Team Fames biasanya akan minta untuk anda monitor data harian, mingguan & bulanan.
4. Sentiasa bagi idea dan inisiatif untuk tambah baik bisnes anda
Kalau semua benda nak fikir sendiri, itulah penyebab utama kenapa stok tersadai dekat bawah katil berbulan-bulan.
Lagi-lagi niche fesyen. Sebab stok semua kita dah tanggung siap-siap. Jadi, kalau tak terjual memang rugi la sentiasa.
Macam Cik Y sendiri, Team Fames jadi pemudah cara sebab nak ada pemikir lain untuk bantu dia bagi idea marketing.
Kalau buat sorang diri, tak tahu nak tanya siapa katanya.
5. Yang paling best, dah jimat banyak masa dan tenaga buat copywriting.
Tak dinafikan, ramai bisnes owner sebenar power buat copywriting walaupun ada segelintirnya kurang mahir bab ini.
Nak suruh staf buat copywriting? Staf hanya diberi ilmu close sales dan bungkus produk jer.
Tapi dengan mentoring bersama Team Fames, urusan owner jadi sangat mudah. Tak perlu adjust copywriting banyak kali. Kami terus maklumkan apa copywriting yang jadi dan tak menjadi.
Bukan sahaja copywriting, tapi sales funnel, teknikal Facebook Ads untuk target prospek berkualiti, idea untuk offer, dan macam-macam lagi kami kongsikan.
Akhir kisah Cik Y…
“Alhamdulillah, dalam masa 5 bulan. Sales Cik Y yang asalnya RM30k (Januari), kini bulan ogos 2018 walaupun dah lepas raya, sales beliau masih boleh dinaikkan sehingga RM104k sebulan”
Penafian: Hasil setiap orang mungkin berbeza-beza bergantung pada banyak faktor. Kisah Cik Y ini salah satu daripada kajian kes Team Fames.
Selain daripada fesyen, kami juga berpengalaman urus klien dalam niche: Servis baiki laptop, gajet, kesihatan, bayi, ibu-ibu, penapis air dan makanan.
Bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang mentoring Fesyen kami, boleh klik sini.