Bagaimana Saya Gandakan Jumlah Klik Sebanyak 18 Kali Dengan Hanya Mengubah Headline & Gambar

Pagi tadi dapat emel bertajuk ‘Perang 3 Saat' dari Sifu Copy Writing saya, Tuan Aqif Azizan dari tim Write To Wealth. Dalam emel tersebut beliau mengatakan bahawa di Facebook, kita hanya ada 3 saat untuk tangkap perhatian pelanggan untuk:

  1. Baca maklumat yang kita post
  2. Buat keputusan nak beli ke tak
  3. Melupakan pesaing lain & fokus kepada mesej pemasaran kita

Kita hanya ada 3 saat untuk menangkap perhatian pelanggan dengan apa yang kita post

Dengan adanya smartphone nih, orang semakin susah nak fokus sebab ada saja benda yang nak dibuat; scroll News Feed, main Twitter, layan Candy Crush, usha Instagram dan macam-macam lagi…

Lagi seorang Sifu saya, Tuan Faisal Abdullah (CEO Nasihat Niaga) pun pernah sebut:

“Kita sekarang berada dalam peperangan perhatian (War of Attention)”

Alhamdulillah Tuan Aqif bermurah hati untuk kongsi 3 tips yang boleh diamalkan secara berperingkat untuk menambat perhatian pelanggan kepada apa yang kita post.

3 Tips Tambat Perhatian Pelanggan Dalam Masa 3 Saat

Ini adalah 3 tips yang Tuan Aqif kongsi dengan saya (telah diolah supaya lebih sesuai untuk konteks entri ini).

1. Tengok Macam Mana Orang Yang Berjaya Buat

Tengok dan kaji teknik yang digunakan oleh orang-orang yang dah berjaya. Jangan tiru bulat-bulat gaya merea, tapi fahamkan konsep dan idea di sebalik teknik yang mereka gunakan.

Lepas tu…

Aplikasikan teknik tersebut dengan gaya anda yang tersendiri. Biar anda ada identiti anda sendiri.

2. Gunakan Tajuk & Gambar Yang Menarik

Fokus kepada 2 elemen ini untuk menangkap perhatian prospek untuk klik dan baca iklan kita. Kalau tajuk sekadar tangkap muat jer, gambar pulak takde emosi langsung, siapalah yang nak tertarik klik & baca apa yang anda post.

Setuju?

Tuan Aqif pernah pesan masa Bengkel Copy Writing beliau; 85% usaha perlu diletakkan kepada mencari headline yang menarik dan convert. Baki 15% barulah ditumpukan kepada Content (isi kandungan) dan Call To Action.

3. Test Test Test

Bila buat iklan nih, nak tak nak, kena banyak buat split test. Tak perlulah sampai buat split test guna Facebook Ads. Cukup sekadar post di wall sendiri dan lihat berapa orang klik, Like, Comment dan Share.

Dari situ, kita dah boleh agak dah,

“Iklan aku nih O.K. ke K.O.?”.

Kalau nak belajar lebih lanjut tentang teknik menambat perhatian pelanggan dalam masa 3 saat nih, saya syorkan anda untuk mendapatkan “5 Video Formula Content Marketing Yang Telah Hasilkan Untung RM3.3 Juta Setahun” dari Tuan Aqif Azizan (ini bukan link affliate).

Seminar Internet To Income By Patric Chan

Case Study: Bagaimana Saya Gandakan Klik Sebanyak 18x Dengan Hanya Menukar Gambar & Headline (+ Cara Post)

Teknik untuk mengandakan klik dan menaikkan CTR untuk iklan dan post kita di Facebook

Disebabkan teruja membaca emel dari Tuan Aqif nih, saya pun buat eksperimen ke atas salah satu entri downline Shaklee saya.

Semalam (15 April 2014), beliau ada post satu entri di Facebook dan berjaya dapat 8 klik saja. Ini adalah screenshot Facebook post yang dibuat oleh downline saya.

Saya ‘blur'kan nama downline saya dan juga nama blog beliau supaya anda fokus kepada point yang saya nak sampaikan 馃檪

Post Asal Yang Kurang Mendapat Sambutan
Post Asal

Dalam masa lebih kurang 10 minit, saya olah link tersebut (menggunakan Power Editor) supaya tajuk, gambar dan sinopsis (yang di bawah tajuk) nampak lebih memukau. Hasilnya seperti di bawah:

Post Yang Telah Di Edit Dengan Harapan Ianya Lebih Menarik Dan Mendapat Lebih Klik
Post Yang Telah Di Edit

Saya tak pasti adakah link ini nampak lebih menarik atau tak. Tapi kalau anda tengah scroll News Feed, agak-agak la kan, link mana satu yang anda akan berminat nak klik?

Sambung cerita…

Saya mula share link tersebut di wall saya pada jam 11.47 pagi dan di beberapa tempat lain (dirahsiakan :P). Tepat jam 12 malam, jumlah klik untuk link tersebut adalah 144 klik (18 kali ganda daripada hari sebelumnya!).

Lagi best, dengan menukar tajuk dan gambar serta cara post yang efektif, saya berjaya mencatatkan rekod tertinggi trafik sehari untuk blog beliau. Sebelum nih trafik paling tinggi sehari ialah 113.

Dengan mengubah post supaya lebih menarik. saya berjaya memecah rekod trafik tertinggi blog tersebut yang sebelum ini 113.
Berjaya Cipta Rekod Trafik Tertinggi

Info: Saya gunakan servis Bit.ly untuk membolehkan saya betul-betul track jumlah klik daripada link yang saya tweak

Konklusi Saya

Daripada eksperimen yang saya buat, terbukti bahawa dengan mengubah tajuk dan gambar serta teknik post yang betul, saya berjaya meningkatkan jumlah klik sebanyak 18 kali ganda dalam masa hanya 12 jam!

Itu baru tanpa guna Facebook Ads. Kalau tak, sure CTR lagi tinggi.

Tips Headline & Gambar Yang Membuatkan Orang Teruja Nak Klik

Jujurnya, saya bukan pakar copy writing. Bahasa saya kadang-kadang tunggang langgang.

Bagi saya, tajuk yang menarik adalah tajuk yang menyentuh emosi pembaca dan menggunakan darjat bahasa (perkataan) yang mudah difahami.

Dari segi gambar pula, seorang lagi Sifu saya, Bro Jamal, pengasas Sifu FB Ads cakap; gambar muka orang adalah gambar yang paling mudah untuk menarik perhatian prospek.


Tiket ke Seminar Internet 2 Income 5 Patrick Chan dah dibuka dengan harga聽hanya RM99 untuk yang daftar awal. Daftar di SINI聽sekarang.


Sebenarnya ada banyak lagi tips-tips untuk headline & juga gambar yang saya belajar daripada Sifu-Sifu saya. Tapi saya terpaksa ekslusifkan untuk downline-downline Shaklee saya 馃槈

Macam Mana Pula Cara Yang Efektif Untuk Post di Facebook Supaya Dapat Banyak Klik?

Tips ini saya akan kongsikan khas untuk Pengedar Shaklee di bawah kumpulan iReach 馃檪

Tapi kalau ada yang berminat nak belajar teknik berkesan untuk post di Facebook, boleh tengok macam mana Blogger Otai, Bro Hasrul Hassan selalu buat. Cara beliau memang terbukti berkesan dan memang buat orang macam saya tak sabar-sabar nak baca.

Anda juga boleh study balik entry saya sebelum nih tentang cara untuk memastikan post anda selalu keluar di News Feed.

Cuba & Lihat Hasilnya!

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Kalau anda rasakan ianya bermanfaat, harap boleh tolong klik mana-mana butang Share di bawah supaya lebih ramai yang boleh turut mendapat manfaat.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 馃憞馃徎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

24 Comments

  1. Menarik sangaatt..!!! Perasan tip ni tapi tak berapa lekat di otak dan nak cepat asal up new status.. Last2 sendiri rugi.. Thanks again!