Closing Rate Rendah? Ini 4 Kesilapan Closing di WhatsApp

Bila kita memilih untuk closing di WhatsApp, kita perlu master skill kenal bakal pelanggan.

Sebab setiap prospek ada “cara” yang berbeza sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

Yang penting kita tahu apakah “big no” yang patut kita elakkan supaya prospek tetap membeli dengan kita.

Di sini, kami kongsikan 4 kesilapan closing di WhatsApp yang biasa kita lakukan & membuatkan prospek tak nak membeli dengan kita. 

# Kesilapan 1: Terlalu Agresif & Hardsell

Terlalu mendesak pelanggan untuk membuat keputusan dengan segera boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan akhirnya menarik diri. 

Penting untuk memberi ruang kepada pelanggan untuk berfikir dan membuat keputusan.

Walaupun kita tengah buat promosi, cara yang agresif tetap akan membuatkan prospek menyampah.

Sama juga semasa follow up prospek. 

Cukup sekadar ingatkan mereka promosi akan berakhir & jangan paksa mereka membeli.

Sebaliknya ajak mereka untuk engage semula dengan bertanya, apakah masalah yang mereka nak selesaikan dengan produk kita.

Dan lihat semula adakah produk kita mampu selesaikan masalah yang mereka kongsikan.

# Kesilapan 2:  Tidak Memberi Info yang Cukup

Selain tidak suka didesak untuk membeli, prospek juga memerlukan info yang jelas akan produk/servis, sebelum membuat pembelian. 

Kekurangan maklumat seperti harga, manfaat produk, cara penggunaan, atau testimoni, boleh membuatkan pelanggan ragu-ragu dan akhirnya tidak jadi membeli.

Kadang-kadang mungkin kita rasa kita dah share semua, tapi pada prospek yang sedang anda close itu masih belum cukup infonya.

Untuk mengelakkan isu ini berlaku, setiap kali selepas share info apa-apa, jika prospek diam…

Follow up & tanya mereka jelas atau tidak dengan info yang kita berikan sebelum ini.

Lagi satu, pastikan anda bersifat telus. 

Elakkan ada caj-caj tersembunyi yang boleh menyebabkan pelanggan merasakan kita tidak jujur dalam menjual.

Sebagai contoh, di iklan anda letak promo harga murah.

Bila prospek dah WhatsApp cakap nak, dah nak bayar…

Rupanya nak dapatkan promo ni kena daftar jadi ahli, dengan tambahan caj ahli yang perlu di bayar.

Jadi, untuk mengelakkan prospek rasa tertipu, bagitahu siap-siap syarat nak dapatkan promo sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli.

Walaupun cara ini mungkin akan mengurangkan closing rate pada logiknya…

Tapi apa yang penting kita nak setiap pelanggan gembira dengan pembelian yang dibuat.

Bila customer happy barulah mereka percaya untuk repeat order dengan kita nanti.

# Kesilapan 3: Respon Lambat

Kita bagi info yang lengkap kepada prospek akan menjadi sia-sia jika respon “lambat”.

Kelajuan dalam memberi respon adalah indikator level “minat” prospek untuk membeli produk kita.

Lagi cepat kita respon, lagi tinggi level minat mereka pada ketika itu.

Jika lambat, prospek dah sejuk. 

Mereka pun mungkin dah lupa & tak minat nak beli produk kita.

Lagi sakit, mereka pergi & menjadi pelanggan kepada pesaing kita.

Prospek sentiasa mengharapkan respon & soalan mereka dijawab dengan pantas.

Jika masalah anda tak boleh nak respond dengan pantas adalah disebabkan tim sales tak cukup…

Kami suggest anda invest pada sistem yang boleh pasang chatbot dalam WhatsApp anda.

Maksudnya, prospek tanya, ada chatbot yang bantu balas WhatsApp mereka secara automatik.

Cuma anda kena ingat,  chatbot ini digunakan sebagai support anda & tim untuk respon lebih pantas.

Bukan jadi “pengganti” team sales untuk buat closing ya.

Anda & tim masih perlu monitor & reply chat prospek bila perlu.

# Kesilapan 4: Tidak Konsisten Follow Up

Untuk prospek, jika anda dah cuba semua cara di atas tapi masih tak convert, cuba semak semula cara anda dan tim follow up.

Tak follow up langsung sebab tak sempat ke…

Follow up sekali, hari sama leads masuk je ke…

Untuk follow up ini kita kena tengok balik apakah last message prospek dengan kita.

Jika last message kata nak beli time gaji, remind mereka pada hujung atau awal bulan.

Jika last message kata nak tanya suami, remind mereka pada keesokan hari atau jarak masa yang sesuai dengan alasan yang diberi.

Tapi kalau kes prospek bagi bluetick lepas bagi, follow up mereka dalam 12-3 jam sebelum promosi tamat.

Kemudian follow up jangan berhenti masa nak closing jer.

Pelanggan pun perlu kita follow-up untuk memastikan mereka  berpuas hati dengan pembelian mereka. 

Ini juga boleh membuka peluang untuk mereka kembali membeli dengan kita atau lagi best kenalan mereka pula datang membeli dengan kita secara sukarela.

Kesimpulan

Dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan ini, anda boleh meningkatkan keberkesanan proses closing di WhatsApp. 

Ingatlah, hubungan yang baik dengan pelanggan adalah kunci kepada kejayaan bisnes kita di masa jangka panjang.

Sekarang mungkin kita tak nampak, tapi bila database pelanggan bertambah & dijaga dengan baik, kami pasti anda boleh “perah” lebih banyak jualan dari pelanggan sedia ada.

Semoga artikel ini membantu anda mengenalpasti dan memperbaiki kesilapan dalam proses closing di WhatsApp. Selamat berjaya!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *