Copy Bubble – Android Apps Yang Memudahkan Urusan Copy Paste

Kalau anda merupanya seorang peniaga online, saya pasti anda banyak melayan prospek dan customer menggunakan handphone.

Dan sudah pasti anda akan banyak ‘Copy Paste' skrip ataupun template jawapan kepada prospek di Facebook, SMS ataupun Whatsapp.

Copy Bubble - Apps Mudahkan Copy Paste

Walaupun ‘Copy Paste' nih bunyi macam mudah, kadang-kadang ia boleh jadi merumitkan…

Lebih-lebih lagi kalau anda jual macam-macam produk dan mempunyai beberapa fasa ‘Close Sale'.

Setuju?

Copy Bubble – Cara Mudah Uruskan Template ‘Copy Paste'

Alhamdulillah, saya terjumpa satu Android Apps yang sangat menarik untuk pengurusan skrip ‘Copy Paste' atau dalam bahasa teknikalnya, ‘Clipboard Manager'.

Nama Apps ini ialah Copy Bubble dan ia boleh dimuat turun secara percuma dari Google Playstore.

Apa Features Copy Bubble Yang Best Sangat?

Antara sebab saya jatuh cinta pandang pertama dengan Copy Bubble ialah…

  1. Semua yang kita ‘Copy' akan disimpan dengan selamat dalam Apps tersebut
  2. Fungsi ‘floating head' ala-ala Facebook Messenger menjadikan akses tersangat mudah & pantas
  3. Simple. Tak perlu susah payah nak belajar macam mana nak setting.

Alhamdulillah Apps ini berjaya selesaikan banyak cabaran ‘Copy Paste' yang saya hadapi. Dan saya yakin ianya boleh membantu anda juga 🙂

Ini beberapa screenshot daripada Apps tersebut.

Copy Bubble - Step #1
Copy Tulisan @ Gambar Dari Mana-mana Apps
Copy Bubble - Step #2
Semua Yang Di Copy Tadi Akan Disimpan Dalam ‘Bubble'
Copy Bubble - Step #3
Hanya Perlu Tap Untuk Akses Semua Yang Dah Di ‘Copy'
Cara Mudah Copy Paste Dalam Android Guna Copy Bubble
Screenshot ‘Bubble' Saya

Kongsikan Info Ini Dengan Yang Lain!

Klik ‘Share' di bawah supaya rakan-rakan anda yang lain pun boleh beroleh manfaat daripada artikel ini.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *