Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Entri kali ini adalah update khas dari Facebook untuk mereka yang mempunyai Fanpage; kurangkan update dalam bentuk text dan banyakkan update dalam bentuk ‘Link Share'.
Beberapa hari lepas, Facebook telah memaklumkan bahawa mereka telah sekali lagi mengemaskini ‘Newsfeed Algorithm' yang menentukan apa yang keluar di Newsfeed pengguna Facebook. Nama lain untuk algorithm ini adalah EdgeRank.
Apa Maksud Kurangkan Text Update?
Sebelum ini, ramai pemilik Fanpage sedar bahawa status dalam bentuk text semata-mata boleh mendapat capaian (Reach) yang tinggi berbanding status update dalam bentuk gambar, video dan link share.
Ini menyebabkan pemilik Fanpage yang menggunakan teknik text status update supaya update mereka boleh dilihat oleh lebih ramai orang. Ini adalah contoh teknik status update menggunakan text (dan diselit link)
Malangnya Facebook telah mengemaskini algorithm mereka supaya text update tidak lagi mendapat capaian yang tinggi. Sebaliknya Facebook akan mengutamakan update berbentuk link share (ditekankan oleh Facebook), gambar dan juga video.
Penting: Text update di Facebook personal tetap akan mendapat reach yang tinggi!
Share Link Dengan Cara Yang Betul
Dalam kemaskini terbaru ini, Facebook juga mengatakan mereka akan memberi keutamaan kepada status dari Fanpage yang berbentuk link share. Cuma sekiranya anda adalah pemilik Fanpage, pastikan anda berkongsi link dengan cara yang betul seperti di bawah.
Macam Mana Cara Yang Salah Untuk Share Link?
Ini adalah contoh cara share link yang tak digemari oleh Facebook. Kalau Facebook tak suka, maka yakinlah bahawa status begini susah untuk muncul di Newsfeed secara organik (percuma).
Yang Penting – Share Benda Yang Menarik!
Kemaskini terbaru ini mungkin akan memeningkan kepala pemilik-pemilik Fanpage yang sebelum ini berjaya menggunakan teknik text update untuk mendapat capaian yang tinggi.
Apapun, saya lebih suka sekiranya pemilik Fanpage fokus kepada berkongsi info-info yang menarik supaya ianya mendapat ‘engagement' yang tinggi.
Info: Engagement = Like, Comment & Share
Post yang mendapat engagement yang tinggi kebiasaannya akan muncul dengan lebih kerap di Newsfeed pembaca kerana Facebook akan merasakan apa yang dikongsi itu menarik dan bermanfaat.
Engagement ataupun interaksi yang tinggi daripada Fan juga akan memberikan kelebihan kepada status update tersebut dari segi ‘story bumping' di mana Facebook akan meng'up'kan post-post yang aktif dengan engagement supaya boleh dilihat oleh lebih ramai orang.
Info lanjut tentang ‘Story Bumping' –聽Facebook News Feed Updates: How Marketers Should Respond to Story Bump
Apa Pandangan Anda?
- Adakah anda rasa update terbaru ini best untuk anda sebagai pengguna Facebook biasa?
- Kalau anda pemilik Fanpage, adakah anda teruja dengan perkembangan terbaru daripada Facebook?
Jemput kongsikan di ruangan komen 馃檪
Sumber rujukan:
21 Comments
fulamak facebook ni dah macam google lah pulak..
aien ada page.. tapi jarang update.. tengs atas perkongsian..
Ooo. Tq for sharing. Betul la cara sy share smlm rasanya
Memang selama ni saya guna cara yang betul. Cuma masalah utamanya macam tu la.. susah nak dapat perhatian pembaca. Kalau dah tukar algoritma camni memang terbaik la. Lagipun suka sebab page lebih nampak tersusun. Tapi elok juga ada text, gambar, dan ada share link. Kita guna semua yang ada untuk bina engagement.
lepas ni kena ubah cara share yang betul…terima kasih untuk info ni.