Biasa buat iklan di Facebook menggunakan bidding Cost Per Clicks? Ini info penting yang anda perlu tau.
Dalam bulan Julai yang lepas, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengubah cara bidding Cost Per Click dikira.
Apa Jenis-Jenis Bidding Yang Available?
Kalau anda confuse dengan jenis-jenis bidding yang anda boleh gunakan masa buat iklan di Facebook, boleh tonton video ‘Strategi Bidding untuk FB Ads' saya.
Cara Bidding CPC Dicas Sekarang
Sebelum ini Buat masa聽ini, jika anda menggunakan bidding CPC, setiap klik pada iklan anda akan dicas.
Setiap klik bermaksud, jika prospek klik…
- Like
- Comment
- Share
- Gambar
- Link ke website
- ‘Continue Reading'
… Setiap satu klik tersebut akan dicas.
Mungkin anda akan terfikir…
“Mak aih… Mahal la iklan aku kalau guna CPC!”
Jangan risau 馃檪
Biasanya orang yang klik iklan anda memang tertarik dengan iklan tersebut.
Cuma pastikan ayat iklan anda cukup ‘power' untuk meyakinkan prospek untuk hubungi anda.
Bila prospek dah contact anda, anda hanya perlu menggunakan teknik close sale yang betul untuk membuatkan prospek tak sabar nak bayar.
Cara Bidding CPC Akan Dicas Nanti
Dalam definisi聽baru Cost Per Click, Facebook hanya akan ambil kira klik berdasarkan objektif iklan.

Contohnya:
- Untuk iklan Page Like, hanya klik untuk Like Page dicas
- Untuk iklan Post Engagement, hanya klik untuk Engagement (Like, Comment, Share & Photo View) dicas
- Untuk iklan Website Clicks, hanya klik pada link ke website dicas
- Dan seterusnya…
Apa Nasib Iklan Guna CPC Selepas Ini?
Kalau dilihat secara sekilas, definisi baru ini nampak lebih menguntungkan sebab kita hanya dicas untuk klik yang kita nak (base on objektif).
Tapi, ada kemungkinan yang…
- Kos untuk iklan CPC menjadi lebih mahal sebab klik yang dicas lebih berkualiti.
- CTR menurun sebab klik selain daripada objektif iklan tak diambil kita.
Buat masa ini, terlalu awal untuk berspekulasi.
Nanti kena cuba sendiri dan lihat macam mana hasilnya; adakah CPC masih relevan atau perlu bertukar ke oCPM.
Oh, Facebook juga ada ingatkan…
Walaupun mungkin klik Like atau Share tidak lagi dicas, ia masih boleh membantu untuk kurangkan kos iklan.
Bukan setakat itu,聽iklan yang ada banyak Like, Comment & Share juga mampu menarik minat prospek terhadap iklan kita.
Tolong Sebarkan Info Ini Boleh?
Sekian saja perkongsian kali ini.聽Saya harap ianya bermanfaat untuk anda.
Jika Ya, tolong klik butang Share dan sampaikan info penting ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
6 Comments
terima kasih untuk info berguna ini…
Nampak macam akan jadikan kos iklan CPC jadi lagi murah… tapi nampak macam akan ada muslihat lain…
Patut la iklan kat CTR tunjuk value kecik untuk iklan klik website.
Terima kasih atas makluman ini
Ooo.. Patut la kan 馃槈
Tapi CTR rasanya tetap amik kira semua kliks. Camna CTR leh menurun kan?
Menarik tu..tapi macamana pun kena test sendiri dulu…
kena cuba sendiri ni baru tahu camana dia pergi..hehe