Cara Edit Iklan Facebook Tanpa Hilangkan Like, Comment & Share

Macam  macan nak edit post iklan yang tengah berjalan? Saya tak nak buat post baru sebab nanti like, komen, share tu hilang”.

Ini  antara soalan HOT yang selalu ditanya kepada kami.

Untuk menjawab soalan ni, sebenarnya ada beberapa perkara yang anda kena tau dulu.

Kenapa Nak Edit Post Iklan ?

Katakan kita dah jalankan facebook ads hampir sebulan… dan ada satu hari tu, baru kita perasan ada typo pada ayat iklan.

Atau… tiba-tiba kita nak update  promosi terbaru untuk produk kita.

Atas sebab-sebab ini, kita pun rasa macam nak edit la post tersebut.

Tapi… kita pergi pada post tersebut dan nak edit, butang “Edit Post” takde!?

Tapi, kalau semak pada post-post lain yang ada pada page, ada pula butang “Edit Post”…

Sebenarnya, masih boleh edit, tapi ada caranya.

Jangan terus buat post baru.

Sebab post iklan yang kita dah jalankan iklan tu dah ada engagement.

Sayang la kalau buat post baru, sebab hilang semua ‘social proof' yang kita dah terima.

Dua Situasi Yang Menyebabkan Kita Tak Boleh Edit Post Iklan

  1. Post telah digunakan untuk FB Ads.
  2. Ads dah berhenti, tapi post masih “link” dengan “ads”

Anda hanya boleh edit post iklan dengan syarat post tersebut TIDAK LINK DENGAN ADS.

Tak kira sama ada iklan itu aktif atau tidak.

Jadi, macam mana  nak Edit post yang dah link dengan iklan?

#1. Pergi ke ads managerdan cari kempen yang kita dah buat. ‘Tick' pada kotak di sebelah kempen tersebut.

Contoh macam situasi saya, post yang saya buat iklan pada Kempen – HYDROWHEY- HYDROWHEY ISOLATED POWER. Jadi saya tick pada kotak di kempen ini.

#2. Selepas ‘tick' pada kempen tadi, tekan ‘column ads' di sebelah kanan atas ads manager dan tick post asal pada kempen anda.

Ini paparan yang keluar lepas saya tekan butang edit, pastikan anda juga dapat paparan yang sama.

#3 Selepas dah pilih ads-ads tadi, tekan butang edit sebagaimana di dalam gambar dan lihat contoh bagaimana ads tersebut keluar di bawa

#4 Kemudian, tekan simbol anak panah sebelah kanan sebagaimana dalam gambar dan tekan butang “Facebook Post With Comments”. Ia akan bawa anda kepada post asal.

#5. Seterusnya copy ID post iklan anda dari link di atas browser.

(Nota: ID post adalah nombor pada akhir link. Contoh seperti post saya: https://www.facebook.com/376743372703460/posts/773651369679323. Dalam situasi saya, ID Post saya adalah 773651369679323.)

#6 Pergi semula ke dalam Ads Manager anda, dan gantikan post iklan tadi dengan post lain. Anda boleh pilih use existing post'dan tukar dulu guna post lain buat sementara.

Tekan butang “Change Post” ambil mana-mana sahaja post untuk digantikan sekejap. Kemudian, tekan butang Continue dan publish iklan anda.

#7.  Lepas siap langkah keenam, pergi semula ke ads manager anda, dan anda ada pilihan untuk edit post sebagaimana gambar di bawah.

Kalau masih belum ada juga butang “edit post”, ini bermaksud masih ada lagi kempen/adset lain yang guna post tersebut. Anda perlu cari kesemua kempen/adset yang dah link dengan post tersebut.

#8 Kemaskini ayat iklan anda di dalam post tadi dan kemudian letak semula ID POST di dalam kempen iklan anda seperti gambar di bawah :

 

Akhir sekali, tekan butang “Publish” dan siap! Iklan anda berjalan semula seperti biasa dengan ayat iklan baru… dan dalam masa yang sama engagement anda tak hilang. =)

Nota Tambahan:

  1. Kalau anda nak edit juga post tapi tak nak ikut cara ini boleh. Tapi anda HANYA BOLEH EDIT SEKALI SAHAJA. Selepas anda save, kalau nak edit sekali lagi, anda kena guna cara ini.
  2. Video dan satu gambar yang dipost Facebook Page tak boleh diedit, ataupun diganti dengan video dan gambar lain. jika anda mahu juga, anda perlu buat post yang baru.

Kesimpulan

Jom kita recap balik melalui 5 langkah ringkas dibawah berkenaan bagaimana cara untuk edit post iklan.

  1. Tutup semua iklan yang bersambung dengan post tadi.
  2. Sambungkan “post” tadi pada “ads” yang lain buat sementara waktu.
  3. Edit post yang asal.
  4. Link kan semula post yang asal dengan ads semasa pada langkah 3.
  5. Publishkan semula iklan dan jalankan semula kempen iklan tadi.

Kalau rasa pening dengan cara ni, anda boleh terus buat iklan baru.

Cuma, engagement hilang dan kena mula balik dari kosong la.

Jadi, kalau sayang dengan engagement anda, ikut je tutorial ni.

Baca 2-3 kali untuk fahamkan.

Sebelum tu, share dulu artikel ni untuk simpan tutorial ni dalam wall FB anda. 😉

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *