Kalau anda ada kedai fizikal (bengkel, butik, cafe), saya sangat sarankan anda untuk buat iklan yang target local.
Maksud iklan target local ni adalah, kita fokus setting location tu pada kawasan setempat.
Sebenarnya, dalam Facebook Ads anda boleh target audience yang berada sekitar 5-10km radius dari kedai anda.
Tujuan kita target mereka adalah untuk maklumkan tentang kewujudan bisnes kita.
Boleh mulakan dengan bajet yang rendah dulu, sekitar RM10-RM15 sehari.
Pantau iklan selama 1-2 minggu terlebih dahulu.
Kalau iklan tu ada respons dan pertambahan pelanggan yang walk-in ke kedai anda, boleh naikkan bajet lagi selepas itu.
Ada 4 cara untuk buat location targeting:
- Negeri
- City
- Nama Jalan
- Drop Pin
Dalam video di bawah ni, saya teranngkan secara step-by-step.