Headline Panjang Vs Pendek; Mana Yang Lebih Berkesan Untuk Menghasilkan Jualan?

Kadang-kadang kita ni dah test macam-macam jenis mazhab untuk buat ayat iklan.

Lain orang, ada cara dan formula copywriting yang berbeza sampai kita sendiri confuse.

Salah satu persoalan yang selalu keluar berkenaan ayat iklan adalah headline.

Ada orang tanya..

“Headline panjang atau pendek, mana lebih bagus yer?”

“Kalau pendek tak sampai pulak mesej.

Kalau panjang orang tak nak baca nanti.”

Okay, ini yang kita nak bincang hari ni. 

Teruskan membaca, nanti saya terangkan satu-satu.

Headline panjang dan pendek ada objektif berbeza

Data yang saya kongsikan ini adalah daripada eksperimen live, yang team Fames buat sepanjang kami jalankan kempen untuk klien.

Satu, headline yang boleh menarik “perhatian” audien.

Kedua, headline yang boleh menghasilkan “jualan” untuk bisnes kita.

“Habistu, mana satu saya patut buat? Saya nak yang boleh buat jualan je boleh?”

Sabar, semuanya bergantung pada objektif iklan anda.

Of course, semua owner bisnes ingin hasilkan ayat iklan yang boleh buat jualan. 

Tetapi, jualan bukan datang semudah ABC. 

Sebelum pelanggan membeli, mereka perlu ada “trust” kepada bisnes anda.

Bagaimana trust dibina

Trust akan dibina melalui branding.

Semakin banyak dan kerap audience jumpa iklan kita, semakin mudah untuk buat audien kenal dan ingat brand kita.

Bukak Google jumpa iklan kita, buka Facebook jumpa iklan kita, lama-lama dia akan terlintas “best sangat ke produk/servis ni?”. 

Dari persoalan itulah yang akan buat audience untuk “terpaksa” kenal kita, dan secara tak sengaja membuat pembelian pertama dengan kita.

Dah ready nak tahu result experiment headline kami? Okay jom kita teruskan…

Headline pendek vs Headline panjang

Ini 2 kesimpulan awal yang Team FAMES dapat sepanjang kami jalankan kempen marketing untuk klien kami. 

Untuk headline pendek, tidak dinafikan lebih “power” untuk menarik perhatian audience singgah pada post anda.

Manakala headline yang panjang pula lebih banyak “convert” audience untuk membeli.

Menarik kan?

Next, kita belajar macam mana nak buat headline panjang.

Formula headline panjang..

Sebelum anda “berazam” untuk tukar semua headline iklan anda jadi panjang…

Tolong baca dulu sampai habis…?

Kalau headline anda panjang dan melalut, tak guna juga ?

Sebab…

Tak semua headline yang panjang, boleh menjual.

Selepas kami buat analisa; kebanyakan headline panjang yang berjaya menghasilkan jualan, adalah 3 elemen di bawah:

– Offer

– Kepada Siapa

– One Big Promise

Nak contoh?

Kita buat step-by-step okay..

Contoh saya jual telekung travel.

Offer: 

Raya Haji Promotion

Kepada Siapa: 

Wanita bekerja yang suka travel tapi inginkan keselesaan beribadah sambil travel.

One Big Promise:

  • Kain sejuk, ringan 
  • Didatangkan dengan pouch boleh muat masuk dalam handbag.

Headline yang terhasil daripada 3 elemen di atas.

“RAYA HAJI PROMO: PERHATIAN KEPADA SIS YANG KAKI TRAVEL, DAPATKAN TELEKUNG TRAVEL SOFIA, KAIN_SEJUK, RINGAN, #FREE_POUCH_BAG DENGAN DISKAUN 30%!.”

Walau bagaimanapun…tak semua ayat iklan sesuai nak letak headline panjang-panjang.

Ada ayat iklan, kita perlukan headline yang lebih “eye catching” untuk tarik perhatian audience.

Bagaimana? Okay saya terangkan di point seterusnya.

Headline pendek, umpan “orang baru” kenal brand kita

Untuk iklan yang mensasarkan “orang baru” ataupun cold market, kami lebih suka guna headline pendek.

Mengapa? 

Ada dua sebab kenapa headline pendek adalah lebih baik untuk tarik orang yang baru kenal brand kita.

Pertama, headline pendek ni lebih mudah untuk dihasilkan, lebih jimat masa dan “eye catching’.

Manakala yang kedua, iklan cold market ini biasanya target audience lebih broad, dan besar.

Contoh headline pendek yang boleh menarik “perhatian”..

– “Ibu-ibu tentu suka!”

– “Tak payah gosok dah”

– “Jack Ma pun geleng kepala”

– “Eh, mana blackhead saya hilang?”

Tugas headline pendek ini hanya untuk tarik perhatian prospek sahaja.

Lepas prospek dah tertarik untuk baca iklan anda, pastikan ayat #intro anda cukup power untuk “kekalkan perhatian” prospek, baca post anda sampai habis.

Ayat intro power

Ayat intro dekat Facebook ni, lebih kurang sama peranan dan kepentingannya macam headline.

Selain daripada menyokong headline, intro jugak berperanan:

– Buatkan orang rasa berminat

– Buatkan orang rasa benda tu penting

– Buatkan orang nak tahu lebih lanjut

Untuk hasilkan ayat iklan yang “cukup rasa”, selalunya saya akan selit sekali elemen yang boleh membawa mesej:

– Unik

– Dipercayai

– Menjentik emosi

Sebagai contoh:

Unik: Tahukah anda, Naufa Acne Care ni adalah skincare no 1 di Malaysia yang 100% home made dan organik.

Dipercayai: Hilangkan kerisauan dan was-was anda sebab produk Naufa ni 100% organik, dan dah ada KKM dari 5 tahun lepas lagi.

Menjentik emosi: Lagi beberapa bulan nak jadi pengantin? Jangan biarka jerawat rosakkan hari bahagia anda!

Nak tips extra untuk hasilkan intro?

Tips extra untuk tulis intro yang lebih power, letakkan situasi diri anda sebagai audience.

Cuba fikirkan, apakah keluhan audien mengenangkan masalah mereka.

Tukarkan keluhan audien tadi dengan ayat dalam bentuk solusi.

Sebagai contoh, set jeragat yang saya berikan di atas:

Keluhan audien: Suami dah mula tanya kenapa muka naik bintik-bintik.

Ayat intro daripada keluhan audien yang boleh kita buat:

“Jangan risau kalau suami dah mula perasan kulit makin naik bintik, Set Jeragat Naufa sedia bawa kulit anda secantik macam baru kahwin dulu.”

Ada belajar sesuatu setakat ini?

Nasihat saya…

Kalau iklan dan sales anda tengah slow, cuba fokus dan ubah headline dan intro dahulu.

2 perkara ini nampak mudah, tapi sebenarnya mencabar nak buat.

Anda kena rajin membaca dan rajin latih menulis.

Lagi sakan dan kerap anda menulis, insya-Allah semakin padu headline dan intro anda.

Lagi satu yang anda boleh buat untuk percepatkan skil anda menulis ni adalah dengan berguru ?

Kebetulan ilmu penulisan ini saya akan kongsikan lebih detail di dalam Mazhab Copywriting Junior 3.0. 

Kalau anda serius nak belajar ilmu copywriting yang lebih advanced, dapatkan Mazhab Copywriting Junior 3.0 sekarang dengan klik gambar di bawah ?

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *