“Kenapa iklan saya liker dah banyak tapi sales takde langsung…?” Tuan Acit-
Ini soalan yang diajukan oleh salah seorang usahawan online kepada saya pada minggu lepas.
Sebenarnya, bukan Tuan Acit seorang ni je pernah tanya saya soalan macam ni, ramai lagi yang pernah tanya soalan macam ni.
Minggu lepas je, dah 3 orang tanya soalan yang sama.
Jadi, saya buat keputusan untuk tulis satu artikel khas untuk menjawab soalan ni. Mudah-mudahan ramai usahawan online di luar sana dapat manfaat dari artikel ni.
Okay, balik kepada topik asal…
Bila Tuan Acit tanya saya soalan ni, saya pun minta link iklan untuk tengok iklan yang Tuan Acit buat tu.
Bila saya scroll dan baca ayat iklannya, saya jumpa 3 punca utama yang menyebabkan iklan hanya dapat like, tapi tak berjaya menarik minat prospek untuk membeli.
Kebanyakan usahawan online yang newbie, akan buat kesilapan yang sama juga.
Nak tau apa 3 kesilapan ni?
Jom kita tengok, 3 punca utama yang menyebabkan iklan jadi hambar.
#1 Headine, Intro dan Gambar Tak Menarik
3 elemen ni saling berkait dan memainkan peranan yang sangat besar dalam iklan.
Tak kira iklan di platform mana sekalipun, baik secara online atau offline, 3 elemen ni sangat penting.
Senang cerita, 3 elemen ni macam umpan.
Macam mana nak dapat ikan kalau umpan tak sesuai?
Betul tak?
Jadi, headline, intro dan gambar macam mana yang boleh menarik minat prospek ya?
Okay, ini ciri-ciri headline dan intro yang boleh buatkan prospek tertarik pada produk anda.
- Ada emosi (risau, takut, seronok, teruja)
- Guna ayat yang ringkas, sekali baca je terus faham apa yang cuba disampaikan pada iklan.
Macam mana yang dikatakan ayat yang beremosi tu ya?
Biasanya, headline yang ada emosi ni bermain dengan masalah dan kerisauan prospek, kita juga boleh bermain dengan emosi teruja.
Contoh 1:
“AlhamduLillah, 13,125 Orang Suri Rumah Sepenuh Masa Dah Berjaya Jana Income 4 Angka Dengan Hanya Online 4 Jam Sehari!” (Ini bermain dengan emosi “Teruja)
Contoh 2:
“Sampai Bila Nak Biarkan Sedara-Mara Ejek Anda “Badan Macam Tong Gas?” (Bermain dengan emosi sedih/kecewa)
Ini contoh-contoh ayat headline yang ada emosi.
Macam mana nak tulis ayat yang beremosi?
Call balik pelanggan-pelanggan anda yang dah repeat order produk anda lebih dari 2 kali. Cuba interview mereka untuk korek apa yang menyebabkan mereka suka dengan produk anda dan kenapa mereka nak sangat capai result yang mereka impikan.
Dari segi gambar iklan pula, pilih gambar yang selari dengan headline yang anda guna.
Sebagai contoh, kalau guna headline #1 (rujuk contoh #1, headline tentang suri rumah tadi), gunakan gambar suri rumah happy dan tengah posing dengan family depan kereta.
Ini hanya sekadar contoh.
#2 Offer Tak Menarik
Kalau headline, intro dan gambar iklan anda menarik, ianya masih tak menjamin prospek untuk membeli produk anda.
Ada satu lagi elemen penting yang perlu ada dalam iklan, iaitu offer.
Offer ni, ibarat suis yang akan trigger prospek untuk buat pembelian dengan kadar segera.
Tanpa offer yang menarik, prospek akan bertangguh dalam buat keputusan pembelian.
Offer yang menarik ada 2 ciri-ciri ni:
- Limited time
- Limited Quota
Limited time bermaksud, berikan had masa untuk offer anda.
Contoh:
“Jika dapatkan produk X sebelum, 17/5/2018, kami akan bagi diskaun 50%.”
Limited quota pula adalah, offer yang dihadkan untuk beberapa orang pelanggan je.
Contoh:
“Jika dapatkan produk X sekarang, kami akan bagi diskaun 50%. Tapi, diskaun ni hanya diberikan pada 20 orang pelanggan yang terawal je”
Offer anda perlu ada salah satu dari ciri-ciri ni untuk buatkan prospek buat pembelian dengan segera.
Tak semestinya, bagi diskaun, anda juga boleh bagi bonus atau free gift.
Cuma, bagi bonus/free gift secara limited time atau letakkan kuota yang spesifik untuk free gift.
Satu lagi perkara yang anda kena tau tentang offer jenis bonus/free gift ni, anda kena bagi bonus yang ada kaitan dengan produk anda.
Contoh, kalau jual supplement bina badan, boleh offer free gift “Video Panduan Workout untuk Besarkan Bicep”
Jangan bagi free gift yang takde kaitan dengan produk, sebab ianya tak akan buat prospek rasa teruja untuk dapatkan produk anda.
#3 Salah Targeting
Biasanya, kalau headline, intro, gambar dan offer anda menarik, insyaAllah iklan anda akan perform, sales pun akan naik mencanak-canak.
Tapi, kadang-kadang still iklan tak perform juga.
Kalau jadi macam ni, cuba ubah targeting FB ads anda.
Anda boleh split test umur atau jantina (kalau produk anda sesuai untuk lelaki dan perempuan)
Contoh, kalau produk anda sesuai untuk lelaki umur 25-40, anda boleh buat 2 kempen dan 3 adset untuk split test umur dan jantina.
Kempen 1 (Target Lelaki)
Adset 1: 25-30 tahun
Adset 2: 31-35 tahun
Adset 3: 36-40 tahun
Kempen 2 (Target Perempuan)
Adset 1: 25-30 tahun
Adset 2: 31-35 tahun
Adset 3: 36-40 tahun
Anda boleh gunakan kod whatsapp yang berbeza untuk track kempen dan adset mana yang paling perform.
Kesimpulan
Bila iklan yang anda buat tak perform, cuba check balik headline, intro dan gambar yang anda gunakan pada iklan.
Adakah ianya menarik? Adakah ianya ditulis berdasarkan feedback dari pelanggan anda?
Ayat iklan yang power ditulis berdasarkan feedback pelanggan, ianya bukan direka-reka oleh anda. Ayat iklan yang direka-reka biasanya tak power (walaupun anda rasa macam power).
Selain tu, check semula offer yang anda beri tu menarik atau tak? Kalau takde offer, cuba cipta satu offer untuk buat prospek rasa tertarik dan teruja untuk dapatkan produk anda.
Akhir sekali, kalau iklan masih tak perform, cuba split test targeting dan interest FB ads anda.
Nota:
Kalau nak belajar lebih detail tentang cara buat ayat iklan yang menarik dan power, saya sarankan anda join “Kelas Online Copy Master 2.0”
Klik butang di bawah untuk detail lanjut.