Antara masalah yang paling biasa dihadapi oleh mereka yang menggunakan FB Ads ialah iklan berjalan terlalu slow.
Dah la iklan jalan slow, respon pun hambar…
Siapa tak stress?
Rileks. Cool. Sabar.
Dalam entri kali ini saya akan kongsikan apa 3 cara untuk melajukan iklan anda.
Apa Maksud Iklan Slow?
Sebelum kita teruskan kepada 3 cara tersebut, saya nak anda fahamkan apa maksud ‘iklan slow'.
Maksud ‘iklan slow' dalam konteks entri kali ini adalah capaian iklan yang terlalu rendah.
Dalam bahasa yang lebih teknikal, ‘Reach' yang聽rendah.
Iklan slow ini bukan merujuk kepada iklan yang sunyi sepi daripada sebarang respon.
Kalau iklan anda kurang mendapat sambutan, itu biasanya disebabkan oleh ayat jualan anda kurang power.
Anda boleh mendapatkan video cara tulis ayat iklan power untuk menyelesaikan masalah respon kurang tersebut, insyaAllah.
3 Cara Mudah Untuk ‘Melajukan' Iklan Anda
Ini adalah 3 cara yang saya biasa kongsikan dalam kelas Facebook saya, dan Alhamdulillah, ianya berkesan.
1. Naikkan ‘Daily Budget'
Tindakan pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan menaikkan ‘daily budget' iklan anda sebab ‘Reach' sangat sangat berkait dengan ‘budget'.
Lagi tinggi ‘daily budget' anda, lagi tinggilah ‘Reach' untuk iklan anda 馃檪
Kalau sebelum ini anda letak budget hanya RM3 sehari, cuba naikkan ke RM10.
Kalau RM10 pun tak jalan, cuba up ke RM30.
Kalau RM30 pun masih macam siput, cuba letak RM100.
Masih tak jalan? Cuba cara #2 di bawah 馃檪
2.聽Naikkan Bid (kalau guna CPC)
Kalau dengan menaikkan ‘daily budget' iklan anda masih bergerak macam nak tak nak jer, anda boleh cuba naikkan ‘bid'.
Tapi ini hanyalah untuk mereka yang menggunakan CPC 馃檪
Nak senang cerita, letak jer ‘max bid' dalam 50 sen per klik. InsyaAllah jalan dengan aman.
[alert-announce]Jangan risau! 50 sen tu hanyalah max bid. Biasanya FB cas tak sampai 30 sen pun.[/alert-announce]P.s. – Nak tau lebih lanjut tentang strategi聽bidding, boleh baca entri sebelum ini (siap dengan video!).
3. Tukar Dari CPC ke oCPM
Sekiranya anda masih bernasib malang; iklan tak jalan-jalan jugak walaupun dengan ‘daily budget' dan ‘max bid' yang tinggi, boleh cuba cara terakhir ini.
Tukarkan bid anda dari CPC (Cost Per Click) ke oCPM (Optimize for Objective).
Biasanya iklan yang menggunakan oCPM akan berjalan laju sebab kita serahkan keseluruhan ‘daily budget' kita untuk di'optimize' oleh FB.
[alert-warning]Kalau guna oCPM, insya-Allah ‘daily budget' anda akan habis dilenjan oleh Mark Zuckerberg…[/alert-warning]Cara Tukar Ketiga-Tiga Setting Di Atas
Untuk yang tak tau, ketiga-tiga tetapan di atas boleh diubah聽dengan cara:
- Pergi ke Campaign Manager @ Manage Ads / Adverts
- Klik nama kempen yang anda nak betulkan
- Klik nama Ads Set (rujuk #1 dalam gambar di bawah)
- Klik butang ‘Gear'聽(rujuk #2 dalam gambar di bawah)
- Klik butang ‘Pensil' (rujuk #3 dalam gambar di bawah)
Kalau anda dah buat ketiga-tiga cara di atas dan iklan anda masih slow, itu mungkin disebabkan masalah teknikal dalam sistem FB sendiri.
Dalam kes sedemikian, nasihat saya adalah untuk anda buat iklan yang baru.
Tak perlu merungut dan mengeluh sana sini sebab iklan tak berjalan. Buat bazir masa jer!
Ada Belajar Sesuatu?
Kongsikan聽entri ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga beroleh manfaat 馃檪
4 Comments
Dah macam google adword dah cara facebook ads ni..
saya biasa guna cara kedua..naikkan bid cpc sikit-sikit.
ocpm memang dah serik guna..sayu bila nengok mark punya harga kapak 馃檪
Salam tuan, bole x buat iklan like (promote page) guna CPC?
Sy dah buat tp iklan xjalan, reach dapar 4, 8..
Tip2 yang baru buat saya. Insyaallah, saya hendak cuba