Kenapa Bisnes Dalam Bahaya Kalau Hanya Bergantung Dengan Facebook

Sekarang dah jadi semacam satu trend di mana ramai yang buat bisnes online menjadikan Facebook sebagai ‘kedai' mereka dan bergantung sepenuhnya kepada Facebook sebagai tempat mendapatkan jualan.

Kalau Facebook tutup kedai, mereka pun terpaksa tutup kedai sekali bersama dengan Mark Zuckerberg yang dah kaya raya.

Anda wajib belajar cara buat blog dan gunakan blog untuk bisnes anda. Facebook tak sepatutnya dijadikan kedai online anda.

Adakah Anda Juga Salah Seorang Daripada ‘Mereka'?

Kalau jawapan anda untuk soalan di atas adalah…

“Ya!”

Maka anda perlu berubah dan bertindak sekarang.

Jangan biarkan masa depan bisnes online anda ditentukan nasibnya oleh Facebook.

Setiap kali Facebook tukar design, layout dan algorithm, adakah anda nak membiarkan sales anda merudum menantikan keadaan kembali stabil (yang mungkin memakan masa beberapa bulan)?

Saya pernah merasa bagaimana peritnya melalui ‘fasa peralihan' ini yang akhirnya memaksa saya untuk belajar buat blog dan menambah channel pemasaran ke Google (main SEO lak).

Memang stress.

Memang mencabar.

Kalau anda seorang full time Internet Marketer, bertambah lah mencabar sebab pendapatan anda bergantung kepada jualan yang berjaya anda buat setiap hari.

Cubalah Belajar Buat Blog & Tambah Channel Pemasaran Anda

Ini nasihat ikhlas daripada saya.

Belajarlah macam mana untuk buat blog dan jadikan ianya sebagai ‘kedai online' anda yang sebenar.

Facebook sepatutnya hanyalah sebagai salah satu medium yang anda gunakan untuk mempromosikan blog anda; bukannya dijadikan sebagai sebuah ‘kedai'.

Walau apa pun yang berlaku kepada Facebook, website ataupun blog anda akan tetap setia beroperasi membuat jualan dan menerima pelanggan.

Jangan Salah Faham!

Bila saya cakap kena belajar berblog, tak bermaksud anda terus tinggalkan ilmu pemasaran di Facebook.

Sehingga hari ini, pemasaran di Facebook masih berkesan dan berbaloi. Ramai yang boleh mendapat hasil yang berganda-ganda daripada Facebook jika kena dengan gayanya.

10 Sebab Anda Perlu Gunakan Blog Sebagai Hub Bisnes Anda

Ada banyak sangat sebab untuk anda menggunakan blog ataupun website sebagai hub ataupun ‘kedai' anda di alam maya ini.

Infografik di bawah berkongsi 10 sebab menggunakan blog untuk bisnes lebih bagus daripada menggunakan Facebook.

Ada banyak sebab anda perlu mula belajar macam mana nak buat blog dan jadikan ia hub untuk bisnes online anda. Ini 10 sebab blog lebih sesuai berbanding Facebook.

Saya harap info ini bermanfaat untuk anda yang membaca.

Kalau anda berminat nak belajar macam mana nak mulakan bisnes anda menggunakan blog, anda boleh dapatkan Video Panduan Cara Bina Website Dengan Mudah saya.

Dalam video tersebut, saya  akan bimbing anda step by step, dari A to Z supaya anda boleh terus setup blog anda sendiri dalam masa tak sampai 24 jam.

Berminat? Sila klik link butang di bawah sekarang untuk info lanjut.

 

Apa Belajar Sesuatu?

Klik butang “Share” di bawah untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 Comments