Bila buat bisnes, akan ada masa kita untung, akan ada masa kita rugi dan kecundang.
Kerugian itu bukan didatangkan oleh Allah saja-saja sebab suka.
Tapi sebab Dia nak suruh kita belajar dan perbaiki diri menjadi lebih baik.
Sebab itu bila hampir rasa nak kecundang, cepat-cepat bangkit balik dan cuba lihat apa yang Allah nak suruh kita perbaiki 🙂
InsyaAllah dalam entri ini saya nak berkongsi tentang satu kesilapan yang telah membuatkan bisnes saya & isteri hampir jatuh tersungkur.
Semoga ianya bermanfaat untuk anda yang membaca 🙂
Pengalaman Jual Shaklee di Facebook Memang Best!
Isteri saya mula berjinak-jinak dengan Shaklee pada tahun 2012 sebab masa tu beliau tengah pregnant dan tak dapat nak teruskan bisnes buku Islamik kanak-kanak yang kami jalan.
[alert-note]Bukan sebab tak nak teruskan, tapi simptom ibu mengandung.[/alert-note]Beliau mula memasarkan Set Penyusuan Susu Ibu menerusi Fanpage Breastfeeding Heaven sahaja menggunakan bantuan Facebook Ads.
Alhamdulillah Likers sentiasa bertambah dari hari ke sehari.
Jualan meningkat saban bulan hingga memaksa kami borong stok bernilai ribuan ringgit hampir setiap minggu.
Semuanya dek kerana nak memenuhi permintaan pelanggan yang tak pernah putus.
Up sahaja status di Facebook Page, insya-Allah menghurunglah pelanggan.
Panas Tak Sampai Ke Petang
Nak dijadikan cerita, atas beberapa hikmah, Allah uji juga perniagaan kami akhirnya.
Dalam bulan Ogos 2013, jualan dari Facebook jatuh merudum.
Bulan berikutnya, ia jatuh lebih teruk.
Puas kami cari mana silapnya, jualan tetap merudum dari sehari ke sehari.
Masa ini lah, kami mula menyesal tak ikut nasihat mentor untuk sediakan blog sejak awal berbisnes.
Saya Mula Belajar Cara Betul Untuk Buat Blog
Disebabkan sales Shaklee wife saya di Facebook sedang merudum, saya decide untuk belajar cara tarik trafik dari Google ke Blog.
Saya yakin trafik dari Google pastinya lebih berkualiti sebab mereka adalah ‘starving crowd' yang mencari penyelesaian kepada masalah mereka.
[alert-note]Dalam kes bisnes wife saya, kami mensasarkan untuk membantu ibu-ibu yang ada masalah penyusuan.[/alert-note]Susah Sangat Ke Nak Berblog?
Sebenarnya nak buat blog ni mudah jer.
Tapi nak pastikan blog tersebut efektif untuk buat jualan, ia bukan semudah petik jari.
Macam-macam perkara baru yang saya terpaksa belajar.
Antaranya ialah ilmu tentang SEO (Search Engine Optimization) atau bahasa mudahnya adalah cara untuk jadikan blog keluar di Google bila orang search.
Dengan ilmu SEO ni, kita boleh…
- Dapatkan pelanggan yang mencari kita, bukan kita berusaha cari mereka
- Hasilkan jualan berkali-kali selama bertahun-tahun daripada satu post di blog tanpa promosi berbayar
- Bina kredibiliti dan branding sebab setiap kali orang Google, dia jumpa kita
Alhamdulillah sangat, saya bersyukur dipertemukan dengan Tuan Hadihaizil Din dan Team Denaihati yang sudi berkongsi ilmu blog dan SEO dengan saya.
Dalam 2-3 bulan pertama, blog kami masih belum menampakkan hasil.
Trafik dari Google masih suam-suam kuku jer. Majoriti pelawat masih dari Facebook.
Tapi kami tak putus asa dan teruskan menulis entry baru setiap hari.
Kami juga rajin menjalin network dengan beberapa rakan blogger melalui aktiviti seperti blogwalking.
Musim Menuai Hasil
Alhamdulillah selepas beberapa bulan, blog isteri saya mula menampakkan hasil.
Setiap hari, beliau dihubungi oleh prospek dari serata Malaysia untuk mendapatkan konsultasi dan juga produk Shaklee.
Bahkan hingga ke hari ini, WhatsApp beliau tak pernah sunyi dari pertanyaan prospek.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Jangan Lakukan Kesilapan Yang Sama
Dari pengalaman kami yang sangat mahal ini, kami tak nak usahawan yang lain ulangi kesilapan kami.
Ya, ilmu pemasaran Facebook memang penting.
Tapi jika anda tak mahu tersungkur teruk dalam perniagaan, binalah sebuah blog untuk bisnes anda.
Hasilnya mungkin belum boleh dituai dalam 1-2 bulan, tapi bila dah menjadi…
Anda boleh tuai hasil hari-hari tanpa perlu keluar duit untuk iklan sana-sini.
Masa inilah anda akan rasa bersyukur sebab anda ada blog yang berfungsi ala-ala mesin duit.
Tak perlu keluar duit untuk buat iklan, dan tak perlu perah otak setiap hari nak kongsi apa untuk dapat trafik.
“Nak Belajar Cara Buat Blog Yang Boleh Menghasilkan Jualan Berkali-Kali Tanpa Promosi?”
Alhamdulillah saya ada hasilkan satu video panduan cara bina website dengan mudah dan murah (kos bawah RM100).
Video panduan ini anda boleh tonton secara online atau muat turun sebaik sahaja tempahan anda disahkan.
Berminat?
Klik butang di bawah sekarang sementara tempahan masih lagi dibuka!
Apa Belajar Sesuatu?
Klik butang “Share” di bawah supaya rakan-rakan anda yang lain juga turut dapat manfaat dan belajar daripada kesilapan yang saya pernah lakukan ini.
33 Comments
Terima kasih Tuan
Saya antara orang yang ‘degil’ tak mau dengar cakap Mentor juga. Selesa promote di FB sebab lebih senang. Tak perlu study untuk update entry.
Tapi memang tak bertahan lama. Market tepu.
ALHAMDULILLAH. Allah masih sayang bagi ilham dan petunjuk untuk rajin update blog.
Memang seronok bila dah dapat tune.
Sama-sama 🙂 Semoga kita sama2 berjaya berblog dengan gumbira!
Terima kash atas peringatan yang berharga ni…. Saya perlu mula istiqomah untuk update blog ni
Sama-sama 🙂 Semoga berjaya consistent berblog 🙂
pengalaman mematangkan kita kan tuan.. 🙂
Saya baru saja menceburi dua-dua media social ni. Memang brharap sangat nak join tapi masa 17~20/Sep saya terlibat dalam karnival. Tolong update schedule for next class ya. Tq
Terima kasih Tuan sebab berminat nak join kelas blog saya.
InsyaAllah saya doakan tuan diberikan kelapangan masa untuk join kelas saya yang akan datang 🙂
akak berminat sangat nak menuntut ilmu daripada tuan pada 19 dan 20 September nanti..sayangnya tak ada cuti sebab akak dah apply cuti untuk balik ke KL pada 7-12 September.huhu rugi sangat la
InsyaAllah ada peluang untuk akak join next kelas. Saya doakan 🙂