Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Alhamdulillah hari kedua blog FirdausAzizi.my online. Banyak dapat suntikan semangat daripada rakan² blogger dan geng #TeamWork (nih geng alumni WordPress Master Class anjuran Akademi Denaihati).
Baru hari kedua online, blog dah diuji dengan masalah sistem CommentLuv tak berfungsi. Semalam lepas install, memang tak buat testing langsung sebab belum pernah ada masalah dengan Commentluv untuk blog² lain yang saya pernah setup.
Pada mulanya saya tanya dalam group chat #TeamWork dan dapat dua cadangan. Bro Kid suruh check setting dekat plugin W3 Total Cache. Bro Ejam lak suruh disable Commentluv selama 2 hari dan enable balik hari ketiga.
Saya tak sempat nak tanya banyak sebab tengah bersiap nak keluar. Tunggu Cikgu Eizil punya respon lambat sangat pulak sebab beliau tengah menunggang kuda hitam untuk menjimatkan perbelanjaan pada tahun ini.
Selepas di godek² dan bertanya pada Pakcik Google, dapatlah jawapan sebab apa CommentLuv tak berfungsi. Kebetulan saya gunakan plugin W3 Total Cache (W3TC). Saya terjumpa satu discussion di WordPress Support Forum tentang masalah yang serupa.
Saya pun cuba step di bawah untuk membetulkan CommentLuv saya:
- Deactivate CommentLuv
- Delete terus plugin tersebut (nak play safe punya pasal)
- Clear All Cache di W3TC
- Install balik CommentLuv
- Clear Cache lagi sekali
- Reset setting CommentLuv
- Lagi sekali Clear Cache
Alhamdulillah masalah selesai 🙂
Saya sengaja clear cache banyak kali sebab nak pastikan semua file² lama CommentLuv yang disimpan dalam cache dibuang sampai bersih dan tak menganggu proses pelawat blog ini mengomen.
Biasalah, bila ada CommentLuv nih mesti blogger lain suka nak tengok link entri terbaru mereka keluar sekali di ruang komen. Ini juga memudahkan pelawat lain di blog ini untuk tau apa entri menarik di blog pengomen. Saya pun suka sebab senang nak buat lawatan balas 😀
Oh, ada tak pembaca blog ini yang tak tau cara setting W3 Total Cache? Kalau ada yang nak tau, saya boleh share dalam entri yang akan datang 😉
Plugin W3TC membantu untuk ‘melajukan' loading time blog supaya Google suka. Kalau Google suka, senang lah sikit nak rank di 1st page Google. (Boleh rujuk artikel di The Moz Blog tentang How Website Speed Actually Impacts Search Ranking).
Sekian untuk kali ini. Tak dapat nak tulis panjang² sebab tulis guna phone jer. Kebetulan kena ‘demam blogger' hari nih. (Actually demam sebab tidur tak cukup malam semalam…)
Sehingga berjumpa lagi 🙂
P.s. – Jangan lupa tinggalkan komen di bawah supaya saya boleh melawat blog anda nanti 😉
22 Comments
Dah berjaya ye. Tahniah. Commentluv ni memang ramai orang suka. Kalau takde tu kurang seri sikit. Hehe
Dah ok dah bro… Kalau tak, gua tak dapat tidur malam la. Haha…
Mantap..!!! Sebab dulu aku dah laluinya.. ku rasa sepi tanpa commentluv.. ewaahhh… hehhee
Bro Kid yang dah otai pun boleh rasa kesunyian, saya yang suka makan petai nih apatah lagi. Terima kasih la atas bantuan, walaupun last-last ku Google jugak solusi nya.
Tak pernah lagi lalui masalah sebegini. Lepas ni boleh amalkan panduan yang diberikan di atas. Terima kasih
Saya pun 1st time kena. Sebelum nih Ok jer. Apapun, boleh dijadikan rujukan kalau terjadi di masa hadapan 🙂
Alhamdulillah dah selesai. ujian kecil diawal tahun ni…heeee
Betul Tuan. Ujian² nih lah yang satu hari nanti bakal menjadi kenangan manis kita.
Bila masalah problem berjaya diatasi barulah boleh tidur dengan lena kan. Selagi tak selesai rasa stress jer…hehe.
Comluv banyak membantu blogger tidak kira pemilik blog mahupun pengomen yang datang meninggalkan jejak.
Saya memang style camtu. Takleh tidur malam kalau blog, komputer ataupun phone weng.
Commentluv nih memang saya rasa plugin yang penuh dengan kasih sayang. Hehe. Menjadi medium silaturahim sesama blogger.