Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Alhamdulillah hari kedua blog FirdausAzizi.my online. Banyak dapat suntikan semangat daripada rakan² blogger dan geng #TeamWork (nih geng alumni WordPress Master Class anjuran Akademi Denaihati).
Baru hari kedua online, blog dah diuji dengan masalah sistem CommentLuv tak berfungsi. Semalam lepas install, memang tak buat testing langsung sebab belum pernah ada masalah dengan Commentluv untuk blog² lain yang saya pernah setup.
Pada mulanya saya tanya dalam group chat #TeamWork dan dapat dua cadangan. Bro Kid suruh check setting dekat plugin W3 Total Cache. Bro Ejam lak suruh disable Commentluv selama 2 hari dan enable balik hari ketiga.
Saya tak sempat nak tanya banyak sebab tengah bersiap nak keluar. Tunggu Cikgu Eizil punya respon lambat sangat pulak sebab beliau tengah menunggang kuda hitam untuk menjimatkan perbelanjaan pada tahun ini.
Selepas di godek² dan bertanya pada Pakcik Google, dapatlah jawapan sebab apa CommentLuv tak berfungsi. Kebetulan saya gunakan plugin W3 Total Cache (W3TC). Saya terjumpa satu discussion di WordPress Support Forum tentang masalah yang serupa.
Saya pun cuba step di bawah untuk membetulkan CommentLuv saya:
- Deactivate CommentLuv
- Delete terus plugin tersebut (nak play safe punya pasal)
- Clear All Cache di W3TC
- Install balik CommentLuv
- Clear Cache lagi sekali
- Reset setting CommentLuv
- Lagi sekali Clear Cache
Alhamdulillah masalah selesai 🙂
Saya sengaja clear cache banyak kali sebab nak pastikan semua file² lama CommentLuv yang disimpan dalam cache dibuang sampai bersih dan tak menganggu proses pelawat blog ini mengomen.
Biasalah, bila ada CommentLuv nih mesti blogger lain suka nak tengok link entri terbaru mereka keluar sekali di ruang komen. Ini juga memudahkan pelawat lain di blog ini untuk tau apa entri menarik di blog pengomen. Saya pun suka sebab senang nak buat lawatan balas 😀
Oh, ada tak pembaca blog ini yang tak tau cara setting W3 Total Cache? Kalau ada yang nak tau, saya boleh share dalam entri yang akan datang 😉
Plugin W3TC membantu untuk ‘melajukan' loading time blog supaya Google suka. Kalau Google suka, senang lah sikit nak rank di 1st page Google. (Boleh rujuk artikel di The Moz Blog tentang How Website Speed Actually Impacts Search Ranking).
Sekian untuk kali ini. Tak dapat nak tulis panjang² sebab tulis guna phone jer. Kebetulan kena ‘demam blogger' hari nih. (Actually demam sebab tidur tak cukup malam semalam…)
Sehingga berjumpa lagi 🙂
P.s. – Jangan lupa tinggalkan komen di bawah supaya saya boleh melawat blog anda nanti 😉
22 Comments
Lega skit kan…. semoga bro update blog setiap hari yea… semangat dah nie nak singgah dan komen blog nie….
Insya-Allah saya target macam tu lah. Otak sentiasa dikerahkan untuk mencari idea bagi next entri 🙂
Terima kasih kerana sudi melawat 😀
P.s. – Setiap kali lawat blog bro, saya kecur air liur. Ada tips tak? Haha…
Camne nak Clear All Cache di W3TC bro? Saya rasa blog saya mengalami masalah yang sama…
Nanti saya PM di group #TeamWork lah bro. Tak reti nak letak gambar kat komen 😛
W3 Total Cache ni nak kena pandai setting jugak baru berkesan. Boleh buat tutorial tak? Setakat ni tak jumpa lagi bahasa Melayu punya. Terimas
Insyaallah ada masa nanti saya share setting untuk W3TC. Saya guna W3TC, Cloudflare dan Amazon S3 untuk memastikan blog saya laju dan stabil 🙂
Blog tanpa commentluv rasa tak lengkapkan…semoga semakin semangat hasilkan artikel berkualiti dalam blog ni.