Kebanyakkan daripada kita mempunyai cara fikir yang berbeza.
Cara berfikir inilah yang disebut sebagai mindset. Apa yang kita buat, reaksi kita terhadap sesuatu perkara, keputusan kita untuk bertindak. Banyak bergantung kepada mindset.
Jadi, persoalannya sekarang;
- Apakah faktor yang mempengaruhi mindset manusia?
- Apa kaitannya dengan jual beli?
- Apa yang kita boleh buat, bila dah faham tentang mindset?
Untuk menjawab persoalan ini, sebenarnya ada banyak faktor yang mempengaruhi mindset manusia.
Salah satunya –> Pengalaman Lalu.
Apa yang orang kata dekat kita, apa yang kita pernah rasa, apa kita lihat di masa lampau. Semua itu akan mempengaruhi cara kita berfikir dimasa depan.
Seterusnya, menentukan cara kita bertindak.
Berdasarkan laporan daripada Research Gate (1995). Dalam otak kita ada satu bahagian namanya ‘Limbic Brain'. Limbic Brain inilah yang berfungsi untuk simpan semua memori kita.
Bagi memudahkan pemahaman, ini ilustrasi dalam bentuk gambar rajah.
Kenapa peniaga kena tahu tentang mindset?
Ada dua perkara yang kita kena sedar sebagai peniaga:
- Jual beli adalah satu tindakan.
- Pelanggan kita adalah manusia.
Dalam erti kata lain, untuk memastikan seorang manusia itu membeli. Kita kena tahu cara mereka bertindak. Apa yang buatkan mereka bertindak? Kenapa mereka tak bertindak?
Dalam artikel ini, saya akan mulakan dengan contoh supaya anda mudah faham.
Contoh Situasi: Prospek ada masalah resdung.
Resdung?
Jika kita adalah penjual ubat resdung. Kita kena tahu mindset penghidap resdung.
Kebanyakkan mereka sudah ada resdung daripada sekolah menengah. Sudah bermacam pengalaman mereka lalui. Mereka dah cuba macam-macam cara. Ada yang berkesan, ada yang tak berkesan.
Maka, sistem otak akan simpan semua memori ini.
Otak akan ingat & set reminder.
- Cara A –> Tak berkesan.
- Cara B –> Payah nak buat.
- Cara C –> Ada kesan sampingan.
Tiba-tiba kita keluarkan produk yang lebih kurang dengan cara A, B & C. Tanpa ada satu pun kelainan.
Bila prospek tengok iklan. Sistem otak mereka akan terus bagi reminder:
“Hmmm kau dah cuba sebelum ni. Tak berkesan untuk kau”
Padahal mereka belum cuba pun lagi produk kita. Mana mereka tahu tak berkesan?
Jawapan –> Pengalaman Lalu.
Baca juga: 5 Kesilapan Peniaga Semasa Tulis Iklan & Apa Perlu Anda Fokus
Apa perlu anda buat?
Ada banyak cara. Salah satunya. Jual kepada mereka yang belum ada banyak pengalaman lalu.
Kelompok –> First time experience!
- First time: Jadi ibu.
- First time: Jadi suami.
- First time: Ada kereta.
- First time: Temuduga.
- First time: Beli rumah.
- First time: Kahwin.
Jual dekat orang ‘first time' ini, biasanya lebih mudah, sebab mereka masih tercari-cari apa perlu mereka buat, bila berdepan dengan masalah baru.
Tugas kita hanya panggil mereka di headline & beritahu mereka apa perlu mereka buat, jika ada masalah XYZ.
Boleh ke kita target mereka guna Facebook Ads?
Untuk target mereka guna Facebook Ads ada 2 pendekatan diperlukan:
- Headline yang betul.
- Targeting yang betul.
Salah satu fungsi headline adalah panggil orang yang betul. Bila kita tahu nak panggil siapa, sebenarnya mudah nak tulis headline.
Contoh: Nak panggil mereka yang nak beli rumah pertama.
Anda hanya perlu tulis;
“Bercadang nak beli rumah pertama?”
Kemudian untuk ‘targeting’ anda kena buat kajian sikit. Senaraikan kriteria mereka yang dah berjaya beli rumah pertama.
Caranya?
Cuba perhatikan rakan-rakan atau orang di sekeliling kita. Biasanya berapa umur mereka, kerja apa & apa yang mereka minat.
Ini contoh berdasarkan pengalaman saya sendiri:
- Umur: 30-an ke atas. Sebab, pendapatan dah stabil.
- Pekerjaan: Kerja kerajaan. Sebab mudah nak dapat pinjaman.
- Minat: Baca blog hartanah. Follow mereka yang pakar dalam bidang hartanah.
Bila kita dah kenal kriteria mereka, mudah kita nak target.
Macam mana cara nak set targeting?
1) Umur.
2) Pekerjaan.
3) Minat. (Pastikan pilih “narrow”)
Kata kunci untuk targeting: Minat & Mampu.
Tak guna orang itu minat sahaja, tapi tak mampu. Begitulah sebaliknya.
Sebenarnya ada banyak lagi cara, macam mana kita nak target mereka yang berduit ini.
Jika anda nak belajar lebih terperinci, cara tapis prospek yang mahu & mampu di copywriting. Boleh dapatkan Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru
Dalam itu, saya ada kongsikan step-by-step caranya 🙂
One Comment
yang target Employer tu rasanya dah tak boleh sekarang.
betulkan kalau silap