Bagaimana ‘Campaign Objective’ Memberi Kesan Pada Iklan Anda

Biasa buat iklan di Facebook?

Apa objektif kempen yang anda biasa guna? Mesti ‘Engagement' kan?

Bukan apa…

Ramai yang mengaku itu jelah objektif yang mereka biasa guna dari dulu sampai sekarang.

Jadi anda pun mungkin sama. Betul?

Jangan risau…

Tak salah pun guna objektif ‘Engagement'.

Cuma sekarang ada banyak objektif lain yang anda boleh cuba guna supaya iklan anda mendatangkan hasil yang lebih lumayan dengan kos yang lebih rendah.

Jemput tonton video di bawah, atau teruskan membaca.

Memahami Objektif Kempen Untuk Facebook Ads

Buat masa ini, Facebook menyediakan 10 pilihan objektif kempen yang boleh digunakan mengikut apa objektif yang kita nak capai dengan iklan yang kita buat.

Pilihan Objektif Kempen Untuk Facebook Ads

Setiap objektif akan mendatangkan result yang berbeza sebab cara Facebook optimize setiap objektif juga berbeza.

Oleh sebab itu, sebelum anda nak buat apa-apa iklan di Facebook, pastikan anda jelas apa tujuan utama anda buat iklan tersebut.

Jom kita tengok fungsi dan kegunaan untuk lima objektif yang paling biasa digunakan.

1# Engagement

Kita mula dengan objektif yang paling popular 🙂

Bila menggunakan objektif ‘Engagement', Facebook akan optimize iklan anda untuk keluar pada orang yang Facebook ‘rasa' akan Engage dengan anda punya iklan.

‘Rasa' tu maksudnya, berdasarkan sistem dan rekod mereka, orang tersebut jenis yang selalu Engage dengan post.

Engage di sini maksudnya:

  • Like
  • Comment
  • Share
  • Klik pada gambar, video atau website
  • Respon pada Event
  • Claim offer

Jadi bila anda pilih objektif ini, memang secara teorinya, iklan anda akan dapat lebih banyak Engagement.

Maksudnya, kalau anda memang buat iklan dengan harapan nak dapatkan Engagement, silalah pilih objektif ini.

Contohnya penggunaan objektif Engagement:

  • Iklan yang menggunakan Call to Action suruh komen
  • Iklan yang kita nak orang Like & Share

2# Traffic

Untuk objektif ke-2 ini, Facebook akan optimize iklan untuk keluar pada orang yang biasa klik link dalam Facebook.

Boleh jadi link tersebut adalah ke…

  • Website
  • Whatsapp
  • Messenger
  • Canvas

Jadi kalau anda nak ramai orang klik link yang anda iklankan, ini adalah objektif yang sesuai.

Dan…

Antara kelebihan objektif Traffic adalah anda boleh pilih untuk bayar Facebook hanya bila orang klik link dalam iklan anda.

Pay Per Link Click Untuk Objektif Traffic

Maksudnya, kalau anda buat iklan guna objektif Traffic tapi tiba-tiba ada orang Like, Comment & Share post iklan tersebut; anda tak perlu bayar.

Best kan?

Sebab itulah kalau anda nak buat iklan jenis Retargetting, objektif Traffic biasanya adalah pilihan yang terbaik. Iklan anda boleh keluar berpuluh kali pada orang yang sama, tapi anda hanya perlu bayar bila orang klik link yang anda iklanlan.

3# Video Views

Kalau anda buat iklan menggunakan video, Facebook biasa akan rekemen anda untuk menggunakan objektif jenis Video Views.

Bila anda guna objektif ini, Facebook akan keluarkan iklan anda pada orang yang biasa tengok video di Facebook.

Satu lagi kelebihan objektif Video Views ialah anda boleh pilih untuk bayar hanya bila orang tonton video anda selama 10 saat (pay per 10 second video view).

Pay Per 10 Second Video View unutuk Facebook Ads

Kalau video anda pendek dan tak sampai 10 saat, Facebook akan cas bila video ditonton sehingga 97%.

4# Brand Awareness

Objektif Brand Awareness adalah objektif baru yang diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2016.

Bila menggunakan objektif ini, Facebook akan berusaha untuk keluarkan iklan pada orang yang akan fokus dan spend masa membaca @ melihat iklan anda.

Objektive Brand Awareness Untuk Facebook Ads

Matlamat akhirnya adalah supaya orang tersebut akan ingat tentang brand anda.

Setakat ini, kebanyakan iklan klien kami menggunakan objektif Brand Awareness sebab result yang diperolehi lebih baik daripada objektif Engagement.

5# Reach

Ini juga satu lagi objektif baru yang diperkenalkan pada penghujung tahun lepas.

Kalau anda biasa buat iklan, mesti anda akan perasan bahawa iklan anda tak akan dapat capai semua audience yang anda dah pilih di bahagian Audience Targeting.

Contohnya begini:

Kalau size target audience anda adalah 100K; walaupun iklan anda dah jalan selama berminggu-minggu, belum tentu semua orang dalam audience tersebut dah nampak iklan anda.

Anda boleh lihat data di bahagian Reach untuk sahkan perkara di atas.

Sebabnya adalah, bukan semua orang dalam audience tersebut adalah orang yang biasa Engage dengan post di Facebook (kalau anda pilih objektif Engagement) atau biasa klik link dalam Facebook (kalau anda pilih objektif Traffic).

Jadi untuk mengatasi situasi di atas, dan kalau anda memang nak semua orang dalam audience tersebut nampak iklan anda, anda bolehlah menggunakan objektif Reach.

Dengan menggunakan objektif Reach, Facebook akan berusaha supaya setiap orang dalam audience tersebut nampak iklan anda.

Nak lagi best?

Anda juga boleh tetapkan berapa kerap anda nak mereka nampak iklan tersebut di bahagian Frequency Cap.

Frequency Capping untuk Reach Objective

Jadi Apa Objektif Yang Terbaik?

Dah nampak apa perbezaan di antara kelima-lima objektif di atas?

Saya hanya sentuh lima sebab ini yang biasa digunakan; yang lain jarang-jarang dan hanya untuk kes tertentu (boleh tonton video di atas tadi untuk tau lebih lanjut).

Jadi daripada kesemua lima objektif, mana satu yang terbaik sebenarnya?

Semestinya jawapannya adalah, it depends!

Ia bergantung pada apa objektif yang anda nak capai daripada iklan tersebut.

Dan kalau nak lagi bagus, cubalah buat Split Test untuk lihat objektif mana yang memberikan hasil yang anda nak dengan kos yang paling rendah.

Dalam hal pemilihan objektif ini, there's no wrong or right. 

Anda kena cuba dan lihat macam mana hasilnya; selepas itu baru boleh tentukan nak guna yang mana.

Ini satu garis panduan yang Facebook sediakan, untuk bezakan objektif Brand Awareness, Reach dan juga Video Views.

Brand Awareness Vs Video Views Vs Reach

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu daripada artikel kali ini.

Pastikan anda tolong Share artikel ini dengan rakan-rakan usahawan anda yang lain.

Kalau anda nak belajar lebih banyak lagi topik yang menarik, anda boleh dapatkan Pakej ViPER Reloaded ataupun hadir terus ke Workshop Facebook Marketing Revolution saya.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Comments