Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,
Pagi tadi terpaksa menjejakkan kaki ke Pasar Pagi Kerteh sebab peti sejuk dah kehabisan bekalan. Liat sangat nak pergi pasar nih sebab keadaan Pasar Kerteh tak sebersih Pasar di Seksyen 16 Shah Alam. Dah la tak bersih, bukak bukan main lambat. Kalau pergi sebelum pukul 9, memang melangut jelah dekat pasar tu sebab peniaga baru nak letak barang.
Ops… Sebenarnya bukan nak tulis pasal Pasar Pagi Kerteh, tapi nak kongsi sikit pendapat tentang isu kenaikan harga barang dan juga video ulasan daripada Profesor Dr. Muhaya pada penghujung tahun lepas. Nak ulas 2 minggu lepas tapi blog belum siap 馃槢
Sebelum Harga Minyak Naik (Hanya) 20 Sen…
Sebelum Perdana Menteri tersayang mengumumkan kenaikan harga minyak (RON95 dan diesel) sebanyak hanya 20 sen bermula 3 September 2013, di bawah adalah harga sumber laut di Pasar Kerteh:
- Udang – RM18 ke RM22
- Sotong – RM14 ke RM16
- Ikan Kembung – RM7 ke RM8
- Ikan Kerisi – RM8
Masa nih, harga sumber laut di Kerteh boleh dikira agak mahal dah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain (walaupun duduk di tepi pantai…). Maklumlah, kawasan ‘orang minyak' la katakan. Jadi semua orang yang duduk di kawasan Kerteh adalah dianggap kaya raya belaka.
Selepas Harga Minyak Naik (Hanya) 20 Sen…
Selang beberapa hari selepas pengumuman yang disukai ramai, harga sumber laut di Kerteh melambung naik! Memang saya terkejut dan tak sangka langsung. Yelah, lepas pengumuman tersebut, ramai yang cakap, “Naik 20 sen jer…”. Jadi saya takdelah risau sangat.
Harga terbaru dan terkini sumber laut di Kerteh:
- Udang – RM28 ke RM36
- Sotong – RM18 ke RM20
- Ikan Kembung – RM8 ke RM10
- Ikan Kerisi – RM8 ke RM12
Sekali tengok harga memang rasa tercekik. Rasa cam nak puasa dan diet setiap hari pun ada. Apapun hidup perlu diteruskan…
Kalau nak kutuk-kutuk kerajaan sampai PRU14 pun belum tentu harga barang akan turun sebab biasanya kalau dah naik sekali, mana ada harga nak turun. Dulu harga minyak naik ke RM2.70 masa zaman Pak Lah, lepas dah turun balik, ada harga barang turun?
Bak kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri!”.
Kes Video Profesor Dr. Muhaya dan Kenaikan Harga Barang
Sinar Harian telah membuat wawancara khas dengan Profesor Dr. Muhaya pada 24 Disember 2013 tentang isu kenaikan harga barang. Rakamannya boleh ditonton di bawah atau terus di Youtube –> Klik!
Selepas video ini tersebar secara meluas di media sosial, ramai yang menghentam Prof kerana kononnya beliau tidak bersimpati dengan rakyat yang hidup susah dan kerana beliau menasihatkan rakyat supaya berfikiran positif.
Disebabkan banyak sangat kritikan dilemparkan kepada beliau, beliau mengeluarkan satu lagi video penjelasan seperti di bawah ataupun terus di Youtube –> Klik!
Pendapat Saya Tentang Video Ulasan Profesor Dr. Muhaya
Pendapat saya mungkin agak bias sebab saya merupakan salah seorang yang selalu menantikan segmen beliau di Ikim.fm dalam segmen聽Islam Itu Indah. Beliau merupakan seorang Inspirator yang sarat dengan aura positif dan berpegang dengan konsep,
Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku…
Saya ringkaskan pemahaman saya tentang apa yang beliau cuba sampaikan dengan tiga point di bawah.
1. Kenaikan Harga Barang Itu Pasti
Saya memang setuju bahawa kenaikan harga barang adalah suatu yang pasti berlaku. Susah sebenarnya nak elak harga barang daripada naik. Lebih-lebih lagi apabila harga minyak, tarif elektrik dan tol naik. Memang kerajaan boleh cuba menyerap kenaikan kos sara hidup dengan meneruskan pemberian subsidi. Soalnya, sampai bila asyik nak subsidi?
Apapun, kerajaan telah terbukti berkali-kali boros berbelanja. Tengok sajalah Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun. Benda harga murah, tapi kerajaan beli dengan harga berkali-kali ganda mahal. Itu belum masuk soal ketirisan dan rasuah yang berleluasa tanpa penguatkuasaan.
Untuk mengelakkan rakyat menderita, sepatutnya kerajaan berjimat cermat dan fokus kepada usaha untuk mengekang ketirisan dan juga rasuah. Tapi, kerajaan yang memerintah sekarang ada ke track record yang menunjukkan mereka setelus dan secekap kerajaan negeri Pulai Pinang dan Selangor dalam menguruskan perbendaharaan negara?
2. Bagaimana Kita Respon Itu Yang Penting
Memang kita boleh nak marah pada kerajaan. Itu hak masing-masing. Prof bukan mengulas tentang adakah rakyat perlu marah pada kerajaan, tapi apa rakyat boleh buat untuk berhadapan dengan kos sara hidup.
Sebab itulah beliau menekankan berkali-kali tentang:
- Bagaimana kita respon adalah penting. Kalau kita bertindak nak marah kerajaan, apa kita dapat untuk berhadapan dengan kenaikan harga barang?
- Cari keberkatan dalam apa juga pekerjaan yang dibuat. Rezeki itu datangnya dari Allah. Dengan rezeki yang berkat, kita mampu untuk berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat. Allah beri kita mengikut usaha dan kesungguhan kita.
- Berbelanja dengan berhemah. Beli apa yang perlu sahaja dan tinggalkan benda-benda yang merosakkan seperti merokok dan memakan makanan yang tidak berkhasiat.
- Cara pendapatan tambahan. Boleh buat bisnes secara online ataupun boleh juga buat kerja part time. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita.
- Dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat. Banyakkan berdoa. Sebab apa? Sumber rezeki itu dari Allah, bukan dari makhluk. Kalau kita sayang Allah, Allah akan sayang kita.
- Banyakkan memberi kebaikan kepada orang, dan anda akan mendapat kebaikan. Ini memang hukum alam. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan dapat. (Teringat lak tema blog Denaihati – Hidupkan Untuk Memberi)
3. Kerajaan Jangan Zalim
Dalam video ke-2 beliau ada menyeru supaya kerajaan lebih prihatin terhadap nasib rakyat jelata dan mengingatkan bahawa sifat pemimpin adalah mengutamakan rakyat.
Adalah tak logik sekiranya ada yang mengharapkan beliau untuk secara terus terang menembak kerajaan. Beliau seorang Inspirator atau motivator, bukan ahli politik. Dalam posisi beliau, adakah wajar kalau beliau tiba-tiba nak bertindak seperti Rafizi Ramli?
Apa Kata Anda?
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya sebab bukan mudah untuk berfikiran positif. Tapi bagi saya, berfikiran positif tidak bermaksud kita pasrah dan buat tak kisah.
Kalau anda rasa anda mampu untuk menegur dan menunjukkan bantahan dengan menyertai perhimpunan rakyat, itu hak anda.
Kalau anda rasa nak menulis entri di blog untuk meluahkan perasaan dan menyedarkan rakyat tentang salah urus kerajaan, itupun hak anda.
Kalau anda rasa nak pilih Pakatan Rakyat untuk memerintah pada PRU14 nanti, itu kewajiban anda. Ops… 馃槢
Yang penting, jangan nak marah sepanjang masa sebab banyak lagi benda lain yang anda perlu buat daripada asyik nak fokus kepada masalah kenaikan harga barang semata-mata.
Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu? – Profesor Dr. Muhaya
Nah, ini hanyalah pendapat saya. Apa pendapat anda? Jemput kongsi di ruangkan komen.
P.s. – Tolong gunakan bahasa yang manis, comel dan bersopan santun yer 馃槈
25 Comments
Saya bukanlah seorang yang pakar ekonomi. Secara jujurnya kenaikkan harga agak menekan ekonomi perbelanjaan keluarga saya. Secara logik kenaikan harga minyak 20sen tetapi ada harga barang naik sehingga 50sen sehingga RM1 adalah sesuatu yang tidak munasabah.
Untuk tahun 2014 sahaja pengusaha bas sekolah ditempat saya telah menaikkan tambang bas sehingga RM20 untuk sesi pagi dan petang untuk seorang anak. Walaupun puhak SPAD telah beri amaran agar tunggu bulan Mac tetapi ada pengusaha bas sekolah gagal akur. Lebih melarat lagi pak Menteri beri alasan dan cadangan supaya rakyat berbelanja secara berkhemah. Saya tidak pasti ia adalah nasihat atau guraun untuk rakyat. Paling meluat media kerap membincangkan dengan memanggilkan panel akademi membincangkan isu ini secara ilmiah tetapi tiada tindakan susulan.
Bukan bro sorang jer tertekan dengan kenaikan harga barang nih. Rasanya majoriti rakyat stress…
Harga naik bukan sikit… Melambung kaw虏. Tak sure if peniaga saja ambil kesempatan ataupun memang kos mereka pun melambung.
Kadang虏 kesian jugak dengan pemandu bas dan teksi. Mereka pun hidup susah dan ada anak bini untuk diberi makan. Kebanyakan daripada mereka jenis hidup susah walaupun ada yang bijak mencari client yang berduit.
Ahli akademik nih kadang虏…
1. Terpisah daripada realiti sebab duduk di kalangan orang yang berduit
2. Takut nak sentuh isu sensitif yang melibatkan pemimpin sebab nak bersifat neutral atau takut kena ban
3. Terlalu fokus dari sudut akademik semata-mata sampai hilang nilai emosi
P.s. – Terima kasih sudi singgah dan mengomen 馃檪
ulasan/penjelasan dari Profesor Dr. Muhaya perlu kita fahami sebaiknya, juga tindakan kita untuk atasi kekangan ekonomi hidup yang semakin mencabar sekarang. mengeluh saja memang takkan selesaikan masalah.
terima kasih perkongsiannya dan backlinknya tu bro.
Sama虏 Bro 馃檪 Mengeluh memang tak kan menyelesaikan masalah…
salam.tiada cara lain selain berusaha baiki pendapatan sendiri dan keluarga.mengeluh tak ada hasilnya
Ramai orang yang punya pendapat macam ni. Masing-masing punya pendapat ada hujjah dan ada alasan tersendiri. Betul, kita kena fokus kepada penyelesaian masalah. Namun, dalam masa yang sama merungkai masalah yang ada juga perlu. Masalah takkan selesai selagi puncanya tidak ditangani dengan baik. Kita mungkin positif dalam menghadapi masalah. Positif yang tak berkesudahan juga tak baik sebab ia sesuatu yang tak seimbang. Ada positif dan ada negatif barulah neutral. Sekadar pandangan..
Betul cikgu! Kalau asyik positif jer masalah jugak. Tapi kalau nak betulkan punca kenaikan harga barang, macam kena tunggu PRU14 jer…
Semua orang bebas punya pendapat sendiri. Yang penting, kita saling menghormati 馃檪
memang thn 2014 byk beri tekanan pd semua org ttg kenaikan harga barang biarpun ciktom masih belum berkahwin…wlpn pd dsrnya hanya dinyatakan kenaikan minyak 20sen..tp rentetan dr minyak tu fuel utama untuk transportation..menyebabkan kesan kenaikan pd semua brg/servis lain..
mmg kecewa dgn kerajaan skang ni..kerana kenaikan melampau2..wlpn dikatakan rakyat masih banyak alternatif lain jika tidak mahu terikat dgn kenaikan harga dgn tidak menggunakan barang/servis yg dinaik harga..
protes bagai pun pemimpin negara buat derk je..akhirnya rakyat melarat kena pandai manage & berjimat utk survive..kena rancang bajet sebaiknya utk 2014..ciktom pn dh mula start bwk bekal je ke ofis start akhir thn lepas..
Rasanya semua orang kecewa dengan kerajaan sekarang. Sebelum PRU13, macam虏 la akujanji yang dibuat…
Lepas menang pilihanraya, Cik Tom terpaksa bawa bekal ke ofis. Sungguh tak patut… 馃槢
P.s. – Orang bujang pun boleh terbeban, yang dah beranak pinak nih apa macam la pulak…