Servis Design Logo Kompeni & Bisnes Ala Korporat Daripada Logofusion

Rupa bentuk dan design logo sesuatu bisnes sangat penting sebab ia menjadi first impression untuk bisnes.

First impression ni contohnya…

Kalau kita nampak logo yang cantik mesti kita akan ada pandangan yang baik & positif untuk kompeni tersebut. Tanpa sedar, keyakinan kita bertambah terhadap kompeni tersebut.

Tapi kalau logo kompeni tu macam serabut dan selekah, mesti kita pun kurang yakin dengan kemampuan kompeni tersebut.

Dan perlu kita faham bahawa bukan semua designer aka pereka grafik yang mahir mencipta logo (nak design logo tak sama dengan nak design poster).

Sebab tulah bila masuk bab design logo, saya suka syorkan supaya tugas ini diserahkan kepada yang lebih pakar (bukan kita memandai-mandai buat sendiri guna Paint atau PowerPoint).

Dapatkan Servis Design Logo Daripada Yang Pakar

Servis Design Logo Untuk Business & Company Corporate terbaik dari LogoFusion

Alhamdulillah bulan lepas, logo Firdaus Azizi Training & Consultancy (FATC) telah diberikan wajah baru oleh team LogoFusion yang merupakan pakar design logo & penjenamaan (branding).

Ini adalah logo lama FATC..

Design Logo Lama Firdaus Azizi Training & Consultancy

Ini adalah logo terbaru.

Design Logo Baru Bisnes Firdaus Azizi Yang Cantik

Proses Design Logo Baru

Team LogoFusion mengambil masa lebih kurang 1 minggu untuk menyiapkan logo baru ini setelah mendapatkan segala details yang diperlukan.

Antara details yang perlu diberi bila nak design logo untuk bisnes anda:

  1. Konsep
  2. Warna tema
  3. Nama kompeni

Team LogoFusion akan menghasilkan beberapa variasi design sambil merujuk kepada brand consultant mereka yang berpengalaman.

Team LogoFusion terdiri daripada beberapa orang pereka logo tempatan dan juga antarabangsa. Ini membolehkan mereka submit beberapa variasi design dengan mudah.

Bila dah ada variasi design logo daripada LogoFusion, kita boleh pilih mana yang kita berkenan dan berikan apa-apa komen jika ada (untuk team LogoFusion edit).

Yang paling saya suka dengan servis mereka ialah kita boleh komen & minta mereka edit banyak kali sampai kita puas hati!

Kelebihan Mendapatkan Servis Design Logo Dari LogoFusion

Ini adalah antara kelebihan yang pihak LogoFusion janjikan di website mereka.

Servis Design Logo Terbaik dari LogoFusion Untuk Bisnes & Company

Setakat pengalaman saya, Alhamdulillah memang saya puas hati dengan servis & design yang telah dihasilkan.

Berapa Kadar Servis Untuk Design Logo Dengan Team LogoFusion?

Mereka ada menyediakan beberapa pakej yang berbeza mengikut budget bisnes masing-masing; bermula dari serendah RM 450 hingga ke RM 1,499.

Boleh rujuk gambar di bawah

Harga Servis Design Logo Korporat & Bisnes by LogoFusion

Bagi saya, harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan servis yang diberi. Lebih-lebih lagi sebab mereka mempunyai perunding jenama yang akan memastikan logo yang dihasilkan unik & ada menarik.

Cara Dapatkan Servis Design Logo Dari Team LogoFusion

Kalau anda berminat mendapatkan servis design logo dari team LogoFusion, anda boleh hubungi mereka dari details di bawah.

Facebook: Fanpage LogoFusion
Website: LogoFusion.net
Nombor Telefon: 0174356798 (En Hidayat)

Untuk melihat portfolio design yang telah dihasilkan oleh team LogoFusion sebelum ini, boleh ke album portfolio LogoFusion di Facebook.

Anda juga boleh membaca feedback & testimoni daripada klien LogoFusion yang lain.

Dah Tak Sabar Nak Design Logo Baru Untuk Bisnes Anda?

Semoga perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda yang tengah mencari-cari servis design logo yang bagus, menarik & berkualiti.

Sila Like & Share entri ini untuk memudahkan rakan-rakan anda yang tengah mencari designer untuk logo bisnes mereka.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Comments