Bulan puasa dah lepas, tapi stok sales raya masih bertimbun nak dihabiskan?
Jangan risau. Hari ni kami nak share beberapa tips yang boleh bantu anda selesaikan masalah ini.
Adjust Offer
Nama pun nak clearkan stok. Offer kenalah beza dengan apa yang telah kita tawarkan semasa sales raya haritu.
1st sebelum nak tetapkan offer apa yang nak diberi, anda perlulah buat kira-kira margin & untung produk semula.
Kemudian barulah come out dengan win-win offer.
Maksudnya, customer untung & kita pun sama-sama untung.
Kalau boleh, kita tak nak buat sales yang customer jer untung. Sebab bila kita buat offer baru ni, margin & untung kita semakin kecil.
Itu tak termasuk lagi dengan kos iklan atau kerugian yang kita tampung masa sales raya lepas.
Di antara jenis offer yang terbaik yang kami cadangkan untuk anda adalah:
Diskaun/ Freegift
Jumpa jer sales, bakal pelanggan nak 2 benda ni jer biasanya.
Satu, harga yang murah.
Kedua, dapat freegift.
Tapi, murah itu subjektif. Kadang-kadang kita rasa dah bagi murah, tetap ada orang complaint mahal.
So nak selamat & nampak sales kita lebih “Wow”, kami cadang gunakan teknik “serendah” , “bermula” , “sehingga” untuk higlight harga/ diskaun yang kita berikan.
Sebagai contoh, biasanya Air Asia banyak menggunakan teknik ini dalam promo mereka seperti free seat, RM 1 seat & sebagainya.
Dan kalau orang tengok iklan mereka terus klik & berharap dapat “offer” yang ditawarkan. Jadi tak salah untuk kita ambil contoh ini & cuba untuk bisnes kita.
Bundle Offer:
Teknik bundle offer ini adalah di antara teknik yang bantu produk kita habis dengan lebih cepat.
Dalam kita berikan harga yang lebih murah, secara tak langsung kita meningkatkan jumlah pembelian seseorang customer dengan kita.
Atau dalam bahasa marketing-nya kita panggil “Lifetime Value” (LTV) per customer.
Instead of kita target pelanggan beli 1 barang jer, baik kita buat bundle offer supaya mereka rasa rugi kalau tak beli lebih.
Kalau ikutkan banyak lagi strategi offer yang boleh kita gunakan.
Tapi yang kami share di atas hanya contoh saja. Nak guna strategi offer lain pun tak ada masalah.
Yang penting dah buat kira-kira & tak kacau margin anda.
Next lepas offer, kita kenalah adjust angle iklan produk kita pulak.
Adjust Angle Iklan
Angle iklan adalah salah satu elemen penting untuk bantu iklan “tarik” lebih ramai pelanggan baru.
Apa angle iklan ni sebenarnya?
Angle iklan ini adalah cara kita “present” produk kita dari pelbagai sudut.
Secara tak langsung kita membuatkan bakal pelanggan “ada sebab” untuk membuat pembelian walaupun mood raya tu tak “hype” macam masa bulan Ramadan yang lepas.
Contoh angle iklan baju raya yang biasa kita jumpa adalah:
+ Ootd raya
+ Baju raya kedua, ketiga
+ Baja raya sedondon
+ Baju open house
+ Baju raya rumah mertua
Untuk angle iklan baik dari segi creative (gambar/ video), ayat iklan atau salespage, semuanya kita kena tengok balik mana yang masih relevan & boleh digunakan lagi.
Yang mana tak relevan lagi boleh remove siap-siap.
Sebab bila kita buat offer untuk clearance ni. Fokus utama kita adalah offer.
Jadi untuk iklan, terus highlight apa offer yang kita beri, berapa banyak nilai penjimatan yang pembeli dapat, itu yang penting.
Okay settle adjust untuk iklan, next kita tengok macam mana nak dapatkan database sedia ada untuk support clearance sales raya kita.
Re-engage & Repurchase
Nak dapat sales dari customer sedia ada, lebih mudah dari nak dapatkan sales dari prospek yang baru.
Walaupun ada customer yang grab atau prospek yang dah reject offer kita yang lepas, tak semestinya mereka tak ada potensi untuk membeli.
Alang-alang kita dah ada database mereka, bolehlah susun strategi broadcast untuk ajak mereka grab clearance raya sales kita.
Reminder bila buat broadcast:
Tak kisahlah anda broadcast menggunakan emel, WhatsApp atau SMS sekalipun, anda perlu alert dengan mesej yang dihantar.
Nak hantar broadcast yang berimpak untuk dapatkan sales, anda tak boleh pukul rata hantar mesej yang sama kepada customer & prospek.
Di bawah kami share guideline ringkas untuk mesej bagaimana yang anda perlu hantar kepada kedua database ini.
Customer yang grab sales raya lepas:
- Appreciate mereka terlebih dahulu, ucap terima kasih sebab membeli dengan anda
- Tanya macam mana pengalaman menggunakan produk anda
- Untuk hargai pembelian mereka pada sales raya lepas, perkenalkan offer yang anda dah rangka (lebih baik ada additional offer khas untuk group customer ini supaya mereka rasa VIP & dihargai)
Prospek yang bertanya pasal offer raya tapi tak membeli:
- Recall: Tanya khabar mereka, tanya masih ingat lagi tak brand anda.
- Disebabkan mereka pernah berminat dengan produk, maklumklan kita ada offer khas untuk mereka, kemudian barulah kongsikan offer yang berjalan.
- Pastikan offer & nilai penjimatan ditekankan & maklumkan inilah masa terbaik & paling berbaloi untuk mereka membeli
Semoga guideline ringkas di atas dapat memudahkan anda untuk hasilkan skrip yang lebih tepat, mengikut database anda & mampu mendapatkan jualan.
Kesimpulannya, walaupun margin kita terpaksa dikecilkan bila buat clearance sales…
Tapi ia jauh lebih baik dari kita perap & produk kita tak terjual, betul?
Kami harap sharing ini membantu & bermanfaat untuk anda.