Case Study 2023: Bagaimana Dengan Spend XXX Iklan Boleh Dapat ROAS 3.XX Dengan Hanya Satu Gambar?

Case study kali ini kami nak mengupas bagaimana penggunaan satu gambar dalam iklan boleh bawa kepada pencapaian ROAS yang 3.XX untuk niche NGO. 

Sebelum itu, ada satu soalan yang perlu anda jawab dulu:

“Possible tak untuk kita mencapai ROAS 3 atau lebih bila run kreatif iklan, satu gambar, dengan kapsyen yang ringkas?”

Jawapannya, possible saja kalau mesej yang disampaikan dalam gambar tu berjaya menarik perhatian target audience kita.

Sebelum tu, anda tahu tak apa itu ROAS?

ROAS merupakan singkatan kepada “Return On Ads Spend”.

Secara asasnya, ROAS ini merujuk kepada berapa kali ganda pulangan yang anda dapat, daripada jumlah yang anda belanjakan untuk iklan.

Ia digunakan sebagai salah satu metrik pemasaran untuk ukur keberkesanan kempen iklan yang anda buat.

Buat yang baru dalam bidang ini, penting untuk anda faham cara kiraan ROAS untuk monitor performance iklan.

Formulanya mudah saja kalau anda nak kira ROAS:

ROAS = (Jumlah sales/ income dari iklan) bahagikan dengan (kos iklan yang dibelanjakan)

Kalau untung, boleh teruskan iklan & scale up. 

Kalau rugi, anda kena cepat-cepat optimize iklan atau off dahulu jika sampai tahap merugikan.

Umumnya, lebih tinggi ROAS, itu lebih bagus.

Contohnya :

  • Bila ROAS naik jadi 2 atau lebih, anda boleh jalankan iklan seperti biasa atau scale up tambah bajet iklan.
  • Bila ROAS 1.7 nak hampir turun kepada breakeven, anda disarankan untuk off dahulu jika sampai tahap merugikan

Namun, nak dapatkan ROAS yang bagus, kita kena banyak buat experiment.

Salah satunya anda boleh experiment dengan pelbagaikan kreatif iklan.

Sebagai contoh, kami kongsikan 1 case study kami, hasil daripada kami experiment kreatif berbentuk poster untuk klien NGO.

Analisis Kreatif: Gambar dan Kapsyen Dalam Kreatif Iklan

Ini kreatif iklan dari klien NGO yang bertujuan untuk mengumpulkan sumbangan bagi kempen musim sejuk di Palestin.

Gambar kapsyen ini berjaya beri pulangan ROAS 3.97 selepas kos iklan yang dibelanjakan hanya berjumlah RM1,802.34

Matlamat kajian kami adalah,

 ‘Adakah hanya satu gambar berkapsyen mampu meningkatkan engagement, conversion dan bantu dapatkan ROAS yang diingini?'

Semasa kami buat kajian menggunakan bahan kreatif ni dan iklankan di Facebook, kami hasilkan copywriting pendek 2-4 baris sahaja. 

Sebab misi utama kami nak ukur keberkesanan gambar kapsyen tersebut.

Dalam menganalisis poster gambar ni, ada beberapa elemen penting yang kami perhatikan yang mungkin mempengaruhi keberkesanan iklan kreatif ini.

Berikut adalah beberapa elemen yang kami telah berjaya keluarkan:

a) Mesej Teks:

Mesej yang kami letak gambar ni fokus untuk menyampaikan perasaan rasa prihatin dan empati pada audience.

Apa yang kami buat adalah kami emphasize mesej tersebut dalam text dengan menggunkan bold, warna & highlight.

Kalau anda dapat lihat, saiz teks tajuk headline lebih besar dari teks yang lain. 

Malah, teks tersebut diwarnakan putih, dan kontras dengan background text hijau, yang bukan saja untuk menonjol secara visual, tapi juga bertujuan nak menunjukkan simbolik harapan, kepercayaan dan keyakinan kepada audience.

Cuba lihat pula background text merah bagi tulisan nama kempen ‘Untukmu Palestin’.

Ia bertujuan untuk memberi unsur kecemasan dan mendesak audience untuk bertindak segera.

b) Bahagian Visual:

Sekarang kita lihat bahagian visual pula. Gambar utama memaparkan seorang wanita peluk budak kecil yang dibalut dengan selimut memberikan impak visual yang menyentuh hati.

Eksperesi wajah wanita tu juga menunjukkan tekanan, membangkitkan respons emosi yang mendalam dari audience.

Manakala untuk penggunaan pencahayaan dan warna yang menekankan pada subjek utama (wanita & budak) menjadikan mereka lebih menonjol dan menarik perhatian dalam poster ni. 

c) Elemen Influencer

Dengan adanya wajah Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah sebagai duta kempen ini menambahkan kredibiliti dan untuk menyakinkan audience dengan kempen ni. 

Elemen influencer ini juga pernah digunakan sebelum ini & terbukti berkesan memberi “instant trust” kepada bakal penyumbang.

d) Panggilan Tindakan (CTA):

Dengan menyediakan butiran bank secara direct sebagai CTA dalam poster ini, audience merasa lebih mudah untuk terus menyumbang.

CTA yang jelas dan ringkas macam ni memang menggalakkan audiene untuk bertindak, sekaligus bantu tingkatkan conversion dan ROAS iklan.

Kesimpulan daripada hasil kajian ini…

Dengan menggabungkan elemen-elemen ini secara efektif, kami dapat melihat bagaimana gambar dan kapsyen dalam iklan ini telah berjaya menyentuh jiwa penonton dan mendorong mereka untuk bertindak.

Sekaligus, berpotensi untuk menarik capai reach yang tinggi, mendorong sumbangan, dan mencapai ROAS yang signifikan.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *