6 Strategi Mudah Untuk Tingkatkan Engagement & Reach di Facebook (Dan Juga Instagram)

Dulu…

Dalam 2-3 tahun lepas…

Seronok betul bila buat post dekat page sebab ramai orang akan Like, Comment dan Share.

Teruja rasa bila tengok ramai yang respon dan komen macam-macam, walaupun kita post benda simple jer.

Memang meriah habis!

Apa yang lagi best, waktu tu reach pun boleh tahan tinggi walapun tak buat apa-apa iklan.

Tapi itu dulu.

Sekarang…

Nak post apa-apa dekat Page pun rasa malas ya amat sebab nanti krik krik jer manjang!

Kalau dapat 1-2 komen pun kadang-kadang rasa bersyukur sangat.

Memang terasa betul bezanya dulu pun kemeriahan di Page dengan sekarang.

Sedih kan?

Dah la dulu nak dapatkan Page Like bukannya senang…

Kena buat iklan dan spend boleh tahan banyak juga!

Semuanya dengan harapan yang Likers kita semua akan nampak setiap posting kita.

Malangnya…

Sekarang bila Likers dah ramai, Engagement pula merosot teruk!

Reach tak payah cakaplah…

Bila Engagement teruk, jumlah orang yang nampak post kita pun akan sama teruk sebab dia berkait.

Tinggi Engagement, Tinggi Reach

Teruk Engagement, Teruklah Reach

Jadi, cara mudah untuk tingkatkan Reach ni sebenarnya adalah dengan tingkatkan Engagement.

Soalannya…

Macam mana nak tingkatkan Engagement?

Haa…

Saya kongsikan di bawah, 6 strategi dan teknik yang anda boleh guna untuk tingkatkan Engagement di Page dan secara tidak langsung, menaikkan Reach.

1# Update Content Secara Konsisten


Benda ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting.

Ramai owner bisnes yang buat content ikut mood atau ikut tahap kerajinan.

Ada mood, adalah post.

Kalau tengah malas atau moody, kosong jelah page tu kan?

Tak boleh begitu sebenarnya.

Anda perlu konsisten update post supaya Fans dan Follower anda tahu, anda masih aktif dan  mereka akan ternanti-nanti perkongsian seterusnya daripada anda.

Saya syorkan anda cuba konsisten post di Page (ringkas pun takpe) sekurang-kurangnya satu hari sekali.

Dan kalau nak lagi bagus, usahakan post yang lebih panjang seminggu atau dua minggu sekali.

Anda boleh post pada ‘waktu puncak' yang paling ramai audience anda online.

Waktu puncak ini anda boleh dapatkan dari bahagian Page Insight page anda.

Setiap audience mempunyai waktu aktif yang berbeza mereka luangkan di media sosial.

Ini adalah contoh screenshot dari bahagian Page Insight.

insight

2# Tanya Soalan, Pendapat atau Survey


Selain daripada konsisten update post baru, anda juga boleh bertanya soalan atau pendapat kepada Fans anda untuk tahu apa yang mereka suka atau apa yang mereka mahukan dari anda.

Sebagai contoh, kalau anda jual produk skincare, anda boleh tanya soalan seperti:

“Kalau muka korang naik jerawat, apa yang korang buat? 

A – Picit je

B – Biar sampai elok

C – Sapu cream jerawat”

Kalau rasa soalan di atas terlalu complicated, boleh juga buat survey merangkap teaser simple seperti contoh di bawah:

Dengan cara ini, secara tak langsung anda dapat mengenali Fans dan Follower anda dengan lebih dekat.

Apabila anda kenal Fans anda dengan lebih baik, lebih mudah untuk anda menghasilkan iklan yang padu dan terus menusuk ke hati!

3# Buat Lawak Jenaka


Sesekali masukkan elemen humor atau kelakar dalam posting anda supaya nampak lebih mesra dan santai.

Bila ada elemen humor ni, Fans pun akan rasa lebih seronok.

Takdelah stress dan bosan tengok anda asyik hard sell buat promo jer manjang kan?

Ini contoh post di Page Domino's Pizza yang santai dan menghiburkan.

4# Buat Live


Kalau anda jenis yang suka “On Camera”, anda boleh cuba buat Live dengan kerap di Page.

Buat Live ni pun sekarang macam agak trending dengan Facebook sendiri memang mengalakkan bisnes untuk selalu Live.

Bila buat Live, kita akan berpeluang untuk interaksi secara terus dengan Fans kita.

Ini akan membuatkan mereka rasa lebih dekat dan rapat dengan anda.

Antara aktiviti yang anda boleh buat masa Live adalah:

  • Live Auction / Lelong Barang
  • Contest Comment atau Share
  • Sesi Soal Jawab

Anda boleh juga gunakan ejen, stokis dan staf anda untuk tolong war-warkan setiap kali sesi Live anda bakal berlangsung di Page.

5# Main Game atau Teka Teki


Selain unsur humor, anda juga boleh buat permainan simple atau teka teki.

Post jenis begini boleh membuatkan Fans anda teruja nak cuba jawab, lebih-lebih lagi kalau ada hadiah ditawarkan.

Ada banyak jenis permainan dan teka teki yang boleh dibuat seperti:

  • Teka silang kata
  • Cadangan nama produk / design / model
  • Cadangan moto dan tema

Ini contoh satu lagi post yang menarik dari Domino's Pizza.

6# Reply Komen


Akhir sekali…

Pastikan setiap kali ada orang komen di post anda, cuba sehabis baik untuk response; lagi laju lagi bagus.

Ini akan membuatkan Fans anda rasanya dihargai dan teruja untuk komen lagi.

Bukan itu saja, Fans anda juga pasti suka berurusan dengan anda kalau nampak anda jenis response dengan pantas dan mesra.

Dah Bersedia Nak Hasilkan Post-Post Menarik & Meriahkan Page Anda?

Saya harap anda dapat belajar sesuatu dari artikel kali ini.

Dan semoga anda berjaya gunakan 6 strategi di atas dengan berkesan dan jayanya di Page anda.

Kalau anda perlukan bantuan konsultasi dan coaching, khas untuk tingkatkan jualan secara online…

InsyaAllah saya dan Team FAMES bersedia dan teruja untuk membantu.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *