“NLP? Apa tu?”
NLP adalah singkatan kepada Neuro Lingusitic Prgoramming.
NLP adalah ilmu tentang seni komunikasi berpengaruh dan kajian mengenai cara fikir dan tingkah laku manusia.
Mudah cerita, NLP ni satu ilmu tentang macam mana kita nak pengaruh manusia.
Bila kata pengaruh, maksudnya menngkatkan daya pengaruh dalam copywriting anda. Tapi tak bermakna dengan teknik NLP ni anda boleh dapat tingkatkan sale anda 100%.
Mustahil sangat anda boleh dapat semua prospek sedia ada untuk terus beli dari anda.
Ada satu cara menarik pelanggan guna teknik NLP
Jadi kali ni saya nak share 1 teknik NLP yang paling mudah tapi telah terbukti berkesan untuk meningkatkan daya pengaruh copywriting anda.
Ini cara menarik pelanggan dengan mudah
Gunakan teknik NLP, Pacing and Leading.
Apa itu Pacing?
Pacing adalah fasa untuk anda membina hubungan dengan prospek.
Cara menarik pelanggan adalah dengan bina hubungan dulu sebelum menjual.
Bagaimana nak bina hubungan melalui tulisan?
Teknik pacing boleh digunakan dengan cara anda bertanya soalan dalam copywriting anda. Gunakan soalan yang menjurus kepada jawapan “YA”.
Tanya 3 soalan yang menjurus kepada jawapan “YA” secara berturut-turut.
Ini seolah-olah membuatkan prospek rasa yang anda memahami diri mereka.
Contoh:
Anda rimas tengok rambut gugur bersepah di lantai?
Anda risau setiap kali tengok rambut gugur melekat pada sikat setiap kali sikat rambut?
Anda takut nak sahmpoo rambut sebab rambut asyik gugur setiap kali shampoo?
Okay, tu contoh teknik Pacing dengan bertanyakan soalan yang cenderung untuk prospek jawab ya dalam hati.
Nak tau apa soalan untuk ditanya dalam copywriting?
Itu anda kena buat market research untuk ketahui apakah kerisauan, ketakutan atau kemahuan yang bermain dalam minda prospek.
Seseorang yang bersetuju 3 kali secara berturut-turut dengan anda adalaha lebih mudah untuk dipengaruhi sebab mereka rasa yakin anda faham mereka dan boleh bantu mereka.
Okay, itu adalah Pacing.
Apa pula Leading?
Bila anda dah bina relationship dan kepercayaan, ini masanya untuk anda mula “Pukau”.
Hehe… Pukau hanyalah satu perkataan yang Hype.
Sebenarnya, inilah masa untuk anda mula sikit demi sikit, cerita tentang apa yang anda bakal tawarkan kepada prospek anda.
Contoh:
Sekiranya jawapan anda Ya, maka saya ada satu tawaran khas untuk bantu anda atasi masalah X.
Kemudian, baru anda sikit demi sikit terangkan tentang produk anda.
Kesimpulan-Cara Menarik Pelanggan
Secara mudahnya, cara menarik pelanggan dengan guna teknik pacing dan leading adalah, raih persetujuan prospek untuk menarik minat mereka dengan apa yang anda mahu jual.
Pacing dan leading adalah teknik yang anda ceritakan kepada prospek anda, jika anda ada A, anda rasa B dan risau tentang C, maka anda ini untuk anda.
Anda perlu tunjuk seolah-olah anda memahami prospek untuk bina relationship sebelum anda cerita tentang produk/servis anda.
3 Comments
Adakah ini sesuai untuk agen insurance.
Nak tau kena try… =)
ya saya setuju dengan artikel ini…saya cuba untuk guna teknik ini