Antara kelebihan bila buat iklan di Facebook ialah kita boleh target prospek kita berdasarkan demographic, ‘interest' dan juga ‘behaviour'.
Proses mencari sasaran audiens ini dinamakan ‘Audience Targeting'.
Prosesnya agak panjang dan rumit, jadi saya tak bercadang untuk tulis semuanya dalam satu entri.
[alert-note]Saya ada kongsikan video selama 55 minit tentang ‘Audience Targeting' dalam Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.[/alert-note]Dalam聽entri ini, saya hanya akan fokuskan kepada topik yang saya kira paling hangat iaitu tentang pemilihan interest yang betul.
Saya pecahkan entri ini kepada 2 bahagian:
- Bagaimana聽Facebook menentukan interest聽kita, penggunanya
- Bagaimana kita boleh menggunakan interest untuk sasarkan iklan kepada prospek yang perlukan produk kita
Macam Mana Facebook Tentukan Interest Kita
Ada terlalu banyak cara yang digunakan oleh Facebook untuk mengenalpasti minat setiap orang yang menggunakan platform mereka.
Ini adalah antara 5 cara yang paling mudah untuk kita faham.
1. Apa Yang Kita聽Biasa Tulis
Setiap apa yang kita tulis di Facebook digunakan untuk menentukan apa yang kita minat.
Contohnya, saya pernah menulis status tentang printer Canon saya yang asyik rosak.
Tak berapa lama selepas menulis status tersebut, muncul iklan-iklan tentang printer daripada Epson & Canon di News Feed saya.
Adakah ianya satu kebetulan?
Sudah semestinya tidak.
Anda mungkin pernah melalui pengalaman yang serupa. Betul?
[alert-note]Sebelum tahun 2013, apa yang kita tulis dalam Private Message (PM) juga digunakan untuk tujuan ‘Ads Targeting'[/alert-note]2. Page Apa Yang Kita Like
Selain daripada apa yang kita tulis, Page apa yang kita Like juga digunakan sebagai satu cara untuk menentukan apa minat kita.
Contohnya, kalau kita banyak Like page yang berkaitan dengan fesyen, kita akan ‘disajikan' dengan聽banyak iklan tentang fesyen.
3. Group Apa Yang Kita Join
Group-group yang kita join turut digunakan untuk mengetahui apa minat kita.
4. Website / Link Apa Yang Kita Selalu Klik
Link-link ke website yang kita selalu klik dari dalam Facebook turut tak terlepas daripada digunakan oleh Facebook.
Kalau kita banyak klik link tentang kehamilan dan penyusuan, Facebook akan tau yang kita minat tentang topik tersebut.
Selain daripada link yang diakses dari dalam Facebook, kebanyakan website turut memasang聽‘tracking pixel' yang boleh digunakan untuk tujuan ‘Ads Targeting'.
5. Activity Yang Kita Lakukan
Bila kita update status, kita boleh pilih beberapa option tambahan seperti di bawah.
Haa, itu pun digunakan oleh Facebook untuk tentukan apa interest kita 馃檪
9 Cara Untuk Pilih Interest Yang Tepat & Berkesan
Dah tau macam mana Facebook tentukan apa interest kita?
Sekarang kita nak tau macam mana nak target interest yang tepat dan boleh menghasilkan jualan 馃檪
Jemput tonton video ekslusif selama 12聽minit di bawah.
[alert-success]Video di atas adalah sedutan聽salah satu daripada 21 video dalam Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.[/alert-success] [alert-note]Takde masa nak tonton video ini? Boleh muat turun dari link ini (Size 29 MB dari Dropbox).[/alert-note]Nak Lagi聽Banyak Tips Untuk Menghasilkan Iklan Yang Power?
Kalau聽anda ingin belajar strategi buat聽iklan yang betul & mampu menghasilkan jualan, anda boleh mendapatkan Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.
Pakej ini mengandungi 21 video selama 4 jam 26 minit dan anda boleh dimuat turun sebaik saja tempahan anda disahkan.
Yang paling best, anda boleh tonton berulang-ulang kali bersama pasangan anda sambil anda buat iklan anda sendiri.
Berminat? Klik butang di bawah untuk akses muat turun segera.
11 Comments
terima kasih tuan.. amat bermanfaat
Assalam Tuan..saya dah cuba buat fb ads. Di ruangan Interest tu saya cuba taipkan page yang menjadi target saya tetapi ia tidak keluar. Mohon tunjuk ajar jika saya tersilap..terima kasih
Salam Tuan Irfan,
Tak semua page yang kita boleh target untuk iklan kita.
Yang tak keluar tu memang tak dapat nak buat apa-apa.
Harap menjawab persoalan tuan.
Terima kasih
iklan jenis mana yg dpt tingkatkan jualan ?
1) PAGE LIKES / INSTAGRAM & CLICK TO WESITE
2)PAGE POST ENGAGEMENT / VIDEO VIEWS
??? mohon bagi pendapat
Salam Tuan Azrie,
Biasanya untuk buat jualan, saya rekemen gunakan Page Post Engagement, Video Views atau Clicks to Website.
Iklan Page Like lebih kepada branding.
Semoga jawapan ini membantu 馃檪
Terima kasih