Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum masuk bulan Ramadhan.
Dan sudah semestinya bulan Ramadhan adalah antara bulan yang paling masyuk buat peniaga online sebab ada macam-macam benda boleh dijual.
Antara niche yang paling hangat adalah聽niche pakaian dan juga makanan.
3 Tips Promosi Di Facebook Pada Musim Ramadhan
Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh pihak Facebook sendiri dalam website Facebook for Bussiness, sempena dengan musim Ramadhan.
Ini adalah 3 tips yang bagi saya, paling penting untuk diamati.
1.聽Waktu Aktif
Jam 9 malam hingga 12 malam merupakan antara waktu ramai pengguna aktif di Facebook pada bulan Ramadhan.
Selain daripada waktu tersebut,聽berdasarkan pengalaman saya selama 6聽tahun berbisnes di Facebook, waktu sahur juga antara waktu yang ramai orang kita suka online.
Gunakan waktu-waktu ini untuk follow up dan juga close sale dengan prospek anda.
2. Peningkatan Aktiviti di Mobile
Dalam bulan Ramadhan, 65% daripada content yang dikongsikan di Facebook adalah daripada pengguna di mobile.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 4.3 kali ganda daripada bulan-bulan lain.
Jadi anda perlu pastikan content dan iklan anda adalah mesra mobile; especially kalau anda menggunakan iklan jenis Clicks to Website.
3. Gunakan Behaviour Targeting
Sempena dengan Ramadhan, Facebook telah menyediakan satu audience khas di bahagian ‘Behaviour' yang akan mensasarkan orang yang menunjukkan minat dengan content tentang “Ramadhan”.
Ianya boleh diakses dalam Ads Manager atau Power Editor (rujuk screenshot di bawah).
Infographic Ramadhan On Facebook
Ini adalah infographic yang disediakan oleh Facebook for Business.
Walaupun infographic di atas adalah berdasarkan masyarakat di Indonesia, kita di Malaysia tak jauh berbeza pun sebenarnya.
Nak Saya Bantu Tingkatkan Jualan Anda di Facebook?
Saya akan adakan kelas Facebook Marketing for Newbies pada 11 & 12 Jun 2016 di Shah Alam.
Kalau anda baru nak mulakan bisnes di Facebook, izinkan saya membantu anda dalam kelas praktikal selama 2 hari ini.
Klik butang di bawah untuk info lanjut.
Apa Tips Promosi Yang Anda Amalkan?
Anda biasa buat ‘duit raya' setiap kali Ramadhan tiba?
Sudilah kongsikan dengan saya dan pembaca yang lain tentang tips yang anda amalkan.
Pasti ianya akan bermanfaat untuk semua 馃檪
17 Comments
Terima kasih tuan..Tip menarik 馃檪
Sama-sama Tuan 馃檪 Semoga bermanfaat!
pelik pula rasa bila bulan puasa ni makin ramai yang aktif berfacebook. Ingatkan berkurang la kan sebab puasa..
Biasalah. Orang kita nih kalau ada masa terluang sikit, suka benar scroll Facebook.
Idea dan tips buat perniagaan di bulan puasa…org kat Malaysia ni memang penggemar Facebook…
Tq Tuan Firdaus. ???
Terima Kasih atas ingo yang berguna tuan!
Tengah fikir apa content yang sesuai sempena ramadhan.
http://www.heavenpapamama.com