Iklan Anda Mula Lemau? 2 Cara Ini Dapat Bantu Lonjakkan Semula Respon Iklan Anda

“Hazwan,akak punya ads ni, lepas seminggu,sale dah jatuh la. Nampak macam ads dah tak boleh pergi je..Macam mana nak buat ek?”

Minggu lepas ada salah seorang client personal coaching whatsApp saya bertanyakan permasalahan beliau.

Pernah tak anda anda berada dalam keadaan sebegini?
Tengah sedap layan sales, whatsApp mencurah-curah tiba-tiba makin perlahan dan ciput je?

Masalah ini bukan beliau sahaja yang hadapi, tapi saya juga hadapi masalah yang sama. Alhamdulillah, hasil kajian dan eksperimen kami, kami temui cara bagaimana nak atasi masalah ini.

Baca sampai habis dan hadamkan ya untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

Nota: Hasil eksperimen ini, jika anda menggunakan iklan Objektif Post Engagement

1. Semak pada bahagian frekuensi iklan

Apa itu frekuensi?

Frekuensi iklan di facebook ini bermaksud berapa kali iklan sudah keluar pada orang yang sama. Sebagai contoh dalam data ads frequensi 1.7 dan reach 244 433

Maksudnya kesemua 244 443 orang yang melihat iklan anda dah melihat iklan itu lebih dari sekali

Apa kene mengena frekuensi dengan iklan?
Cuba bayangkan anda nampak iklan yang sama 3 kali. Kali pertama mungkin anda tak perasan. Bila iklan dikeluarkan kali kedua, baru prospek perasan

” eh ada iklan xx”

Lalu mereka like, komen, pm dan etc. Dan bila kali ke tiga dan seterusnya iklan lalu pada prospek anda dah bosan dengan iklan itu. Iklan yang sama berulang kali keluar.

Sebenarnya ada berita baik dan buruk
Berita baiknya, secara tak langsung, prospek yang nampak iklan kita berulang-ulang kali akan ingat.

“Ouh..Iklan ni.Iklan xxx ni.”

Berita buruknya, iklan keluar banyak kali menyebabkan prospek bosan, dan ini boleh menaikkan kos iklan.

Jadi kene buat apa?

Lihat pada panel frekuensi di ads manager anda. Jika lebih dari 3, dan anda perasan prestasi ads anda sudah mulai merundum, biasanya apa yang kami ubah dibahagian dibahagian ads kretif (copywriting,gambar atau video). Kita variasikan jenis iklan dan sasarkan pada satu audience yang sama. Gunakan cara penyampaian dan angle yang berbeza.

Contoh:

Jika kita pemilik fesyen yang menjual baju kurung kedah.

Pada mulanya kita iklankan guna gambar dalam studio. WhatsApp masuk banyak, tiba-tiba hari ke-5, prestasi iklan mula menurun, Apa yg boleh kita ubah, kami tukarkan pada gambar. Gunakan gambar outdoor, tukarkan angle photohoot,
tukarkan copywriting pada bahagian headline, atau gunakan video dan disasarkan pada audience yang sama.

baju kurung kedah dari

Boleh baca apa yang kami ubah sedikit menghasilkan keputusan yang berbeza di sini.

Pengingatan: Pastikan mesej yang disampaikan jelas.
Jelas yang macam mana?
Jika dipaparkan budak berumur 9 tahun boleh faham.

Macam Mana Nak Semak Frekuensi Iklan?

1- Pergi ke https://www.facebook.com/ads/manager
2- Pergi ke bahagian column dan pilih ” Performance & Clicks
3- Semak frekuensi anda

2. Tukar Pada Bahagian Targetting Ads

Kak zah: ” Alhamdulillah, hazwan lepas balik dari coaching tu, akak usaha, lepas 2 bulan..alhamdulillah, akak dah berjaya dah..sales bulan lepas dah capai RM50k”

Saya: “Apa yg akak buat sampai jadi macam tu?”

Kak Zah: “akak cuba satu persatu targeting macam yang hazwan & Danial bagitahu tempoh hari. Balik je, Buat market research dan mula uji sati persatu targetting
. Akhirnya akak dapat 1 interest ni, bila akak on ads kat dia, Diorang PM akak, lepas tu kebanyakannya terus bayar. Takde tanya-tanya banyak pun.

Ini hasil “rahsia” yang berjaya saya korek dari salah seorang peserta personal coaching kami, setelah berjaya mendapatkan sales RM50k setelah lebih 3 bulan mencuba

Cuba bayangkn anda promote kepada org yg sama sahaja,
Proses ini sentiasa perlu dilakukan sementara ads masih lagi dalam prestasi yang baik

Cuba cari lagi targetting yang sesuai dengan niche anda. Saya sarankan sebelum mula buat ads, anda perlu membuat customer avatar dan juga market research.

Sentiasa bereksperimen dengan targeting baru. Proses ini agak memakan masa tapi percayalah ianya sangat berbaloi.

Kesimpulan

Sebagai usahawan online yang aktif menggunakn Facebook sebagai alat membantu pemasaran, anda tak boleh terus berhenti mencuba setelah berjumpa “targeting idaman”

Teruskan bereksperimen dengan budget yang kecil untuk melihat respond pada iklan. Fokus dengan perkembangan bisnes, bila bisness dah berkembang, ads ini menjadi perkara yang sangat teknikal. Kebanyakan mereka akan cari orang yang boleh buat servis untuk outsource kerja mereka.

Sebagai kesimpulan,ini 2 kunci yang anda perlu pegang apabila pretasi ads and mula merundum

1. Semak frekuensi iklan dan tukar pada bahagian kretif
2. Uji targeting baru untuk niche anda

Insyallah, untuk artikel seterusnya saya akan berkongsi targeting yang anda boleh gunakan untuk target prospek hingga lobang cacing

Sebelum mengakhiri, jika rasa artikel ini membantu anda jangan lupa tambah lagi pahala anda dengan kongsikan pada orang lain 😉

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *