WhatsApp Automation Mastery

Dari Meja CEO Team Fames.
Tarikh Hari Ini: Tarikh

Terima kasih dan tahniah sebab berminat untuk join Whatsapp Automation Mastery saya!

Alhamdulillah, selepas selesai Kelas Online WhatsApp Automation Master Class yang lepas..

Saya decide untuk open Whatsapp Automation Mastery secara kelas fizikal.

Insya-Allah bila buat kelas fizikal ni, lagi mudah nak hands on ilmu sepanjang kelas nanti.

Jadi, mana yang tak sempat join pada sesi pertama lepas, inilah masanya nak grab peluang kedua, kan?

Tapi, sebelum itu saya nak minta maaf sebab…

Saya hanya bercadang nak terima 20 orang peserta sahaja untuk kelas fizikal ni.

Tak nak ramai sebab nak bagi mudah fokus dan bantu semua yang join.

Lagipun ini first kelas fizikal untuk topik “WhatsApp Automation”.

Sebab tu harga pun “special” serta bonus pun meletup-letup.


Nota Penting:

Sebelum anda teruskan membaca, saya nak bagitahu siap-siap.

Kelas ini hanya sesuai kalau anda:

1. Dah Ada Website Sendiri

Untuk setup apa-apa automation melibatkan WhatsApp, sebaiknya anda kena ada dulu website sendiri.

Boleh guna WordPress, Woocommerce, OnPay, Shoppegram, OrderSini, Shopify, Wix, etc.

Janji ada website, insyaAllah boleh dibuat bagi jadi.

2. Ada Database Nombor Telefon

Hanya daftar kalau anda memang ada ambil nombor pelanggan.

Kalau dah ada website…

Tapi hanya minta nama & emel semasa tempahan.

Tolong jangan daftar.

Sebab kelas ini untuk WHATSAPP AUTOMATION.

Hanya daftar kalau anda memang ada database nombor phone customer.

InsyaAllah saya akan cover sekali tentang cara setup SMS dan emel, tapi core topik semua akan berkaitan dengan WhatsApp.

(Part ini saya yakin anda semua mesti dah ada kan?)

3. Nak Belajar Automasi & Mudahkan Kerja

Kelas ini kita akan belajar cara untuk bantu mudahkan anda urus dan perah duit dari database.

Perah, bukan peram.

Saya takkan ajar tentang cara buat iklan ke WhatsApp atau cara monitor iklan semua tu.

Anda akan belajar cara untuk automatik hantar order notification dan juga susun follow-up bersiri untuk dapatkan trust dari customer anda.

Supaya mereka rasa dihargai, gembira dan kembali membeli lagi di masa akan datang.

Kalau anda “lepas” 3 syarat kelayakan di atas, jemput teruskan membaca.

Kalau tidak, kelas ini bukan untuk anda.

Dan insyaAllah mungkin kita ada jodoh dalam kelas yang lain.

Jom kita teruskan…

Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Kelas 3 Hari Ini?

Anda akan belajar memahami fungsi-fungsi asas sistem CRM yang akan digunakan (akan diceritakan di bawah nanti).

Lepas dah faham cara guna sistem CRM ini, anda akan terus belajar cara untuk setup WhatsApp notification bila tempahan diterima.

Cara tetapan 90% sama tak kira apa jua website yang anda guna, tak kisah lah ianya:

  • WordPress / Woocommerce
  • OnPay
  • Shoppegram
  • OrderSini
  • Shopify
  • Wix
  • Yezza

Anda nanti bukan setakat belajar setup WhatsApp notification, tapi boleh juga hantar SMS dan emel notification sekali.

Untuk hari kedua, kita akan pergi lebih advance pada cara setup “abandoned cart” punya follow-up”.

Ini untuk kita kejar prospek yang dah isi checkout form atau borang tempahan tapi belum buat bayaran.

Kita akan belajar untuk automasikan proses mengejar prospek untuk meminta mereka bayar.

Selepas dah bayar, kita akan terus susun skrip follow-up bersiri untuk membina hubungan dengan pelanggan supaya mereka tak sabar nak beli dari kita lagi.

Sama seperti hari sebelumnya, semua follow-up ini boleh dibuat sekali melalui SMS dan emel.

Dan sebagai penutup hari kedua, saya akan kongsikan dengan anda cara yang terbaik untuk “warm-up” nombor WhatsApp sebelum nak hantar broadcast bertubi-tubi.

Saya akan kongsikan juga cara broadcast yang selamat dan mesra customer, supaya mereka tak “report” dan block nombor anda.

Hari terakhir kelas kita akan masuk topik yang lebih menguji kreativiti iaitu cara setup WhatsApp chatbot.

Anda akan belajar setup chatbot untuk bagi info-info produk atau menjawab FAQ menggunakan fungsi-fungsi canggih seperti button dan list.

Dan khas untuk hari ketiga ini, anda akan belajar sekali cara setup Messenger dan Instagram bot untuk terima leads dan automatik hantar mereka ke WhatsApp.

Atau dengan kata lain, anda dapat nombor WhatsApp di PM atau DM, dan bot akan terus WhatsApp nombor tersebut.

Ia akan buatkan prospek rasa teruja sebab anda yang seolah hantar Whatsapp dulu kepada mereka berbanding cara biasa mereka yang Whatsapp kita.

Apa Sistem / Platform Yang Akan Digunakan?

Untuk capai segala impian dan cita-cita anda mengautomasikan WhatsApp untuk kaching-kaching-kan bisnes anda, ada beberapa software / sistem yang akan digunakan.

Tapi sebelum itu, anda tak perlu risau tentang kos!

Kami akan bagi anda langganan percuma untuk kesemua sistem ini supaya anda tak perlu pening kepala tentang kos tambahan.

Dan paling penting…

Saya nak anda terus setup dan apply semua yang diajar dalam kelas secepat mungkin untuk mendapatkan semula yuran yang telah anda laburkan.

(Baik kan saya?)

Ini 3 sistem yang anda akan guna sepanjang 3 hari ini:

1. Wabot

Ini adalah sistem WhatsApp API yang dilengkapi fungsi autoreply, chatbot dan juga broadcast.

Semua notification dan follow-up anda akan dihantar menggunakan sistem Wabot, melalui nombor WhatsApp anda.

2. Waform / FunnelKit Automation (Autonami)

Untuk memudahkan integrasi website / platform yang anda guna dengan Wabot, anda akan belajar menggunakan Waform (ataupun plugin FunnelKit Automation untuk pengguna WordPress).

Dengan menggunakan sistem ini, anda tak perlu bayar langganan ke platform seperti Zapier, Pabbly Connect ataupun Make (Integromat).

Tiada had dari segi operation atau task.

Tiada bayaran bulanan tambahan.

Tak perlu sambung dan gabung 3-4-5 platform untuk setup automation yang sepatutnya memudahkan kerja anda.

Bayangkan berapa banyak duit, masa dan tenaga anda dapat dikurangkan?

3. Wcrm Bot Builder

Kalau anda daftar pakej premium (serious rugi kalau anda tak amik pakej ni), anda akan belajar setup chatbot Messenger dan Instagram menggunakan platform Wcrm Bot Builder.

Platform ini lebih kurang macam ManyChat, Chatfuel, Uchat atau Padu.ai.

Cuma beza utamanya adalah ianya lebih murah dan mudah aka simple untuk digunakan.

Dan bayaran langganan platform ini bukan berdasarkan jumlah subscriber (tak perlu risau kos bertambah).

Kita akan guna platform ini untuk bina 1 chatbot yang boleh terus digunakan di Messenger dan Instagram serentak.

1 bot, tapi terus boleh guna dekat banyak Facebook Page dan Instagram akaun.

Inilah 3 sistem yang anda akan guna sepanjang kelas 3 hari ini (tanpa sebarang kos tambahan).

Maklumat WhatsApp Automation Master Class:

Tarikh

7 – 9 hb Januari 2022

Masa

10.00 pagi – 4 petang

Mekanisme

Live Fizikal @ Team Fames

Siapa Trainer Anda?

Saya sendiri, Firdaus Azizi, akan menjadi trainer anda untuk kelas ini.

Walaupun anda mungkin kenal saya sebagai seorang trainer atau konsultan Facebook Ads sejak 2012…

Realitinya hobi dan minat mendalam saya banyak kepada “automation” untuk memudahkan kerja marketer dan business owner.

Saya suka mudahkan benda yang complex, supaya boleh jimatkan masa dan kos.

Yelah, buat bisnes mesti mau cepat dan jimat kan?

(Dan sales masuk secara auto sampai korang pun tak sedar dia datang dari mana)

Anyway, InsyaAllah sepanjang kelas nanti, saya akan kongsikan lebih banyak strategi-strategi automation & “back-end funnel” yang saya guna untuk bisnes saya sendiri dan juga untuk klien di Team Fames.


Berapa Yuran Untuk Anda Belajar Automasikan WhatsApp Untuk Bisnes Anda?

Terima kasih kerana berminat, pendaftaran telah ditutup!

Okay untuk harga join WhatsApp Automation Mastery ni, saya nak appreciate untuk siapa yang mendaftar paling pantas:

  • 5 Peserta Pertama: RM1,297 seorang (Jimat RM200)
  • 5 Peserta Kedua: RM1,397 seorang (Jimat RM100)
  • 10 Peserta Terakhir: RM1,497 seorang (Harga Normal)

Terima kasih kerana berminat, pendaftaran telah ditutup!

Klik butang “Saya Nak Join” di bawah untuk book seat anda cepat.

Ingat, seat terhad untuk 20 orang jer. Cukup 20 peserta saya tutup pendaftaran.

Payment Method

Untuk bayar secara ansuran, anda boleh membayar sesi kelas ini melalui Atome secara 3 kali ansuran.

Caranya mudah saja:

  • Isi maklumat anda mengikut data yang diperlukan
  • Pilih cara mod pembayaran melalui Atome

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan diperlukan boleh terus Whatsapp ya >>(WhatsApp Tim Kami)

Soalan Lazim:

Secara ringkas, apa yang saya akan belajar sepanjang 3 hari?

Hari pertama: Kita belajar cara setup WhatsApp notification supaya pelanggan dapat Whatsapp, SMS & emel selepas buat tempahan: Onpay, website, dll.

Hari kedua: Kita belajar cara nak follow up prospek yang nak bayar tapi bertangguh, minta feedback, bantuan selepas pembelian & tawaran untuk beli lagi dari kita.

Selain itu, anda juga akan belajar cara broadcast yang selamat dari kena report atau ban di Whatsapp.

Hari Ketiga: Kita belajar cara setup Whatsapp Bot. Bot ini boleh bantu tim closing anda untuk reply soalan lazim, info-info umum produk, testimoni, dll secara automatik.

Selain itu, anda juga akan belajar tentang Messenger/Instagram bot.

Dengan bot ini, anda hanya minta prospek tinggalkan nombor dalam PM atau DM dan bot yang WhatsApp nombor tersebut seolah-olah anda yang hantar.

Kalau saya dah langgan Wabot, macam mana?

Kalau anda dah ada langganan yang aktif, tempoh langganan anda akan ditambah mengikut pakej kelas yang pilih

Adakah saya perlu guna nombor WhatsApp baru, atau guna nombor sedia ada?

Boleh guna nombor sedia ada untuk kegunaan notifikasi dan follow-up. Tapi untuk broadcast, boleh guna nombor berasingan sekiranya risau nombor di-ban.

Apa fungsi Kliksini Pro?

Sistem ini boleh tukarkan link URL Whatsapp atau Website yang panjang, menjadi pendek, kemas dan ber-pixel (untuk buat iklan retargeting)

Pakej pro anda boleh buat link & letak pixel FB, Google, dll tanpa had.

Apa fungsi WA Toolbox epsilon tu?

Fungsinya lebih kurang Wabot; Autoreply, chatbot dan juga broadcast. Cuma bezanya WA Toolbox adalah Chrome Extension.

Ada jaminan pulangan wang tak?

Ada, ia bergantung pada terma & syarat. Mohon rujuk sini: https://fames.my/refund

Ada soalan yang belum terjawab?

Anda hanya perlu Whatsapp tim khidmat pelanggan kami di sini. Insyaallah, kita cuba jelaskan sehabis baik.