Fanpage, bahasa melayunya adalah halaman peminat.
Atau kata lain bagi Fanpage adalah sebuah halaman Facebook khas untuk peminat tema tertentu.
Sebagai contoh, jika anda minat dengan kucing, dan anda suka tengok jenis-jenis kucing yang pelbagai, maka Facebook akan tunjukkan kepada anda Fanpage yang berunsurkan kucing yang comel, atau Fanpage yang menawarkan cara-cara penjagaan kucing.
Di dalam perniagaan, Fanpage adalah salah satu alat yang sangat berguna kerana ia mengumpulkan peminat sesuatu niche yang kita dah tak perlu pujuk banyak, insya-Allah peminat yang Like Fanpage kita akan teruja dengan apa yang kita tawarkan.
7 Sebab Kenapa Fanpage Berbanding Facebook Peribadi
Ada beberapa kelebihan berjualan di Fanpage berbanding berjualan Facebook Peribadi
Kelebihan #1: Jumlah Likers tidak terhad
Jumlah rakan untuk Facebook Peribadi hanya terhad kepada 5,000 orang.
Tapi untuk Fanpage, anda boleh dapatkan kenalan yang tak pernah kenal anda dan tak pernah jumpa anda hingga ke berpuluh ribu, beratus ribu, malah berjuta.
Ini meningkatkan peluang untuk anda memperkenalkan produk anda dengan lebih meluas, bukan terhad kepada hanya 5,000 orang.
Kelebihan #2: Boleh menerima message atau PM dari sesiapa sahaja
Fanpage boleh menerima message, atau PM dari sesiapa sahaja tak kira orang tersebut dah like Page kita, atau belum like.
Facebook Peribadi tak dapat menerima PM kalau orang tersebut belum menjadi friend kita.
Kalau masuk pun, message tersebut akan masuk folder ‘Others'.
Folder ini biasanya kita tak perasan kecuali kalau kita bukak kotak message tersebut di laptop atau computer (desktop view).
Kelebihan #3: Boleh Analisa Prestasi Page
Fanpage mempunyai fungsi Page Insight yang membantu pemilik Page menganalisa prestasi Page.
Dari Page Insight ini, kita boleh kenal pasti – Likers kita lebih suka post yang berbentuk apa.
Adakah Likers kita lebih suka status/post yang berbentuk bentuk text sahaja (post status kosong), atau bergambar, atau status/post yang disertakan dengan link.
Contoh analisaa post jenis yang disertakan dengan link; kita boleh analisa, gaya ayat macam mana yang Likers suka, atau waktu bila lebih ramai mereka menghadap Facebook dan nampak post kita.
Dari analisa ini, kita boleh duplicate perkara yang sama untuk post-post akan datang supaya reach untuk post akan datang lebih memberangsangkan.
Fungsi – fungsi ini tiada pada Facebook Peribadi, ia hanya ada pada Facebook Page
Kelebihan #4 : Fanpage Boleh Lantik Team Untuk Uruskan Page
Jika anda mempunyai team atau pekerja di dalam perniagaan anda, semua team anda boleh akses di Fanpage anda tanpa perlu akses kepada akaun Facebook Peribadi anda.
Anda boleh set kan sama ada akses mereka terhad kepada Editor iaitu di bolehkan untuk update status di Fanpage, atau di beri kebenaran untuk menguruskan Page sepenuhnya sebagai admin.
Oh, cukup saya kongsikan 4 kelebihan Fanpage pada hari ini 😀
Insya-Allah hari lain, saya kongsikan lagi 3 kelebihan dalam Entry Part 2 ^_^
Kena Bayar Kat Facebook Ke Kalau Nak Buat Fanpage?
Kalau nak bina Fanpage, kita tak perlu bayar apa-apa kepada Facebook. Semuanya percuma sahaja.
Tak Pasti Macam Mana Nak Mulakan Bisnes di Facebook?
Saya nak tolong guide anda step-by-step, tentang macam mana nak mulakan bisnes di Facebook, dari cara buat Fanpage, sampai cara buat iklan.
Jangan risau, kalau anda rasa anda tak pandai IT sekalipun, insya-Allah anda boleh follow.
Klik untuk dapatkan Video Panduan Cara Mulakan Bisnes di Facebook, dan anda boleh tengok ulang-ulang sampai jadi.
Saya juga ada sediakan group sokongan bagi anda yang dapatkan video ini, just in case anda ada soalan nak tanya kalau masih kurang jelas dengan penerangan dalam video.
Boleh Tolong Share?
Saya pasti, masih ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana yang masih teraba-raba jalan, macam mana nak mulakan bisnes dengan Facebook.
Insya-Allah kalau anda share entry ini kepada mereka, mana tahu mereka juga akan mulakan bisnes di Facebook, dan anda dapat pahala kerana membantu menaiktaraf kewangan rakan-rakan anda 😀
Terima kasih kerana membaca! ^_^
6 Comments
fanpage saya viral sendiri kerana teknik SEO yang saya gunakan.
Wow. Tahniah Tuan.
saya pun baru hasilkan fan page ni. Sekarang ni nak kumpul like, tuan ada nasihat bagaimana nak kumpul like dengan banyak?
Salam Tuan / Cikpuan,
Cara paling selamat untuk dapatkan Likers adalah dengan menggunakan FB Ads.
Tapi sebenarnya tak perlu nak kejar Like banyak sangat. Boleh fokus buat iklan Post Engagement untuk dapatkan prospek & database.
Saya syorkan tuan / cikpuan join kelas terdekat saya ataupun dapatkan pakej video saya 🙂
Terima kasih
Assalamualaikum, En Firdaus Azizi.
Saya nak tya, Video Panduan Lengkap “Cara mulakan Bisnes di facebook dgn kos minima rm147 masih ada lg ke? Still harga promosi? Nk kepastian.. Tq..
Wa’alaikumsalam Cikpuan Asnita,
Terima kasih sebab berminat dengan Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.
Alhamdulillah Pakej Video tersebut masih available pada harga hanya RM147 (video, Support Group & free updates).
Boleh dapatkan di https://firdausazizi.my//vfbn 🙂
Terima kasih