2 Tips Memilih Nama Facebook Page

Nak pilih nama untuk Facebook Page ni kadang-kadang susah macam nak pilih nama anak pulak.

Jangan risau, selagi Likers anda belum cecah 200 likes, anda bebas untuk tukar nama Page ^_^

cara pilih nama fanpage
Hmm, boleh jadi berminggu habis masa nak fikir pilih nama je. Isk isk isk..

Tips #1 : Nama Yang Jelas

Walaupun anda nak mengetengahkan jenama anda, tapi jika anda baru sahaja nak berjinak-jinak dengan dunia bisnes, adalah lebih baik anda pilih nama Fanpage yang jelas dan terang bersuluh.

Nama Page akan menentukan sama ada orang akan berminat untuk masuk dan tengok Page anda, atau orang tak faham anda sedang jual apa sebenarnya, dan terus buat tak kisah.

cara pilih nama Fanpage
Page ini bernama Handsocks Gallery. Sekali baca, kita ada persepsi yang Page ini jual pelbagai jenis Handsocks.

Sebagai contoh di atas, kalau orang type ‘Handsocks' di kotak carian Facebook, maka Page di atas dengan mudah akan jadi pilihan sebab nama dia keluar.

cara pilih nama Fanpage
Bila pengguna taip ‘handsocks', maka akan keluar beberapa Page yang ada nama Handsocks

Tips #2: Spesifik

Jika anda jual tudung sebagai contoh, dan anda jual tudung bidang 45, spesifik kan nama Page anda.

Sebagai contoh, ‘Tudung Labuh Bidang 45'

Dengan cara ini, anda boleh tapis siap-siap siapa yang betul-betul suka dan berpotensi untuk beli tudung anda.

Orang yang tak minat tudung bidang 45 tak akan click lah kan Page anda.

Contoh lagi, adalah seperti Page di bawah.

cara pilih nama Facebook Page
Page ini hanya menjual cadar jenis patchwork.

Ia bernama ‘Cadar Patchwork'

Hanya peminat cadar jenis patchwork yang akan Like Page ini.

Kalau peminat cadar jenis lain, berkemungkinan besar akan tak click pun Page ini.

Like di Page ini dah cecah 27,000 Likes!

Bermakna, cadar jenis patchwork ada ramai peminat dan ‘potential buyer'.

Berpotensi besar ke bila kita spesifik kan nama Page kita?

Ya, sangat berpotensi besar.

Contoh perniagaan yang berkembang pesat walaupun hanya jual satu produk spesifik sahaja:

  • Anis Moist Chocolate Cake – Permulaan mereka mengedarkan kek coklat moist dalam bekas kecil, di stesen minyak.
  • Ani Sup Utara – Ada beberapa restoran di serata Lembah Klang. Bermula dengan bihun sup utara sahaja.
  • Magnum – Aiskrim Magnum yang mempunyai cawangan outlet di beberapa kompleks beli belah. Bukan sekadar dijual dalam peti aiskrim tu.
  • Cendol Pak Wahab – Outlet yang hanya jual cendol sahaja.
  • Sup Urat Keting

Dua tips sahaja buat hari ini.

 

Masih Tak Pasti Macam Mana Nak Mulakan Bisnes di Facebook?

Saya nak tolong guide anda step-by-step, tentang macam mana nak mulakan bisnes di Facebook, dari cara buat Fanpage, sampai cara buat iklan.

Jangan risau, kalau anda rasa anda tak pandai IT sekalipun, insya-Allah anda boleh follow.

Klik untuk dapatkan Video Panduan Cara Mulakan Bisnes di Facebook, dan anda boleh tengok ulang-ulang sampai jadi.

Saya juga ada sediakan group sokongan bagi anda yang dapatkan video ini, just in case anda ada soalan nak tanya kalau masih kurang jelas dengan penerangan dalam video.

Boleh Tolong Saya?

Jika anda rasa entry ini bermanfaat, tolong klik LIKE & SHARE ya 😀

Sharing is caring! ^_^

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Comments

    1. Cikpuan Ena,

      Bagus dah tu sebab spesifik kan Bandar Baru Bangi. Cikpuan nak target penduduk Bangi ya?

      Tapi nama Vitamin itu terlalu umum. Umpama baju. Baju ada banyak jenis.

      Ada baju dewasa perempuan, ada baju dewasa lelaki, ada baju kanak-kanak.

      Baju dewasa perempuan pula ada banyak jenis – ada jubah, ada baju kurung, ada dress dan pelbagai lagi.

      Fokus. Kita nak fokus pada apa?

      Untuk vitamin, vitamin ada banyak jenis.

      Orang yang terdesak biasanya akan buat carian berkenaan penyakit dia. Jarang dengar orang sakit kronik dan terdesak cari vitamin.

      Cuba spesifik kan – contohnya ubat sakit sendi untuk vitamin sakit sendi, atau tips wajah cantik gebu untuk vitamin kecantikan wajah, atau tips anak sihat dan cergas untuk kumpulan vitamin kanak-kanak.

      Bila kita spesifik kan nama, kita akan terus dapat potential buyer yang ‘laparkan’ produk kita tanpa perlu banyak pujukan, insya-Allah.