Apa Itu Split Test Untuk Facebook Ads

Untuk membantu lebih ramai usahawan yang kadang-kadang ada soalan tapi tak tau nak tanya siapa, maka saya telah mula membuka Segmen Tanya Firdaus Azizi semalam.

Tanya lah apa sahaja berkaitan Facebook; tak kisah soalan yang anda rasa sangat asas, atau biasa, atau advance.

Soalan terpilih akan saya kongsikan jawapannya di dalam blog dan insya-Allah coming soon – Channel Video Firdaus Azizi 

Soalan yang terpilih untuk hari ini;

“Kos split test dikira jumlah split atau kekal seperti di setting asal post engagement”

Apa Itu Split Test

Sebelum saya nak menjawab soalan tersebut, kita kena faham apakah itu ‘Split Test'.

Split Test adalah satu cara untuk kita mengenalpasti iklan yang paling berkesan dalam satu-satu kempen.

Bila kita tau mana iklan yang paling bagus, kita boleh fokuskan budget pemasaran kita kepada iklan tersebut.

cara buat split test

Cara Buat Split Test Untuk Facebook Ads

Cara melakukan ‘split test' adalah dengan membuat beberapa variasi Ads Set dan Ads, lepas tu kita bandingkan prestasi setiap satu.

Kalau di peringkat Ads Set, kita boleh cuba setting yang berbeza untuk:

  1. Audience Targeting
  2. Placement
  3. Bidding @ Optimization

Kalau di peringkat Ads (iklan), kita boleh cuba variasikan:

  1. Gambar
  2. Headline
  3. Copywriting

Biasanya proses ini akan dijalankan selama beberapa hari; lagi lama lagi bagus. Tapi kalau nak cepat, 3 hari pun dah kira ok.

Selepas tempoh tersebut, kita akan pilih mana satu iklan yang menunjukkan prestasi terbaik dari Return on Investment (ROI).

Saya ada kongsikan beberapa tips ‘split testing' dalam entri saya sebelum ini bertajuk “Cara Dapatkan Kos Per Klik Murah“.

Bagaimana Kos Split Test Dikira?

Kos untuk split test bergantung kepada apa yang kita nak test.

Kalau nak test variasi iklan @ Ads yang berbeza, kos split test adalah budget yang kita letak di bahagian Ads Set.

Kalau nak test setting Ads Set yang berbeza, kos akan dikira berdasarkan setiap Ads Set punya budget.

[alert-note]Untuk ‘split test' Ads Set yang berbeza, setiap satu perlu menggunakan budget yang sama.[/alert-note]

Saya biasa rekemen untuk gunakan budget dalam range RM10 ke RM30 untuk setiap Ads Set dalam fasa split test.

Cara buat split test

Bila dah jumpa setting atau iklan yang paling power, baru up kan budget ke tahap yang dirasakan berbaloi.

Cara Lebih Mudah Untuk Split Test

Proses split test ni kalau nak buat guna Boost Post atau Ads Manager sangat mencabar dan akan memakan masa yang lama.

Sebab tu saya biasa akan rekemen kepada sesiapa yang betul-betul nak optimize prestasi iklan, belajar buat split test guna Power Editor.

Bila guna Power Editor, proses split test akan jadi tersangat mudah.

Apa Itu Split Test FB Ads & Cara Buat Dengan Mudah

Apa Itu Split Test FB Ads & Cara Buat Dengan Mudah

Apa Itu Split Test FB Ads & Cara Buat Dengan Mudah

Kalau rasa macam tak reti nak guna, tak berani nak guna, saya cadangkan anda dapatkan Pakej Video Power Editor.

Ianya di reka khas untuk anda yang baru nak kenal Power Editor.

Tak tahu apa itu Power Editor? Anda boleh baca entry ini –> Apa Itu Power Editor

Ok, sampai di sini sahaja Segmen Tanya Firdaus Azizi untuk Episod #1

Insya-Allah minggu hadapan, saya akan kongsi lagi tips untuk segmen ini.

Boleh Tolong Saya?

Kalau anda suka dengan entry ini, tolong klik LIKE & Share ^_^

Sharing is caring!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Comments