Apabila ditanya apakah bezanya anda bisnes online dan bisnes biasa jawapannya sangat mudah..
Bisnes online menggunakan platform secara online dengan menggunakan facebook,website,Instagram.whatsapp dan apa jua platform yang menggunakan Internet sebagai medium pemasaran.
Bisnes biasa pula tidak menggunakan platform internet dalam aktivitu jual beli…contohnya menjual nasi lemak di tepi jalan,menjual air di pasar malam dan sebagainya.
Ada satu perkara yang sangat penting yang mungkin ramai tidak perasan di dalam bisnes online ini.
Orang yang buat bisnes secara online tidak berjumpa secara DIRECTLY customer mereka.Dengan kata lain orang yang berbisnes online tidak berjumpa FACE to FACE dengan prospek mereka.
Jadi cara untuk memujuk PROSPEK untuk membeli produk mereka adalah lebih SUKAR berbanding dengan menjual secara bersemuka dengan prospek tersebut.
Sebenarnya dalam bisnes secara online terdapat 3 jenis “Salesman” yang menggantikan pemilik bagi bisnes Online tersebut.Salesman ini mestilah “seseorang” yang POWER yang mampu untuk menukar prospek menjadi pembeli.Mari kita lihat apakah 4 jenis “Salesman” yang sering digunakan dalam medium pemasaran online ini
1. Salesletter
Salesletter kebiasaanya menggunakan satu Webpage khas dimana prospek akan ditarik untuk membaca berkaitan dengan produk/servis yang ingin dijual.Ia juga dikenali sebagai landing page.
Kebiasaannya untuk menulis sesebuah Salesletter yang baik penguasaan Ilmu copywriting yang kukuh memainkan peranan yang penting.
Masih belum mahir dalam Copywriting?.Jangan Anda boleh mendapatkan salah satu panduan lengkap daripada salah seorang Team FAMES berkaitan dengan Ilmu Copywriting.
Antara contoh Salesletter milik Tuan Firdaus Azizi yang anda boleh lihat adalah seperti Produk Viper Reloaded beliau.
2. Video Salesletter
Selain daripada menulis salesletter, anda juga boleh tukar salesletter tersebut kedalam bentuk Video.Kandungan dan isinya adalah sama seperti salesletter cuma ia dibuat menggunakan video
Anda boleh melihat salah satu daripada Video Salesletter yang saya buat untuk menarik prospek untuk membeli produk affiliate NLP.
https://www.youtube.com/watch?v=-FNjYBYwRcM
Di dalam video di atas saya hanya menggunakan Slide Power point dan merakam suara keseluruhan Flow power point tersebut.
Apakah kelebihan menggunakan Video Sales letter ini?
Okay pada tahun 2017 ini ramai orang yang dah bermula mencari kelainan dengan menggunakan Video.Kos per iklan di facebook untuk video view juga sangat murah.Tambahan pula anda boleh gunakan teknik RETARGETING dalam kempen pengiklanan anda.Selain itu jika anda menggunakan video yang memaparkan muka sendiri ,kajian menunjukkan prospek akan lebih mempercayai anda.
3. Webinar
Di Malaysia penggunaan webinar untuk CLOSE SALE masih lagi sedikit berbanding dengan pasaran di luar negara.Webinar adalah satu slot interaksi di alam maya secara LIVE dimana di dalam sesi tersebut anda hendaklah pastikan yang anda mampu untuk convert penonton webinar tersebut untuk membeli/mendapatkan apa jua yang anda tawarkan.
Masih samar-samar lagi apa itu webinar? Okay secara simplenya ianya seperti anda menggunakan Facebook LIVE.
Pada masa dahulu sebelum adanya Facebook Live ,platform untuk menjalankan webinar adalah dengan menggunakan Google Hangout (Percuma),Webinarjam atau Go To Webinar (platform berbayar yang popular)
Secara kesimpulannya ,untuk berniaga secara online anda perlu pastikan yang anda mampu untuk membuat ketiga-tiga “Salesman” ini jika anda serius mahu lonjakkan jualan.
Untuk membina dan membuat ketiga-tiga “Salesman” tidaklah sesukar mana kerana setiap satunya mempunyai struktur yang tersendiri.
Di dalam artikel yang akan datang saya akan cuba kongsikan struktur bagaimana untuk menghasilkan sesebuah salesletter yang mampu untuk menarik prospek menjadi pembeli.
SUKA ARTIKEL INI?
KONGSIKAN ARTIKEL INI BERSAMA RAKAN ANDA.
2 Comments
Mana sy blh dpt panduan copywriting ya?